Ahad, 21 September 2025

MEDIA DI BULI - KRONI DI KAYAI



SKMM Didakwa “Membuli Media”, Kompaun RM100,000 Cetus Kritikan



KUALA LUMPUR, 21 Sep 25 – Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan kompaun RM100,000 terhadap akhbar Sin Chew Daily dan Sinar Harian mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada tokoh wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut Kadir, pendekatan keras terhadap media bercanggah dengan imej Kerajaan Madani yang mendakwa mengangkat prinsip reformasi, demokrasi dan toleransi. Beliau mendedahkan telah menghantar pesanan kepada seorang menteri, menegur tindakan SKMM yang dianggap “terlalu keras dan kasar”.

“Picking on the media doesn’t show the Madani Government is confident and tolerant. Amaran keras sudah cukup kerana kedua-dua media telah memohon maaf serta membuat pembetulan awal-awal lagi,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa kuasa tanpa budibicara daripada SKMM, polis dan pejabat peguam negara boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Sementara itu, Takiyuddin dalam kenyataannya menyifatkan jumlah kompaun tersebut sebagai “melampau” dan menyerupai tindakan “membuli media”.

“Langkah ini kelihatan seperti mahu memaksa media tunduk kepada tekanan politik, sekali gus mewujudkan iklim tapisan kendiri (self-censorship) yang menghakis kebebasan media sebagai tonggak keempat demokrasi,” katanya.

Beliau menegaskan, tindakan segera kedua-dua akhbar menarik balik laporan, membuat pembetulan dan memohon maaf secara terbuka sudah memadai sebagai bentuk akauntabiliti. Tambahnya, hanya kesalahan berulang wajar dianggap serius sehingga memerlukan tindakan tegas.

PAS turut berpandangan bahawa Majlis Media Malaysia (MMM) lebih sesuai menguruskan aduan terhadap media tanpa campur tangan langsung pihak berkuasa, bagi memastikan peranan kawal selia industri kewartawanan berjalan secara adil dan bebas.

Kritikan ini sekali gus menimbulkan persoalan sama ada tindakan SKMM selari dengan aspirasi reformasi kerajaan atau sekadar menekan kebebasan media dalam negara. @politiko.my

KALI INI

MEDIA DI BULI

AMIN

JELAS MADAFAKA

LEBIH ZALIM

DARI MAHAFIRAUN

KHALAS

Tiada ulasan: