Jumaat, 31 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 31 OKTOBER 2025

HUJAN PANAS


PANAS HUJAN
Kemarin Kuala Lumpur panas  - tiga hari yang lampau hujan – di Utara  banjir -  PAGI INI panas – matahari dah bersinar -  Hujan panas hujan panas menjadi satu fenomena.

Ini sebenarnya tanda perubahan iklim dunia -  INI PEMANASAN DUNIA – panas hujan banjir kemarau  - sering berlaku.

Ingat tak tahun lalu – Raja Sepanyol di baling lumpur  di Valencia. Orang kampung marah kerana datang melawat kawasan banjir dimana 230 nyawa hilang.

Minggu lalu  Setiausaha Agong PBB  Antonio Guterres buat kenyataan – KITA UMAT MANUSIA DALAM DUNIA INI DAH LINTAS 1.5% C – suhu panas yang  bahaya – TAK ADA LAGI JALAN PULANG bila dah lintas suhu ini.

Inilah dunia kita hari ini. Tapi gua rasa ramai tak sedar – ramai KURANG faham sangat akan bahaya yang akan sampai.

Ingat tak KEBAKARAN HUTAN  di Carlifornia, di Australia, Di Canada  -  semua ini adalah manifestasi PEMANASAN GLOBAL.

Gua bukan MENJUAL TAKUT – seperti Ustad – gua hanya beri tahu bahawa perbuatan dan gaya hidup kita ini membawa mudarat pada kita sesama manusia.

HUJAN PALSTIK 
Gua baca ada hujan plastik dI Jakarta – nak baca hal ini - gua nak faham mendalam – sekarang gua hanya  baca berita – dan ini menakutkan.

Kalau di Jakarta ada hujan plastik apakah di Kuala Lumpur tak ada? Amin

UK
Kaki Freeloader – peminat burit kanak-kanak di halau keluar dari Istana. Andrew ini terlibat dengan PEDO bernama Epstein. Semua derajat  kebesaran di raja ditarik balik.

AMERIKA
Dewan Senate Amerika menolak TARIF lebih dari 100 negara yang di kenakan oleh Trump. Senataot menentang Trump.

GAZA
Hamas pulangkan  dua  mayat tahanan Israel  yang baru di temui. Gencatan senjata masih berjalan tapi goyah.

LEBANON
Presiden Lebanon arah untuk melawan serangan dari Zionis Israel Blackrock.

VIETNAM
Hujan banjir 10 mati dan 8 masih hilang. Hujan masih turun.

INDONESIA
Negara ini tetapkan belanja haji sebanyak 25,700 ringgit seorang.

HOKKIEN
Pagi ini panas- Matahari dah keluar – KL & KL Sentral berjerebu nipis – langit berawan putih biru.

Gua dengar suara Tekukur – dan Tuk Tuk Tuk – agak kuat -  dari jauh suara mesin rumput.

Ha ha -  nikmat paling nikmat ialah merasa pipi di bakar oleh  sinar matahari pagi. Aduh !  gua rasa nak berbogel agar seluruh badan di bakar sama.

Warga Hokkien sanak saudara Siti datang – ada 6 ekor Puppy – adik beradik Itam empat ekor – Siti dua beradik – semua macam sebaya. Pagi ini semua gumbira makan – tapi gaduh berebut pun ada.

Hari ini akan panas – malam jika berangin macam kemarin, akan sejuk santai. Amin


BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO
Jika lu bersendirian – lu sebenarnya bertemankan  diri lu.

BRO
Sunyi bersendirian adalah pintu gerbang membuka fikrah.

BRO
Bersendirian ialah tempat dimana jiwa lu bertemu dengan alam. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: