Isnin, 15 Jun 2026
APO CERITO DARI BANGKOK ?
CERITO
BANGKOK
DEN ADO DONGA
TENGKU FRAUD POGI BANGKOK
DIA BUEK APO
DI BANGKOK?
NAK NGURUSKAN BADAN KO
NAK CARI AYAM SIAM KO
ATAU
ADO PROJEK ?
BOTO KO CERITO INI?
TANAH DI KLUMPO
APO CERITO?
AMIN
KOLONIAL INGGERIS - FAKTA BETUL
BRO,
FAKTA CHINA &
INDIA DI BAWA
INGGERIS BETUL
AMIN
INI DI ZAMAN
KOLONIAL
AMIN
TAPI SEKARANG
PASAL APA
JADI PELANCUNG
TERUS LESAP
TAK PULANG
KE NEGARA ASAL
AMIN
FAKTA INI
YANG NAIKKAN
DARAH MELAYU
AMIN
INGAT APA TULISAN
MARIO PUZO
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA CHINA
DATANG KE TANAH MELAYU ?"
Cina India dibawa masuk sebagai pekerja, sebagai tulang belakang negara Malaya dahulu, kalau harap Melayu memang tidak maju, dia bawa masuk pekerja membanting tulang sampai negara maju, pun dipersalahkan,
kalau jenama engkau memang tidak mengenang jasa orang lain, engkau hidup sebagai parasit yang menghisap darah keringkana orang lain saja, apa pencapaian sendiri engkau selama ini? Kah kah kah mampus lagu cepat kaya
APO KOBA ?
APO KOBA?
CIK SARABANAN
LAMO DEN
TAK DONGA KOBA
APO CERITO ?
TANDING DI JOHOR
MACAM MANO?
DI PORT DICKSON MIC
TANDING KO TAK?
NAK MASUK PN KO ?
JANGAN LAWAN TOKEY
NANTI TOKEY MARAH
MIC TAK DAPEK KERUSI
MEMAHAMI ROHINGYA
SIAPA MEREKA
DI PANGGIL
ROHINGYA
OLEH : TOBEY KISHEN - MANDIRI
Bukan semua orang yang marah kepada Rohingya ialah Nazi.Bukan semua orang yang risau tentang isu pelarian ialah rasis. Dan bukan semua orang yang mengkritik komuniti Rohingya sedang menyebarkan kebencian. Itu perlu dijelaskan dari awal.
Kerana memang wujud masalah yang sebenar.
Ada isu jenayah. Ada isu setinggan. Ada isu pengemisan kanak-kanak.
Ada isu persaingan pekerjaan dan ekonomi tidak formal.
Ada rungutan bahawa sesetengah warga Rohingya membuka perniagaan tanpa lesen atau mengambil peluang pekerjaan yang turut direbut oleh rakyat tempatan.
Semua itu boleh dibincangkan secara terbuka. Tetapi persoalannya bukan sama ada masalah itu wujud atau tidak. Persoalannya ialah apa yang berlaku selepas itu. Kerana di suatu titik, perbincangan tentang masalah mula bertukar menjadi kebencian terhadap manusia.
Dan di situlah persamaannya dengan sejarah yang lebih gelap mula muncul. Bukan apabila kita bercakap tentang jenayah. Tetapi apabila kita mula percaya bahawa seluruh kelompok manusia adalah jenayah.
Bukan apabila kita bercakap tentang keselamatan.
Tetapi apabila kita mula percaya bahawa seluruh kelompok manusia adalah ancaman. Bukan apabila kita mengkritik tingkah laku. Tetapi apabila kita mula menganggap seseorang kurang manusia hanya kerana dia dilahirkan dalam kelompok yang salah.
Di situlah kebencian mula mengambil tempat akal. Dan sejarah mempunyai banyak nama untuk perkara seperti itu. Ramai orang marah kepada Rohingya hari ini.
Mereka tunjuk gambar kanak-kanak mengemis di lampu isyarat. Mereka cerita tentang kes kecurian. Mereka mengeluh tentang setinggan yang tumbuh di tepi sungai. Mereka marah apabila melihat warga Rohingya berniaga di pasar atau bekerja di tapak pembinaan.
Baik. Katakan semua itu benar. Tetapi saya ada satu soalan.
Apa yang kita jangka akan berlaku apabila berpuluh ribu manusia hidup bertahun-tahun tanpa status sah, tanpa akses pendidikan yang teratur, tanpa hak bekerja secara rasmi, dan tanpa jaminan masa depan?
Kita mahu mereka hidup seperti warga yang sempurna, tetapi kita tidak memberi mereka syarat untuk hidup seperti warga yang sempurna.
Kita marah apabila mereka bekerja. Kita juga marah apabila mereka menganggur. Kita marah apabila mereka berniaga. Kita juga marah apabila mereka meminta sedekah. Jadi apa sebenarnya yang kita mahu mereka lakukan?
Hilang? Menguap? Tenggelam ke dasar laut?
Di media sosial, ada yang menulis bahawa semua Rohingya perlu dihalau. Ada yang berkata mereka perlu dibakar. Ada yang bercakap seolah-olah setiap Rohingya lahir sebagai penjenayah.
Aneh.
Apabila seorang Melayu mencuri, kita kata itu masalah individu. Apabila seorang Cina menipu, kita kata itu masalah individu. Apabila seorang India merompak, kita kata itu masalah individu.
Tetapi apabila seorang Rohingya melakukan jenayah, tiba-tiba jutaan manusia lain yang tidak pernah dikenali turut dijatuhkan hukuman sekali.
Logik apa ini?
Jika masalahnya ialah jenayah, hukum penjenayah. Jika masalahnya ialah setinggan, kuatkuasakan undang-undang. Jika masalahnya ialah buruh murah yang menekan gaji pekerja tempatan, tanya majikan yang mengambil kesempatan. Jika masalahnya ialah pelarian tanpa dokumen, tanya mengapa isu itu dibiarkan berlarutan selama puluhan tahun tanpa penyelesaian yang jelas.
Tetapi jangan kita berpura-pura bahawa membenci seluruh komuniti adalah satu bentuk penyelesaian. Kerana kebencian sentiasa menawarkan jawapan yang mudah kepada masalah yang rumit.
Lebih mudah menyalahkan pelarian daripada bertanya mengapa sistem kita membenarkan eksploitasi buruh. Lebih mudah menuding jari kepada orang yang tidak bernegara daripada mempersoalkan mereka yang mempunyai kuasa.
Dan lebih mudah menjerit “halau mereka semua” daripada mengakui bahawa kita sendiri tidak mempunyai jawapan yang sebenar.
Di media sosial, ada satu ayat yang selalu muncul.
“Bawa lah Rohingya duduk rumah kau.”
Pelik juga hujah ini. Bila seseorang kata rasuah itu salah, tiada siapa suruh dia jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM. Bila seseorang kata pendidikan perlu diperbaiki, tiada siapa suruh dia bina sekolah sendiri.
Bila seseorang kata jalan rosak perlu dibaiki, tiada siapa suruh dia keluar dengan penyodok dan tar.
Tetapi apabila seseorang berkata bahawa kebencian terhadap Rohingya sudah melampau, tiba-tiba dia diminta membawa seluruh komuniti Rohingya tinggal di rumahnya.
Mengapa?
Kerana lebih mudah menyerang orang yang bercakap daripada menjawab apa yang diperkatakan. Saya tidak pernah kata semua Rohingya baik. Saya tidak pernah kata tiada masalah melibatkan komuniti Rohingya.
Saya tidak pernah kata Malaysia perlu membuka sempadan tanpa syarat.
Apa yang saya kata mudah sahaja. Jika ada penjenayah, hukum penjenayah. Jika ada setinggan haram, kuatkuasakan undang-undang. Jika ada eksploitasi buruh, ambil tindakan terhadap majikan.
Tetapi apabila penyelesaiannya berubah menjadi “halau semua”, “bakar semua”, atau “hapuskan semua”, itu bukan lagi penyelesaian.
Itu kemarahan yang sudah hilang arah.
Kerana masalah sebenar sebuah negara tidak pernah selesai dengan mencari satu kelompok manusia untuk dijadikan kambing hitam.
Dan sejarah, dari dulu hingga sekarang, sentiasa menunjukkan bahawa apabila masyarakat mula percaya semua masalah mereka berpunca daripada satu golongan yang lemah, mereka biasanya sedang mengabaikan punca sebenar yang jauh lebih berkuasa.
Tidak ada siapa yang wajib menyukai Rohingya. Tidak ada siapa yang wajib bersetuju dengan semua dasar pelarian.
Tetapi sebuah masyarakat yang waras membezakan antara mengurus masalah dan membenci manusia.
Jika selepas semua ini anda masih percaya bahawa masalah Rohingya boleh diselesaikan melalui kebencian, pengusiran beramai-ramai, pembakaran, atau layanan yang menafikan nilai kemanusiaan mereka, maka masalahnya bukan lagi pada Rohingya.
Masalahnya ialah kita telah mula melihat manusia sebagai kurang manusia hanya kerana mereka lahir dalam kelompok yang kita tidak suka.
Dan saat itu berlaku, kita bukan lagi sedang mempertahankan keselamatan.
Kita bukan lagi sedang mempertahankan keadilan. Kita bukan lagi sedang mencari penyelesaian. Kita sedang mempertahankan rasisme. Dan rasisme, walau dibungkus dengan seribu alasan sekalipun, tetaplah Rasisme.
Peace. One Love.
PERJANJIAN AKAN DI SABOTAJ
PERANG AKAN
DITERUSKAN
KAH KAH KAH
PERJANJIAN AKAN
GAGAL KERANA
SETANYAHU DAN
ZIONIS ISRAHELL
AKAN SERANG
LEBANON
KHALAS
Apakah 14 perkara kandungan perjanjian Iran-AS?
LONDON: Menjelang majlis pemeteraian yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini, agensi berita separa rasmi Iran, Mehr, telah menyiarkan apa yang didakwanya sebagai kandungan draf memorandum persefahaman (MoU) 14 perkara antara Washington dan Tehran.
Bagaimanapun, kedua-dua kerajaan belum mengesahkan butiran tersebut secara rasmi dan ia perlu dianggap sebagai laporan media Iran sementara menunggu pengesahan.
Kandungan memorandum 14 perkara:
Media kerajaan Iran melaporkan bahawa memorandum itu mengandungi beberapa perkara utama, antaranya:
* Gencatan senjata kekal di semua medan konflik, termasuk Lubnan.
*Komitmen Amerika Syarikat (AS) untuk tidak campur tangan dalam urusan dalaman Iran.
*Penamatan sekatan laut AS dalam tempoh 30 hari.
* Pengunduran tentera AS dari Iran.
* Pembukaan semula Selat Hormuz dalam tempoh 30 hari di bawah pengaturan Iran.
* AS dan sekutunya menyediakan pelan pembinaan semula Iran bernilai sekurang-kurangnya AS$300 bilion.
* Penamatan sekatan ke atas eksport minyak dan produk tenaga Iran.
* Penegasan semula komitmen Iran untuk tidak menghasilkan senjata nuklear.
* Komitmen AS untuk tidak menambah kehadiran tenteranya di rantau tersebut serta tidak mengenakan sekatan baharu.
Mehr turut melaporkan bahawa "rundingan akhir tidak akan dimulakan sebelum separuh daripada dana Iran yang dibekukan dibebaskan, sekatan terhadap minyak Iran digantung, dan sekatan laut ditamatkan."
Selain itu, agensi berkenaan mendakwa bahawa perjanjian muktamad akan diluluskan melalui resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut laporan Mehr, draf itu turut merangkumi gencatan senjata kekal di semua medan konflik termasuk Lubnan, serta komitmen AS untuk tidak mencampuri urusan dalaman Iran.
Syarat-syarat yang dilaporkan itu juga memerlukan Washington menamatkan sekatan laut dan membenarkan pembukaan semula Selat Hormuz dalam tempoh 30 hari, dengan pengurusan laluan strategik tersebut dilakukan di bawah pengaturan Iran.
Dokumen itu turut dikatakan mengandungi peruntukan mengenai pengunduran tentera AS dari Iran, jaminan bahawa Washington tidak akan meningkatkan kehadiran tenteranya di rantau berkenaan atau mengenakan sekatan baharu, serta penamatan sekatan terhadap eksport minyak dan tenaga Iran.
Bagaimanapun, tiada satu pun daripada butiran tersebut disahkan secara bebas atau diakui secara rasmi oleh pihak AS mahupun Iran setakat ini, dan statusnya masih kekal sebagai laporan media yang belum disahkan.
Apa yang telah disahkan setakat ini oleh Trump dan Sharif?
Di luar laporan media kerajaan Iran, butiran yang paling jelas setakat ini datang secara langsung daripada kenyataan di media sosial oleh Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Presiden Donald Trump.
Kedua-dua pemimpin itu mengesahkan bahawa satu penghentian pertempuran di semua medan konflik telah dipersetujui, termasuk operasi ketenteraan Israel di Lubnan, yang sebelum ini menjadi antara isu paling sukar diselesaikan kerana Israel mahu memastikan Lubnan tidak dimasukkan dalam sebarang perjanjian antara AS dan Iran.
Sharif turut mengesahkan bahawa majlis pemeteraian perjanjian dijadualkan berlangsung pada 19 Jun di Switzerland, manakala rundingan teknikal akan diadakan minggu ini sebagai persediaan sebelum majlis tersebut.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Qatar, Arab Saudi dan Turkiye atas peranan mereka dalam membantu memudah cara dan menjadi perantara kepada perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, banyak butiran lain yang dilaporkan media Iran mengenai memorandum 14 perkara itu masih belum disahkan secara rasmi oleh Washington atau Tehran.
Oleh itu, maklumat tersebut masih dianggap sebagai cadangan atau draf yang belum dimuktamadkan.
Trump berkata bahawa laluan perkapalan melalui Selat Hormuz seharusnya disambung semula tanpa sebarang tol atau bayaran dikenakan ke atas kapal yang melaluinya.
Beliau turut mengesahkan bahawa AS telah bersetuju untuk menamatkan sekatan laut yang dikenakan ke atas pelabuhan-pelabuhan Iran. - Agensi
KENAPA CHINA DATANG KE TANAH MELAYU ?
HANYA SATU
NAK TANYA
KENAPA CHINA
SUKA TINGGAL
DI TANAH MELAYU?
AMIN
Unknown commented on
"TAK TAHU ADAT BOLEH BERTANYA"
You fucked your country dont blame.it cina sesat koling kuil.haram. you deserve it..karma.will happen. Fuxk your.5 time.daily rooster..
Unknown commented on
"CHINA SESAT ?"
Last2 Cina kena kutuk.
LOL.
"Kepentingan sah" MY ASS
Awaiting moderation
Unknown commented on
"EKONOMI MEROSOT -
RAMAI HILANG KERJA"
Malays suffer first.
Tapi Cina + India pulak disalahkan.
Pelik.
LOL
HASUTAN BERJAYA
TERIMA KASIH:
INI BUKTI APA
YANG GUA HASUT
BERJAYA
MENUSUK
DADA MUSUH
AMIN
Unknown commented on
"BERITA BAIK UNTUK NEGARA : ZAHID TIBAI ANWAR - ANWAR TIBAI ZAHID"
dunia akan lebih aman bila isham tiga suku penganut islam syiah mati .
Unknown commented on
"TAK TAHU ADAT BOLEH BERTANYA"
isham tiga suku penganut islam syiah! sesat lagi menyesatkan! terbakarlah dalam neraka jahanam!
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 15 JUN 2026
PERANG HARI KE 108
GENCATAN SENJATA JALAN KEMBALI
MOU – TANDA TANGAN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Mula Mat Teram kata HARI AHAD – kah kah kah – TAK JADI – sekarang alih ke JUMAAT 19 JUN DI SWITZERALAND – KAH KAH KAH
Ahad kemarin hari jadi Mat Teram ke 80 – dia harap akan masuk tarikh ini dalam sejarah kah kah kah.
Kita tunggu dan lihat JUMAAT ini jadi ke tidak kerana salah satu dari FASAL yang akan di tanda tangani ialah HENTI SERANG LEBANON.
Apakah SETANYAHU dan ISRAHELL bersetuju – atau Setanyahu akan sabotaj – jeng jeng jeng.
Sebenarnya, Mat Teram nak buat tanda tangan ini untuk senangkan hati SAUDAGAR MINYAK dan PENJUAL INSURAN yang makin kelam-kabut – Malah BURSA SAHAM dah kacau bilau.
SELAT HORMUZ akan dibuka tapi amsih DIBAWAH KAWALAN IRAN. Amin.
PENGKHIANAT
Tuduh menuduh berterusan antara Zahid bin Hamidi dengan Anwar bin Ibrahim - KHIANAT – kah kah kah
Ini baik untuk orang ramai - bila lanun dan pencuri bergaduh – mereka berbunuh sesama sendiri.
AWAS !!! AWAS !!! AWAS !!!
Ramai politikus yang berpotensi memimpin negara akan DI TUDUH .... tuduh apa ? Tuduh macam macam untuk pastikan nama mereak calar balar.
Ini trik lama – jeng jeng jeng.
Kes KAPAL Zahid bin Hamidi boleh dibuka.
Ke Tengku Fraud berjalan ke Bangkok boleh di buka.
DR SAM – bakal PM Malaysia ada kes ke ? Jeng jeng jeng Amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar sejuk. Lopak air di sana sini. Kemarin hujan petang. Matahari dah keluar. Cahaya lemah. Langit tidak cerah – putih pucat. KL & KL Sentral berkabus.
Di Pintu masuk Terkukur bersuara balas membalas. Cengkerik bersimponi.
Di jalan Ibu Garang dah menunggu – Siti muncul bergurau dengan Tak Tak. Kemudian semua ikut gua berjalan. Sampai depan Pokok Ara gua beri makan. Ramai datang makan pagi ini.
Siti ikut dan teman kan gua bersenam di Wakaf Tiga – berjalan ke Wakaf Pertama – ramai mengekor – ha ha - gua tak sangka pagi ini ada DUA EKOR LEMBU GEMOK - mereka warga Hokkien - sekali sekali muncul - duduk di hujung kampong - Setingan India yang pilihara.
Pagi ini ramai dapat Friskies termasuk Puppy Itam yang gua lihat badan dah bersih mungkin mandi air hujan. Pagi ini gua gumbira – ramai datang makan termasuk Tiong Laki Bini.
Di Pintu Keluar Murai berkicau – ha ha – menjadikan pagi Senin pagi yang indah.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Pagi ini kita bersyukur masih sehat menyambut pagi ini.
BRO
Lu lupakan kemarin – semua dah berlalu.
BRO
Pagi ini lu rancang projek dan kerja baru. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)










