PASCA KOBID
PERLAWANAN
BERMULA
Kakitangan Malindo yang dipecat lawan pembuangan tidak adil
DIANGGARKAN 100 pekerja Malindo Airways Sdn Bhd yang kontrak pekerjaan mereka ditamatkan secara tiba-tiba ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) memfailkan perwakilan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan mendakwa ia adalah pembuangan tidak adil.
The Malaysian Insight difahamkan yang perwakilan itu difailkan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor pada 1 Jun lalu.
Jabatan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia itu kini sudah memanggil syarikat penerbangan itu untuk mesyuarat pendamaian bagi mencari penyelesaian isu tersebut pada 30 Jun depan.
Di bawah Seksyen 20 Akta berkenaan, kakitangan yang dipecat atau menganggap pemecatannya dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil boleh memfailkan perwakilan bertulis kepada ketua pengarah perhubungan perusahaan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dia dipecat atau dalam tempoh surat pemecatan dikeluarkan sehingga tarikh sebenar dia dipecat.
Difahamkan kakitangan pelbagai jabatan Malindo Air termasuk krew penerbangan terkesan daripada pemecatan itu.
Ada kalangan mereka yang dimaklumkan kontrak kerja akan berakhir pada hujung Mac oleh Jabatan Sumber Manusia, lebih kurang sebulan daripada tarikh akhir mereka bekerja.
“Disebabkan wabak Covid-19 yang terus merebak di seluruh dunia tidak terkawal, menjejaskan orang dan perniagaan, syarikat kita terjejas teruk,” kata surat dihantar kepada pekerja memaklumkan penamatan kontrak mereka.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia Ismail Nasaruddin memberitahu The Malaysian Insight yang bekas pekerja Malindo itu mahukan penjelasan sesuai mengenai pemecatan mereka.
“Mereka mahu tahu mengapa mereka dibuang kerja terlalu awal sebelum kontrak mereka tamat pada 2023,” kata Ismail.
Kebanyakan kontrak kerja mereka yang terlibat hanya akan berakhir pada 2023 tetapi mereka dipecat lebih awal dan tanpa sebarang pampasan, tambahnya.
Ismail menambah yang ada kakitangan diberikan notis ketika mereka sedang bercuti tiga bulan tanpa gaji.
Katanya, pekerja bersetuju mengambil cuti tanpa gaji bagi meringankan beban kewangan syarikat tetapi niat baik itu dibalas dengan surat pemecatan. Ini tindakan yang tidak betul, kata Ismail.
“Tambahan pula mereka masih belum dibayar gaji dan elaun penerbangan tertunggak sebelum ini,” katanya lagi, menambah yang ada pekerja yang tertunggak gaji selama tiga bulan sebelum mula bercuti tanpa gaji.
Nufam akan mewakili kumpulan pekerja itu pada mesyuarat pendamaian 30 Jun ini.
Ditanya jumlah pekerja yang terjejas, Ismail berkata mungkin terdapat 100 orang termasuk kakitangan operasi lapangan terbang yang terkesan oleh Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).
Dilaporkan minggu lepas yang Malindo Air menawarkan VSS kepada semua kakitangan tetap dan kontrak mereka selepas gagal mendapatkan pinjaman atau jaminan kerajaan bagi meneruskan operasi. – 12 Jun, 2020.
WATAK SISTEM
KAPITALIS
UNTUNG SENYAP
RUGI BUANG
BURUK PEKERJA
JAWABNYA
MILIK NEGARAKAN
PUNCA EKONOMI
PASCA KOBID
KHALAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan