Selasa, 21 Oktober 2025

PUSAT SCAMMER DI SERANG



Junta Myanmar serbu pusat penipuan siber, rampas 30 peranti Starlink


YANGON: Junta Myanmar menyerbu sebuah pusat penipuan siber paling terkenal di negara itu dan merampas peranti internet satelit Starlink.

Serbuan dilakukan susulan siasatan AFP mendedahkan peningkatan mendadak penggunaan peranti itu dalam industri haram bernilai berbilion dolar.

Pusat penipuan siber yang mana pekerja sindiket itu memperdaya warga asing melalui taktik penipuan perniagaan atau percintaan berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar yang tidak dikawal undang-undang sejak pandemik COVID-19 memaksa penutupan kasino yang beroperasi di kawasan terbabit.

Serbuan bersepadu oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar bermula Februari lalu menyaksikan ribuan individu disyaki terbabit dalam penipuan dalam talian dihantar pulang, dengan pakar mengatakan ada yang menyertai kegiatan itu secara sukarela, manakala selebihnya dipaksa oleh kumpulan jenayah terancang.

Media rasmi The Global New Light of Myanmar melaporkan pihak tentera sudah melancarkan operasi di KK Park berhampiran sempadan Myanmar-Thai dan berjaya merampas 30 set penerima dan aksesori Starlink.

Bagaimanapun, jumlah itu hanyalah sebahagian kecil daripada bilangan sebenar peranti Starlink yang dikenal pasti oleh AFP melalui imejan satelit dan fotografi menggunakan dron.

Starlink, yang tidak berlesen di Myanmar, sebelum ini tidak menunjukkan sebarang trafik signifikan dalam senarai pembekal internet negara itu sebelum tindakan keras bermula pada Februari.

Namun, menurut data daripada pendaftar internet serantau Asia, APNIC, Starlink muncul sebagai penyedia paling aktif setiap hari dari 3 Julai hingga 1 Oktober.

Jawatankuasa Ekonomi Bersama Kongres Amerika Syarikat (AS) memberitahu AFP, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap pembabitan Starlink dengan pusat penipuan terbabit.

Syarikat induk Starlink, SpaceX, tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen daripada AFP. - AFP

DARI SINILAH

SCAM BERMULA

AMIN

RAMAI WARGA

DI CULIK

DI PAKSA BEKERJA

OLEH GENG INI

AMIN

INI KUMPULAN 

CHINA MERAH 

GENG BURMA 

GENG SIAM

KHALAS

Tiada ulasan: