PAGI INI
PAGI INI
SABTU 18 OKTOBER 2025
PERANG MINYAK
VENEZUELA
Kita baca pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2025 dimenangi oleh Minah Trump dari Venezuela. Ini sebahagian dari PROJEK SERANG VENEZUELA. Bulan September lalu pesawat Amerika telah mengebom kapal dari Venezuela – 11 anak kapal mati.
Trump kata mereka ini kaki seludup dadah dalam perjalanan ke Amerika – Satu dunia ketawa – nak sampai ke pantai Miami di Amerika jauhnya lebih dari 1000 batu – kah ah kah. Minyak kapal kecil ini tak cukup – kah kah kah.
Semenjak tarikh itu Trump dah serang 9 kali kapal di laut yang dituduh penyeludup kokain ke Amerika.
Minggu ini Trump beri arahan pada CIA pada badan GELAP AMERIKA untuk bersedia PERANG DADAH bermula – Apakah ini benar?
Dunia tahu KOKAIN di tanam di Columbia – Venezuela bukan pusat kokain. Malah dadah yang sidang menghuru harakan Amerika bukan KOKAIN tapi MET – yang kilang di Mexico . Bahan asal - FENTANYL - di bawa masuk dari China Merah
Trump sengaja menuduh Presiden Maduro terlibat. Ini kerana kerajaan Venezuela ini progresif - berhaluan kiri – menyokong Palestin. JUSTERU MADURO wajib di jatuhkan.
Apa sebenarnya di belakang PERANG DADAH ini ?
Jawabnya mudah. MINYAK – bahan bakar petroleum. Venezuela ada negara kaya dengan minyak. Deposit minyak dalam bumi dan laut Venezuela lebih banyak dari yang ada di Saudi atau di Iran. Dalam dunia ini Venezuela adalah negara yang memiliki simpanan minyak yang paling banyak.
Inilah dia PROJEK PERANG DADAH – sebenarnya Amerika mahu menjatuhkan kerajaan Maduro dan merompak dan menjarah minyak yang masih tersimpan dam perut bumi Venezuela.
ARAHAN terbaru Trump kepada CIA kini membawa satu suasana politik baru di Venezuela. Kini Maduro telah siap sedia. RAKYAT sidang di latih untuk berperang. TENTERA RAKYAT sedang di bangunkan.
Apakah soldadu Amerika akan masuk menyerang ? Atau apakah Maduro akan di tembak mati oleh CIA atau ajen CIA ?
Hadiah 50 Juta Dolar telah diumun keatas kepala Presiden Maduro. Kepala Usama dulu hanya bernilai 10 juta dolar.
TALIPON PINTAR
Telah kita dengar ura-ura kerajaan untuk melarang mereka di bawah umur – 16 tahun ??? dari memiliki dan menggunakan talipon pintar – yang membuka media sosial.
Beberapa buah negara seperti New Zealand telah mengambil langkah ini.
Ini langkah baik dan perlu kita sokong. SEMUA BENDA INTERNET sedang mengubah dan membawa budaya baru kepada masyarakat dunia.
Kekang ? Kontrol ?
Para pakar yang berilmu wajib berkumpul – berbincang dan mengeluarkan pandangan dan cadangan.
KAWAL DAN HUKUM – cctv dan rotan – TIDAK akan selesaikan masalah ini. Satu pendekatan baru wajib. Kita yang tidak berilmu dalam hal ini wajib sama-sama memberi perhatian dan sokong kepada langkah kerajaan yang baik. Amin
UKRAINE -AMERIKA
Presiden Zelensky berada di Rumah Puteh kemarin. Dia datang jumpa Trump nak mintak senjata misile Tomahawk – tapi Trump kata Amerika juga nak pakai senjata ini. Ertinya Ukraine tak dapat senjata baru.
UK
Perogol Diraja Andrew di tarik darjah diraja. Ini PEROGOL DI RAJA yang kerjanya merogol kanak-kanak.
PORTUGAL
Negara ini haramkan pakai BURQA di tempat orang ramai.
BELANDA
Mahkamah Jenayah Dunia tolak rayuan untuk batal waran tangkap Netanyahu dan Gallant – Menteri Pertahanan Israel.
GAZA
Bantuan masuk ke Gaza masih tersekat. Isreal seperti biasa buat banyak kerenah. Tambah pula semua tawanan yang hidup sedah bebas.
INDONESIA
Microplastik di temui dalam air hujan yang turun di Jakarta. Ini bahaya besar untuk umat manusia. Kita akan minum dan MAKAN plastik. Ini membawa maut.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Petang kemarin hujan lebat. Matahari dah keluar. Cahaya enak membakar pipi. Langit berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Tekukur berlagu dari bukit kiri dan kanan.
Jantan Baik dan Siti menunggu di Wakaf Pertama – mereka mengekor gua. Gua beri makanan di tempat biasa. Ramai turun makan.
Kemudian Siti ikut gua kerana dia tahu ada Friskies. Kah kah kah – Minah ini dah bijak tapi badan masih kurus.
Berjalan pulang hampir dengan pintu masuk - satu kumpulan Pipit – mungkin lebih dari 200 ekor bangun bila gua hampiri sawah rumput – terbang dan hinggap ke bumi sekali lagi.
Bila gua hampiri mereka bangun terbang – whooosh ... bunyi kepak yang gua dengar – apa yang gua bejaya dengar kerana mereka RAMAI . Wow ! Bunyi ini tidak akan gua lupakan – Nikmat yang paling rare. Amin
Hari ini akan panas. Hari ini gua tak pergi pasar. Pergi esok. Gua nak pergi Kedai Buku Pak Chong di PJ – YB Hassan Karim lancar buku kesah hidup. Amin
Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SABTU
BRO
Bila Minah atau Mamat tu tak angkat talipon lu tiga kali – masanya dah sampai untuk lu beli tiket pergi ke Indonesia – di sana ada yang sentiasa menunggu.
BRO
Lu sentiasa simpan beberapa helai duit kertas seringgit dalam dompet . Ini kerana Penjual Tisu makin ramai. Ekonomi makin parah.
BRO
Bila ditahan polis lu bayangkan MUKA POLIS itu sedang menjilat burit isterinya. Lu pasti akan senyum.
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan