Rabu, 20 Julai 2011
ANAK MUDA SEGALA BANGSA MELAKAR SEJARAH
SALUT UNTUK YANG BERANI
MAKNA DAN TANDA 9 JULAI
Dalam pensejarahan, setiap negara bangsa akan wujud satu tarikh untuk diingati dan dikongsi bersama. Warga Palestin mengingati Nakba atau Malapetaka pada 15 Mei setiap tahun. Pada tarikh ini Israel telah diwujudkan. Pada tarikh ini juga tanah-tanah warga Palestin mula di rampas oleh kaum Zionis.
Semenanjung Tanah Melayu menyambut Hari Malapetaka ialah pada 31 Ogos setiap tahun. Malapetaka menimpa Tanah Melayu ditarikh ini apabila British mengaggihkan kuasa pentabiran tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Malapetaka ini sedang sama-sama kita rasakan.
Tetapi apa sangkut pautnya Malapetaka ini dengan tarikh 9 Julai? Bukankah pada 9 Julai yang baru lepas hanyalah hari Perhimpunan Bersih? Untuk memahami 9 Julai ini saya akan bawa kembali kepada surah surah sejarah agar para pembaca yang budiman akan dapat memahami makna dan tanda tarikh dan haribulan ini.
Saya bawa kembali para pembaca ke zaman Julius Ceaser dan kerjaaan Rom. Di Utara Itali ada sebatang sungai bernama Rubicon yang airnya berlumpur merah. Sungai ini telah dijadikan garis sempadan. Kerajaan Rom telah membuat perundangan bahawa tidak ada sesiapa pun boleh melintasi Sungai Rubicon ini dengan membawa bala tentera.
Pada tahun 49 Sebelum Masehi, Julius Ceaser telah melintasi Sungai Rubicon dengan membawa satu ketumbukan bala tentera menuju ke arah kota Rom. Menyeberangi Sungai Rubicon memberi makna bahawa tidak ada lagi jalan pulang melainkan mengambil kota Rom. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini.
Kini biar saya bawa pula ke zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Pada tahun-tahun 30’an kerajaan Peranchis telah mendirikan tembok-tembok pertahanan di sempadan Perachis/German. Tembok dan kubu-kubu pertahanan ini di panggil Garis Maginot – ini nama menteri pertahanan Peranchis sebelum Perang Dunia Kedua. Garis ini cukup kukuh - dengan kubu-kubu batu, tembok yang lengkap dipersenjatai dan pengkalan askar yang stratejik – di atur disepanjang Garis Maginot.
Apabila Perang Dunia Kedua pecah, Hitler telah mula menyerang Peranchis. Kubu-kubu di Garis Maginot pada awalnya kelihatan kukuh dan mustahil untuk soldadu German menerbus masuk ke Peranchis. Tetapi pada 10 Mei 1940 Garis Maginot ini ditembusi oleh soldadu Hitler. Pada 14 Jun 1940 Peranchis jatuh ke tangan Nazi. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini.
Biar saya bawa pula para pembaca yang budiman ke tahun 711 – di zaman kegemilangan tamadun Arab. Pada 29 April 711 Tariq ibni Ziyad panglima perang dari Moroko telah berjaya menyeberang Laut Tengah dan memasuki Semenanjung Ibera. Sesampai di pantai selatan Laut Tengah, Tariq telah membakar semua kapal-kapal yang membawa bala tenteranya.
Tariq ibni Ziyad telah menerangkan pada bala tenteranya bahawa di hadapan mereka terbentang luas negara Sepanyol yang subur dan menjanjikan untuk diambil. Di belakang mereka ialah Moroko. Tetapi mereka tidak memiliki pilihan kerana semua kapal untuk pulang telah dibakar. Hanya satu pilihan - untuk terus mara dan menawan Sepanyol. Tetapi 9 Julai dahulu lebih dari ini.
Sekarang mari kita sesama melihat kembali pensejarahan 9 Julai. Apabila Bersih mengumumkan 9 Julai sebagai Hari Perhimpunan dengan 8 Tuntutan – saya rasa tidak bagitu ramai yang ambil pot. Ada komen yang mengatakan kempen Bersih 2007 dahulu lebih baik kerana masa berkempen agak panjang. Kali ini masanya singkat. Pasti tidak ada sokongan. Ada yang mengatakan bahawa Rosmah dan Najib ini amat popular dan susah untuk digelincirkan. Ada pula yang memberi komen bahawa tunjuk perasaan ini bukan budaya kita.
Semua hujah-hujah ini menjadi hampeh apabila Mat Sabu dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden Pas. Semua suasana politik berubah. Perubahan mendadak berlaku apabila Mat Sabu membuat kenyataan terbuka bahawa sebagai Timbalan Presiden Pas , dia akan memastikan 300,000 ahli Parti Pas turun ke jalan raya pada 9 Julai. Kenyataan Mat Sabu ini terus menaikkan berat badan Rosmah Mansor sebanyak tiga kilo.
Biar saya terangkan sejelas mungkin disini. Semua daulah yang zalim - untuk meneruskan kuasa - akan menakut-nakutkan warganya. Ini adalah teknik dan stratiji yang diguna pakai oleh semua pemerintah - raja, emperor, ratu, presiden atau perdana menteri – semua menggunakan ‘takut’ sebagai alat. Warga negara yang takut akan menjadi bodoh. Warga yang bodoh tidak berani bersuara. Warga yang takut dan bodoh amat senang untuk ditambat dan dijadikan kuli batak.
Apa yang telah dilakukan oleh Rosmah dan Najib ialah mengarahkan sepupunya Hishammuddin Hussein untuk menakut-nakutkan rakyat. Yang menjadi barua untuk menakut-nakutkan orang ramai ini ialah Timbalan Ketua Polis. Lihat bagaimana pada satu ketika warna kuning untuk – kasut, payung, baju – telah diistiharkan sebagai warna haram untuk dipakai. Ini contoh terbaik gerak kerja saekor barua.
Tidak cukup dengan tangkapan Polis, rakyat juga cuba ditakut-takutkan dengan kehadiran para pesilat yang memiliki ilmu kebal dan ilmu ghaib. Untuk terus menakut-nakutkan orang ramai tetiba kita melihat kemunculan berita dimana polis dan tentera telah mengadakan latihan bersama. Tidak cukup dengan berita ini ada sepanduk yang tertera dengan tulisan besar dalam empat bahasa termasuk tulisan jawi : Jika Tidak Berundur Kami Akan Tembak.
Taktik untuk menakutkan orang ramai ini dinaikkan lagi suhunya dengan kemunculan Perkasa dengan juruhebohnya Ibrahim Ali. Setiap hari tanpa henti-henti Ibrahim Ali telah berleter dan berheboh dengan segala macam berita yang bertujuan untuk mengancam dan menakut-nakutkan orang ramai dari turun ke jalan raya.
Dalam masa yang sama saban hari media milik United Malay National Organisation telah mengeluarkan dua bentuk berita. Satu berita-berita yang berniat untuk mengancam warga agar jangan berani turun ke jalan raya. Satu lagi berita untuk memburuk-burukan dan memperlekeh Bersih.
Tidak cukup dengan semua ini , 6 ahli Parti Sosialis Malaysia telah ditahan. Kali ini dengan menggunakan Akta Darurat. Entah macam mana – putar dan belit – Rosmah, Najib and sepupunya telah memintal lidah untuk menipu orang ramai. Sepupu Najib telah berkata bahawa 6 anggota PSM ini ingin melawan Agong.
Ya Ampon. Lawak ini menjadi seram apabila kita diberitahu bahawa hanya Dr Jeya seorang sahaja yang tahu dimana rumah Agong dan pernah melihat rupa muka Agong. Ini kerana Dr Jeya seorang ahli Parlimen dan Agong telah beberapa kali datang ke Parlimen. Yang lima lagi ini, saya difahamlan hanyalah aktivis PSM yang rata-rata tidak tahu sangat tentang jalan-jalan di Kuala Lumpur. Malah mereka berlima ini mungkin tidak dapat membezakan muka Agong dengan muka Dugong. Jauh sekali nak melawan Agong.
Dibelakang semua huh hah huha hah ini ada pula perang saraf yang disebarkan oleh ‘desas bin desus’. Ada cerita tetang tangkapan ISA, tentang askar akan ambil alih negara dan kesah penangkapan beramai-ramai ala Operasi Lalang. Cerita peglipur lara dari Desas bin Desus ini sebenarnya adalah sebahagian dari pernah saraf yang tersusun untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Apa yang terjadi pada 9 Julai?
Untuk saya bukan 6 ribu, bukan 60 ribu atau bukan 600 ribu warga yang turun ke jalan pada 9 Julai untuk dijadikan ukuran. Untuk saya angka ini bukan persoalan. Kalau pun hanya 6 orang yang turun pada 9 Julai yang lalu – saya anggap ini adalah satu kemenangan. Kenapa saya berkata seemikian?
Mungkin ramai yang tidak sedar. Mungkin ramai yang belum faham lagi. Apa yang terjadi pada 9 Julai dahulu ialah kita warga negara Malaysia telah melintasi Garis Takut. Garis Takut ini adalah sebahagian dari garis saikoloji yang telah dipasang apabila Malapetaka 31 Ogos dihimpapkan kepada kita semua.
Garis Takut adalah Garis Maginot – garis pertahanan untuk United Malay Natiponal Organisation untuk menyebarkan falsafah ketuanan Melayunya. Pada 9 Julai yang lalu Garis Takut ini telah sama-sama kita lintasi. Dari kajian awal Bersih hampir 120,000 warga telah turun dan terlibat di jalan raya pada 9 Julai yang lalu. Kesemua mereka telah melintasi Garis Takut.
Garis Takut ini juga telah memecahkan mitos Mei 13 dan pergaduhan kaum. Babak Mei 13 ini telah meghantui kita selama berpuluh tahun. Pada 9 Julai yang lalu hantu dan mitos Mei 13 hancur berderai-derai. Anak anak muda yang turun ke jalan raya pada 9 Julai yang lalu telah menangkap hantu 13 Mei ini dan memasukkan ke dalam botol untuk dibuangkan ke Laut Kalzom.
Pada 9 Julai yang lalu terbukti anak anak muda – anak semua bangsa - tidak ambil pot langsung terhadap Pekasa, Polis, Tentera atau ISA. Inilah bukti saheh yang mereka telah melintasi Garis Takut. Anak-anak muda di jalan raya telah masuk ke satu dunia yang baru.
Melintasi Garis Takut ini bermakna kita semua – para penyokong Bersih - telah juga menyeberang menyeberang Sungai Rubicon. Seperti Julius Ceaser kita juga tidak ada pilihan melainkan mara mendobrak kezaliman dan ketidak adilan.
Pasti ada yang akan menyoal – kapal mana yang telah kita bakar pada 9 Julai yang lalu?
Senyum dan senyumlah. Kapal yang telah kita bakar pada 9 Julai ialah Kapal Kerajaan Perpaduan. Seperti Tariq ibni Ziyad – pada 9 Julai dahulu segala mimpi, segala angan-angan untuk mengundur pulang ke Tangier telah musnah. Segala mimpi, segala angan-angan untuk Pas dan United Malay National Organisation menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah terbakar di Lebuh Pudu, di Jalan Petaling dan di Dataran May Bank.
Tembakan gas pemedih mata di terowong stesen bas KL Sentral adalah mancis api yang membakar Kerajaan Perrpaduan. Apabila Hadi Awang ditangkap dan Mat Sabu dilanggar kereta polis ini adalah keruntuhan tiang layar Kapal Kerajaan Perpaduan.
Kita telah menyeberang Sungai Rubicon, kita telah melintasi Garis Maginot dan kita telah membakar Kapal Perpaduan. Kini kita sedang berada dalam dunia yang baru. Kita berada dalam wilayah yang memungkinkan kita menamatkan Malapetaka yng menghimpap kita semenjak 31 1957 dahulu. Di belakang kita ialah Takut di hadapan kita ialah Puterajaya yang subur dan menjanjikan untuk diambil.(TT)
nota:
tulisan ini tela disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
yang kini dalam pasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul
talipon : 03-22-72-40-45
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
38 ulasan:
Kisah ini sangat hebat TT. Terima kasih Tuhan kerana ciptakan penulisan ini (melalui TT). Salut.
Biasanya REJIM itu adalah PENAKUT
Mereka memang suka menakut-nakutkan orang ramai. Walhal mereka yang sebenarnya TAKUT.
Mahaguru Rejim PENAKUT itu asalnya daripada KUBANG PASU...kah kah kah kah
sila baca:
http://malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/42194-the-role-and-function-of-the-police-force-in-a-kleptocracy
satu lagi penulisan yg terbaik dari tt.
membuka minda pembaca.
well done bro.
tiga click iklan untuk tt
Kawe tabik spring2222 ko demo. tulisan yang hebat
Aku harap tiada lagi yang cuba bina kapal perpaduan yang baru.. Skarang cuma tinggal kehijauan putrajaya untuk pejuang-pejuang yang isgiqamah.. Saluttt too TT..
Salam TT, teruslah merancakkan obor perjuangan ini demi keadilan buat seluruh rakyat Malaysia. Setiap ayat yang tertulis memberi seribu makna yang tersirat dan boleh membakar semangat juang buat anak2 muda kita demi generasi akan datang.
beb! meremang bulu roma gua beb!
xsangka pengorbanan kecil hati tu amat bermakna sekali pada hari ni dan hari mendatang...
moral tgh up ni!!!
Thanks TT for this 'MASTERPIECE'...
“Tengok saya ni, sampai sekarang saya jadi teruna….( ‘boleh percaya ke’, sahut pendengar)…Siapa dah tengok video tu (video skandal seks Anwar dengan pelacur) angkat tangan dulu…jangan lah malu-malu pulak, Anwar tak ada sini, dia dah balik dah..ini bukan pengalaman saya pergi ke rumah pelacur lah, tak ada..saya tak pernah lagi…(disambut dengan jeritan pendengar yang tidak percaya pengakuan itu).. okay..okay..okay..pengalaman saya pergi rumah pelacur di Thailand..(disambut jeritan dan gelak ketawa lagi)..okay..dengar..dengar..dengar..saya pergi rumah pelacur di Thailand, adakah saya, (masa) saya nak pergi ‘menutuh’ tu saya bawa kawan saya, kawan saya masuk bilik yang sama..tak masuk akal dah..” kata Hishamuddin Rais, ketika berceramah kepada AMK PKR di Shah Alam pada 18 Jun 2011.
Garis takut telah dilalui.. langkah pertama ke medan perjuangan telah diambil.. selangkah ke depan, anak bangsa pasti akan terus berjuang kerana tiada undur di dalam peperangan!
http://www.youtube.com/watch?v=9gEwkw8FPtg komen bideo nie abg TT
Cahaya apakah yang menerangi warkah hebat ini?
Superb!
... kumpulan silat tu berani bila diorang ramai dan berdepan dengan seorang 'mangsa' je ... tapi bila tengok yang datang tu lebih ramai dari diorang (out numbered - selalu dalam cite hollywood) diorang dah terkencing dulu dalam seluar ... lupa jampi serapah dan mentera haram jadah ... kah kah kah ... pesaka, puaka dan macam-macam persatuan silat yang sepatutnya datang tapi balik saje bila di beritahu budget tak de ... fulus tak masyuk ... kah kah kah
Biar saya terangkan sejelas mungkin disini. Semua daulah yang zalim - untuk meneruskan kuasa - akan menakut-nakutkan warganya. Ini adalah teknik dan stratiji yang diguna pakai oleh semua pemerintah - raja, emperor, ratu, presiden atau perdana menteri – semua menggunakan ‘takut’ sebagai alat. Warga negara yang takut akan menjadi bodoh. Warga yang bodoh tidak berani bersuara. Warga yang takut dan bodoh amat senang untuk ditambat dan dijadikan kuli batak.
sila ulang bro....
assalamualaikum,
hisham, 23 julai ni..ada event memoir sempena 9 julai....masukkan event ni kat blog hang...
