PAGI INI
PAGI INI
SENIN 22 DISEMBER 2022
KEMARIN
KEMALANGAN KEMARIN
Gua Isham Rais Tukar Tiub mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua kawan-kawan dalam Blog dan dalam Face Book yang menghantar ucapan TAKZIAH atas kematian Ezi.
Ucapan TAKZIAH dari kawan-kawan yang di kenali dan yang tidak di kenali meringankan beban sedih.
EZI telah di kebumikan di Kampong Chenor Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan - jam 2.20 petang kemarin. Ezi di semadikan di sebelah makam arwah JAI dalam kawasan tanah Pesaka Keluarga Zaleha Rais.
Matahari bersinar. Ketika Ezi masuk ke bumi – matahari turut redup. Alam sama bersimpati dengan Ezi.
Ha ha – Ketika ini Pokok-Pokok Rambutan sedang berbuah – merah dan kuning – BUAH- BUAH SAMA-SAMA memberikan ucapan SELAMAT JALAN PADA EZI.
FOR MY DEAR FRIENDS
YESTERDAY'S ACCIDENT
Moi - Isham Rais Tukar Tiub would like to say a THOUSAND THANKS to all friends on the Blog and on Face Book who sent condolences on the death of Ezi.
Condolences from friends known and unknown lightened the burden of sadness.
EZI was buried in Kampong Chenor Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan at 2.20 pm yesterday 21 December 2025 Ezi was buried next to the grave of the late JAI in the land of the Zaleha Rais Family Estate.
The sun was shining - when Ezi entered the earth - the sun also dimmed. Nature sympathized with Ezi.
Ha ha - At this time the Rambutan Trees were bearing fruit - red and yellow fruits - wishing EZI Rest in Peace.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering. Matahari dah keluar. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral cerah – kemarin tak hujan.
Pagi ini Siti dan Keluarga tak muncul – Entah ke mana mereka bertandang. Makanan yang gua sediakan gua bawa pulang – mungkin petang mereka ada.
Tekukur bersuara. Sekumpulan Pipit Uban – berpuluh ekor - terbang di bukit arah Wakaf Dua.
Beberapa pekerja bermotor masuk. Seorang Abang bermotor sampai. Dia membawa burung Tekukur . Kemudian gua nampak dia menalipon.
‘ Sorang je... hari ini...’ Gua bertanya.
‘ Yang lain lum sampai....’ Jawab Abang Burung.
Di pagi hari selalu di Hokkien Abang Burung – dua tiga orang – datang melayan suara Burung Tekukur. Mereka bawa burung sendiri. Kemudian Tekukur ini dalam sangkar di gantung dengan tiang spesial tersorok dalam rimbunan daun. Dengan harapan Tekukur Liar akan bersuara – jawab menjawab.
Kadang kali Tekukur di ikat di atas tanah. Ada juga yang cuba memerangkap.
Abang- Abang ini ada yang datang dari Pantai Dalam – dari Sungai Besi dll – Ini hobi yang amat menarik. Buka hanya Melayu – orang China puan ada main Tekukur di Hokkien.
Ketika gua menulis ini matahari dah bersinar. Balkoni gua dah bercahaya. Gua harap hari ini akan panas. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN
BRO
Hidup kita ini macam minum kopi – ada rasa manis ada rasa pahit.
BRO
Kopi pahit yang lu minum pasti membawa nikmat. Lagi pahit lagi nikmat.
BRO
Mari kita mengopi – adalah suara yang amat enak di dengar. Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan