Ahad, 20 Julai 2025

KEJAYAAN RAKYAT




Tindakan, Keputusan Tiga Ketua Hakim Baharu Akan Diperhatikan Rakyat – NGO


KUALA LUMPUR, 18 Jul 25 – Tindak-tanduk tiga ketua hakim baharu yang dilantik akan diperhatikan bukan sahaja oleh komuniti guaman tetapi juga rakyat yang mendambakan integriti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.

Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair Dr Armin Baniaz Pahamin berkata, ini kerana badan kehakiman merupakan benteng terakhir dalam mengekang penyalahgunaan kuasa.

“Meskipun tiada skandal peribadi yang diketahui membabitkan hakim-hakim yang dilantik, sejarah politik dan aliran pemikiran kehakiman mereka tidak boleh dipandang ringan.

“Tindakan dan keputusan mereka dalam bulan-bulan mendatang akan diperhatikan rapi bukan sahaja oleh warga perundangan tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya, dalam satu kenyataan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, diumumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia malam tadi.

Baginda turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala, Datuk Azizah Nawawi pula sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang bakal bersara.

Pelantikan tersebut dibuat atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara.

Armin Baniaz turut mempersoalkan, latar belakang mereka dengan Wan Ahmad Farid merupakan bekas timbalan menteri dalam negeri ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan aktif dalam Umno sehingga tahun 2013.

“Pelantikannya ke jawatan tertinggi badan kehakiman merupakan langkah yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden perundangan Malaysia,” katanya.

Abu Bakar pula katanya terkenal dengan keputusan keputusan yang menegaskan keutamaan autoriti agama dan menghadkan semakan kehakiman dalam isu berkaitan fatwa.

Manakala pelantikan Azizah yang membawa pengalaman luas dari Jabatan Peguam Negara serta sejarah kehakiman yang dihormati.

Namun, keputusan beliau pada tahun 2018 untuk membatalkan pengharaman pendaftaran Bersaty walaupun dilihat sebagai mempertahankan ruang demokrasi oleh sesetengah pihak turut dianggap sebagai satu bentuk campur tangan kehakiman yang memihak kepada pembangkang ketika itu.

“Dalam sebuah sistem demokrasi yang menjunjung prinsip pemisahan kuasa, kredibiliti keputusan kehakiman khususnya yang melibatkan pemimpin negara mesti bebas daripada sebarang syak wasangka.

“Sekiranya mahkamah dilihat sebagai tidak bebas atau bersifat berat sebelah dalam mengadili kes berprofil tinggi, ia bukan sahaja mencemarkan keyakinan terhadap keadilan tetapi juga melemahkan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi perlembagaan,” katanya. @politiko.my

APA YANG

PENTING DISINI

IALAH SUARA

BANTAHAN

ORANG RAMAI

DI DENGAR

AMIN

SOSOK YANG

TIDAK DISUKAI

TELAH DIKETEPI

AMIN

INI KEJAYAAN

RAKYAT

KHALAS

Tiada ulasan: