Sabtu, 9 Ogos 2025

DEMO DAH JADI BUDAYA KITA



Ribuan hadir aksi 'vigil' tuntut keadilan untuk Zara Qairina

SANDAKAN: Lebih 1,000 orang membanjiri sekitar dataran Harbour Mall, di sini untuk menghadiri aksi 'vigil' bagi menuntut keadilan terhadap kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Matahir, sebentar tadi.

Orang ramai tiba seawal jam 7 malam untuk memberikan sokongan dengan membawa sepanduk dan kain rentang, dengan pihak polis turut berada di sekitar kawasan untuk kawalan.

Selain mendeklamasikan sajak, turut dilakukan dalam perhimpunan berlangsung lebih dua jam itu adalah pidato, doa serta teater.

Penganjur Sekretariat Solidariti Zara, Mohamad Kadir Abdul Jalil, berkata program itu sebagai tanda solidariti dan simpati terhadap keluarga Zara, di samping menuntut kebenaran di sebalik kejadian menimpa pelajar itu dapat dibuktikan.

"Kami juga mohon rakan-rakan di luar sana, orang awam, jangan keluarkan perkataan berbaur fitnah atau tidak baik (mengenai kejadian). Kita beri sepenuhnya (tanggungjawab) terhadap pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan.

"Kita juga tidak menjangka menerima sokongan begitu ramai daripada masyarakat. Terima kasih warga Sandakan kerana menyokong solidariti ini," katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun.

Selain Sandakan, aksi vigil itu turut dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini termasuk Tawau dan Lahad Datu.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, ditemui ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi.

Pelajar itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Terkini, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya pihak berkuasa menggali semula jenazah pelajar Zara Qairina supaya siasatan secara menyeluruh dilakukan.


WDEMO DAH

JADI BUDAYA

 KITA

AMIN

JADIKAN KES

MATI DITANGAN

YANG BERKUASA

AGENDA LAWAN

MADAFAKA

KHALAS

Tiada ulasan: