Ahad, 2 November 2025

TAK PERLU DEBAT - BERI PENCERAHAN


𝐍𝐆𝐎 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐮𝐥 𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐡𝐚𝐦 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐀𝐒

KUALA LUMPUR, 1 NOV 25 — Gabungan Nasionalis (GN) mencadangkan satu debat perdana ekonomi negara diadakan bagi membincangkan isu perjanjian Agreement on Reciprocal Trade (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang kini menjadi perhatian umum.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya, berkata pertubuhan itu mencadangkan debat itu melibatkan dua panel utama iaitu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Hizatul Isham Abdul Jalil, penganalisis politik dan pakar ekonomi.

Tajuk yang dicadangkan ialah “Agreement on Reciprocal Trade (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat — Adakah Menguntungkan atau Merugikan Negara?”.

Beliau berkata, objektif utama debat ini adalah untuk memperkukuh wacana awam serta meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar perdagangan dan kesannya terhadap ekonomi negara.

“Dalam suasana geopolitik dunia yang kian mencabar, termasuk tekanan terhadap eksport dan pelaburan asing, rakyat perlu diberi peluang untuk menilai keputusan kerajaan secara kritikal dan berasaskan fakta,” katanya, dalam satu kenyataan.

Katanya, debat itu bertujuan menjadi platform wacana terbuka dan berfakta bagi menilai sama ada perjanjian tersebut membawa keuntungan atau kerugian kepada negara.

Jelas Aminuddin, sesi debat itu dicadangkan diadakan secara terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, ahli akademik, pengamal NGO, ahli ekonomi dan warga media bagi memupuk budaya dialog dan bertanya dalam sistem demokrasi negara.

“Debat seperti ini penting untuk memperkasa rakyat dengan maklumat sebenar serta menggalakkan budaya perbincangan yang sihat dan matang,” katanya.

Katanya, GN kini sedang berusaha menghubungi kedua-dua pihak yang dicadangkan dan akan memaklumkan tarikh, masa dan lokasi debat tersebut selepas mendapat persetujuan rasmi.

“GN percaya inisiatif ini akan menjadi satu mercu tanda penting dalam membina wacana awam yang berhemah serta memperkukuh budaya demokratik di Malaysia,” tambahnya. Politiko.my

TAK PERLU 

DEBAT

AMIN

YANG WAJIB

DI ADAKAN IALAH

PENCERAHAN &

PENERANGAN

PADA ORANG RAMAI

AMIN

DEBAT NI

NAK TUNJUK 

PANDAI BERHUJAH

 BIJAK MENANGKIS

AMIN

DEBAT

TAK BAWA FAEDAH

PADA ORANG RAMAI

AMIN

RAKYAT PERLU

PENCERAHAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x payah debat tanah melayu dah eleek sekarang madani dulu hadhari dap nak malaysian Malaysia semua ni asai tapaknya tanah melayu jadi bila lupa asal usul jawabnya mengarut punya cerita ….dulu melayu&tanah melayu x caya tanya cina India betoi atau x betoi!! ORI tanah melayu tanah airku !!
nak eleek akta hasutan dan madafaka!!!

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga debat, bercakap ini orang kita paling suka, buka mata sampai tidur sentiasa suka bercakap, mungkin bercakap juga dalam tidur dalam mimpi, apapun sentiasa sokong debat yang bernas logik akal kah kah kah siapa setuju angkat tangan tapi jangan lupa mukadimah kena guna ayat-ayat suci dahinya hitam supaya orang kita percaya amin