Jumaat, 12 Jun 2020

KHALWAT 87





HARI KE 87

JUMAAT 12/6/2020
KITA MASUK KE HARI 87
HUJUNG MINGGU INI
KALI PERTAMA 
DIBENARAKN LINTAS
MELINTAS SEMPADAN
SESUDAH PKP

PASTI RAMAI SIBUK 
NAK BALIK KAMPONG
AWAS
BERASAK ASAK
DI JALAN RAYA

PAGI INI HOKKIEN MURAM
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI HUJAN SEMALAM
MENJADIKAN 
KUALA LUMPUR BERKABUS

PAGI INI
AMAT MENARIK
KUMPULAN PIPIT UBAN
15 KE 20 EKOR TERBANG
MACAM 
KAPAL TERBANG AMERIKA
MENGEBOM VIETNAM
DUA KUMPULAN
MELINTAS ATAS KEPALA GUA
RAMAI BETUL

MEREKA GUMBIRA
RUMPUT DAH MENINGGI
BIJI BIJIAN BANYAK
TERUTAMA RUMPUT EKOR KUCING
MACAM PADI
TAPI LEBIH HALUS
BILA PIPIT BERTENGEK
MAKA RUMPUT INI AKAN PATAH

ADA ABANG  BURUNG TERKUKUR
DIA ANGGAP GUA AWAL
GUA RASA DIA JUGA AWAL
JAM 7.30 PAGI DAH MUNCUL

' KENA BAWA TERKUKUR
MASUK HUTAN 
MASUK KAMPONG
KALAU TAK DUDUK 
MAKAN TIDOR DALAM FLET'

DIA ADA DUA EKOR
TELAH DILETAKKAN
 ATAS POKOK KEMBOJA
UNTUK LAWAN BERBUNYI
DAN
MEMERANGKAP YANG DATANG

HIDUP KITA AKAN BAIK
JIKA KITA BERUSAHA
HIDUP BAIK

TENAGA DAYA FIKIR
KITA GUNAKAN BUKAN 
 HANYA UNTUK MELAWAN 
YANG KUNO
YANG LAMA
YANG KOTAI
YANG KARUT
YANG POYO
YANG JUMUD
YANG TAK COOL
TAPI
FIKRAH  DIGUNAKAN
UNTUK MELAHIRKAN
YANG BARU
YANG COOL
YANG COUNTER CULTURE
YANG MERYAKAN HIDUP
BUKAN 
MERAYAKAN MATI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: