Israel teruskan pertempuran Gaza jika tebusan tidak dibebaskan Sabtu
BAITULMAQDIS: Israel mengancam untuk meneruskan pertempuran sengit di Gaza jika tebusan tidak dibebaskan hujung minggu ini, sebaliknya Hamas kekal komited dengan perjanjian gencatan senjata dan menuduh Israel melakukan pelanggaran.
Di bawah syarat gencatan senjata, yang sebahagian besarnya telah menghentikan pertempuran selama lebih 15 bulan di Gaza, tebusan akan dibebaskan secara berkelompok sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin dalam tahanan Israel.
Setakat ini, Israel dan Hamas sudah melakukan lima pertukaran tebusan dengan banduan.
Ini susulan perjanjian itu mengalami tekanan dalam beberapa hari kebelakangan ini, mendorong usaha diplomatik untuk menyelamatkannya, manakala Hamas tetap komited terhadap gencatan senjata.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata sekiranya Hamas tidak mengembalikan tebusannya pada tengah hari Sabtu, gencatan senjata akan berakhir, dan IDF (tentera Israel) akan meneruskan pertempuran sengit sehingga Hamas dikalahkan.
Ugutan itu turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa "neraka" akan tercetus jika Hamas gagal membebaskan semua tebusan Israel menjelang Sabtu.
Ketegangan memuncak selepas Trump bercadang mengambil alih Gaza dan memindahkan lebih dua juta penduduknya.
"Bagi saya, jika semua tebusan tidak dibebaskan menjelang jam 12 tengah hari Sabtu, saya akan kata batalkan dan segala-galanya terhenti dan biarkan neraka tercetus," katanya.
Sementara itu, pemimpin kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata kenyataan Trump merumitkan keadaan.
"Trump harus ingat bahawa ada perjanjian yang mesti dihormati oleh kedua-dua pihak," katanya kepada AFP.
Manakala Raja Abdullah, mengulangi pendirian teguh Jordan menentang terhadap pemindahan penduduk Palestin bahawa ia adalah "kedudukan Arab bersatu."
Berikutan ugutan itu, Hamas akan menangguhkan pembebasan tebusan seterusnya kerana Israel melanggar perjanjian itu dan kumpulan Huthi Yaman bersedia melancarkan campur tangan ketenteraan pada bila-bila masa sekiranya berlaku peningkatan terhadap Gaza.
Di luar pejabat Netanyahu di Baitulmaqdis, keluarga tebusan berhimpun dengan gambar orang tersayang dan menggesa pelaksanaan perjanjian itu.
"Ini adalah perjanjian. Laksanakan!," kata Zahiro, saudara tebusan ketika dalam tahanan di Gaza


2 ulasan:
kejap kapir baik kejap kapir jahat... yang mana satu ni ? yang mana kapir baik yang mana kapir jahat ?
bagus! sokong trump bawa kemusnahan gaza secara total! Kah kah kah!
Catat Ulasan