Memoir to July 9, lets walk on 723!
http://www.facebook.com/event.php?eid=129244687162169
tt...
tulisan ini hanyalah teori...
belum tentu kita sampai putrajaya walaupun lawan kita bukanlah secalang lawan thariq, hitler dan juga ceasar.
mungkin TT anggap "garisan takut" itu sudah kita semua lepas... cuma saya takut, sebenarnya ade lagi garisan di hadapan yang kita lupa,
"garisan takut hanya kelompok kerat" sahaja.
Dulu lawan thariq, hitler dan ceasar tidak memerlukan mereka-mereka ini suara majoriti, kita yang perlukan.
Takut saya, kita gagal mencapai garisan suara majoriti.
Tulisan yang best spt selalu TT! Keep up the good work.
Tabik TT, MANTAPPPPP....
Kepada DAVUDIA,
Lu nak cerita aper ni?
P.asan
When Tuan Haji Mohamad Sabu's leg had been nailed with 2 and half inches screw that's mean The Peace Loving Malaysians had just found the new advance green technology engine named MATSABUSHI using yellow fuel Ron 709 to Putrajaya.
Hossein 30;70
teruskan saudara bernas juga bila serius.
kita ada masyarakat majmuk yg parochial spoonfed by capitalism. tarbiyah tt couldnt reach the so-called marhean. the silent majority were all well-fed, bloated, passive unless we pull off their fences and made them bark as true rakyat. the french were fed with utter hatred by a dramatist with telling effect over the rich. here, aiman tak kisah! bincat rm73m? lantaklah. janji bole soru. no, we still wait for another agitation. no war no peace. no resistance no reaction. no friction no fire! no fire you roast nothing for sinners! mahaguru tunggu yo kat putrajaya dgn brengun sjn hasan....big mama pakai fiat aka pelancar roket??? tariq pun torjun dlm tasik dgn mat sabu.
tt, gambar tu macam gambar kau sendiri je...
cuba tengok betul2...
Salam TT...terima kasih ats penghargaan anda kpd ank muda...sy berbangga smase trun ke bersih tempoh hari...sy berbangga mnjadi sbhagian laskar kuning bersama2 rakyat mlsia yg lain...benar lah kate TT...ank muda telah berjaya mlintasi garisan takot itu...krn sy telah pn dpt merasai nya...
Salut lu juge bro..
Sayyed..
tulisan yg superb dari TT.. mohon copy dlm blog saya sebagai kenangan utk anak cucu masa depan tentang betapa 'takut'nya pemerintah dengan suara rakyat..
Woit TT, Tulisan yang sarat dengan makna yang tersirat bahkan lebih sarat sendat dan rahat dari Rosmah Mansur yang berseluar ketat sentiasa, biasalah untuk tampak mengiurkan dimata Jantan Handsome macam kau juga kah kah kah... aku terpegun dengan punching line "kita lebih mendahului dari itu" memang benar dan tiada selindung lagi akan hakikat ini... Sudah mitos perkauman kita leburkan dan terzahir sudah generasi baru Malaysia hari ini... Anak2 muda Malaysia, apa pun bangsa anda semua, kita tetap sama serumpun di bumi bertuah ini, ayuh semua kita dobrak habis habisan rejim karat hingga jadi bahan sejarah untok tatapan generasi seterusnya, berbanggalah semua kerna kita tidak lagi disakat oleh hantu karut perkauman !!! Tak mungkin Mat Desas Bin Desus mampu untuk mendobrak barisan kita yang baru dan kukuh !! Ayuh bangkit kita tumpaskan rejim Zionis ini, bersama kita humbankan gerombolan United Malays National Organisation kedalam lubang najis !!
Hidup Rakyat Malaysia Bersatu Hati !! Hidup Rakyat !! Hidup Rakyat !! Hidup Rakyat !!
Aku teringat akan nobel Atheis yg menjadi buku teks semasa aku mengambil HSC/STP dulu...antara lain , lebih kurang, Hassan bertanya: kenapa kita takut pada gelap? pada kegelapan malam? sebabnya kita tidak nampak dan tidak tahu apa ada dalam kegelapan itu...
kalau di waktu siang sudah tentu tidak ada orang yang takut walaupun melintasi tanah perkuburan...
Dan kau TT, telah banyak membuat siang kepada minda anak2 muda.
Teruskan pencerahan dari tuan...
Tanpa Nama berkata...
Cahaya apakah yang menerangi warkah hebat ini?
itulah cahaya kuning (keemasan)
cahaya mentari dgn kehangatan
yg pasti setiap hari hadir setia
hinggalah hari ditiupkan sengkakala
kerana itulah ketentuan Allah
janjiNya: baik kan menang, batil kan kalah
jadi ingat & yakinlah
terus mara kerana kita punyai Allah
walau langit mendung kelabu
mentari kuning tetap di situ
There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done
-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY
tahniah utk diriku kerana memahami warkah tt..teruskn menulis warkah hebat..Allah AlMighty
tulisan yang bernas tapi tidak rasional....konsep cantik tapi digunakan dipentas yang ketinggalan zaman dan merosakan negara dari segi jangka panjang ....kekecewaan diri jangan digunakan untuk merosakan kehendak majority...berubahlah wahai TT.
Hari malapetaka ? kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah tak ponah gue dengor petakaaan cun sebegini kah kah kah...
BERSIH 2.0 - Satu VIDEO untuk tatapan KPN!!!
http://malaysia-today.net/component/content/article/58-video/42212-bersih-20-satu-video-untuk-tatapan-kpn-
http://www.youtube.com/watch?v=8YK4pucRY4s
http://2.bp.blogspot.com/-zyCNHrnNfKU/TiYvczraEPI/AAAAAAAAIlc/8ZPpDiFpzC4/s1600/anjing%2Bumno.jpg
Hebat..minta izin hamba copy, sori TT..dah copy dulu baru minta izin..
Tahniah TT. Tulisan ini wajar dan wajib dibaca oleh semua warga PR dan rakyat Malaysia yang belum dilembukan oleh UBN.
Selepas kita menawan Putrajaya, saya doakan TT akan diamanahkan untuk menulis kembali sejarah Malaysia yang telah diputarbelit dan diseleweng oleh UBN. Malah sejarah dunia juga hanyalah dihujung jari TT.
p.s.# Aku rasa nak nangis dan terharu...huhu
memang psaiko la bro tulisan lu..mantap..memang benar sebagai rakyat yg tahu haknya, kena melintasi dan menyeberangi Garis Takut ni..sbb ia adalah musuh dalam diri kita. Berani kerna nak tegakkan kebenaran..tabik pada peserta himpunan aman 9julai...klau wat lagi pasni insyAllah nak join. tuhari ada daftar kelas blajo lakk xdapat join...minta izin share eh artikel ni bro.
Dear TT,
Such a wonderful masterpiece from you.
It's motivational to read your writings and i always wonder how you be able to write such a good articles.
Keep it up, TT. We all need you.
terbaik dari tt
1.Gol Penalti Paling Best Dalam Sejarah(Video)
2.Tokong Yang Dibuat Daripada Botol Arak(Gambar)
3.Nenek Dengan 700 Ekor Kucingnya
Kami merasai ketakutan itu, tapi pada hari 9, kami gigit dengan gigi geraham dan melintasi garisan itu. And it felt so good and heady...
- Mak Ngah, Kampung Tuan
Thanks man that ws great reading. I mean with one stroke U juz took me back to the Roman Empire thru the Middle East into the 1st WW and rite smack into 9th July '11.
Dats ws like a rollecoaster ride.
Hats off to U.
Catat Ulasan