Rabu, 12 Februari 2020

SEMUA TAK JADI GAJAH - SEMUA JADI KENG





SEMUA TAK

JADI GAJAH

SEMUA JADI KENG
Wahai Para Pembacha Tukartiub Yang Budiman

Jika kita berkunjong  ke pekan Kota Bharu atau ke  Machang Bubok di Bukit Mertajam...Ada jalan yang dinamakan Jalan Gajah Mati.

Ada pun  di daerah  Dinding (sekarang Manjong) di Perak pada suatu masa terdapat satu kampong yang dinamakan Kampong Gajah Mati. Cheriteranya amat romantic dan menusok jiwa.Kurang lebeh beginilah kesahnya:

"Sekumpulan gajah menyusori sungai dan tiba2 ketua(ibu) menyedari seekor gajah betina  tiada dalam kumpulan.

Bergegaslah seekor gajah jantan berpatah balek menjejaki gajah betina tersebut. Gajah betina itu dijumpai separoh tenggelam dalam suatu lubok atau sumur. Makin lama makin tenggelam dan  gajah jantan itu memaut belalainya choba selamatkan..tapi maseh tenggelam. Keriuhan genting  ini turut disaksikan oleh pendudok kampong. Gajah jantan itu enggan melepaskan pautannya. Tenggelamlah kedua duanya...baik gajah2 lain  yang kesemua berpatah balek maupun pendudok kampong..semuanya berlinangan ayer mata.

Fitrah semangat setia kawan gajah itu lah yang menjadi jolokan dan pedoman. Kerana Setia-Kawan ini lah nama Sitiawan itu dizahirkan"

Ada pun sifat2 Setia-Kawan ini  turu dianuti oleh penjenayah atau khususnya para penchuri zaman silam.Malah karya Plato, Republic dan William Shakespeare, Henry IV di abad ke 16 sudah pun tertulis proverb "HONOUR AMONG THIEVES ".

Kalau di Britain  dulu2 penjenayah mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi sesama mereka.Kalau lima orang pechah masok kilang  ....seorang dua yang ditangkap tidak akan pechah mulut atau "grass on" yang terlepas.Merengok dalam penjara tapi rakan2 di luar jaga anak bini si banduan.

Begitu juga Kongsi  Gelap kaum China ...potong ayam atau minum darah. Biar pechah perut jangan pechah mulut. 

Hanya dalam abad ke 20 lah Honour Among Thieves ini dipersendakan menjadi There Is No Honour Among Thieves.

Begitu lah evolusi Setia-kawan.Penchuri nombor satu kena tangkap...berpuloh puloh penchuri lain yang sehati sejiwa pada suatu  suatu masa  tampil bagi  keterangan. Apa tidaknya..kalau tak nak selamatkan diri..bodoh laa.

Selain dari "Grass On"..Mat Salleh ada satu lagi slang bagi sifat jijik ini yakni "Finger"....e.g " The witness fingered him as the mastermind".

Namun apa bila menuding jari...sebatang telunjok tapi jari2 kelingking, manis dan hantu menuding ke arah si  saksi itu sendiri.

Kesian gajah gajah setia kawan tu!



-------

2 ulasan:

hamim berkata...

TT, cerita gajah dah ada, tapi cerita badak tak ade ke, sekarang ni mak badak tengah keluar masuk kandang, mak badak tak nak komplen kerusi kat kandang tu keras sangat.

herman adnan berkata...

Ni bukan Keng sham Rais Ooi; ni Bewok Kabut ✌️🇦🇲🇾🐯