BEBAL PALAT
BODOH SOMBONG
AMIN
ANGKUH DENGAN
KUASA
KHALAS
Pandemik Covid-19 dan kebebalan
TIADA apa yang nampak berlaku dengan betul di Malaysia sewaktu kita menghadapi dua pandemik – Covid-19 dan kebebalan – kecuali vaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah percaya perisytiharan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang jumlah jangkintan Covid-19 naik mendadak.
Tapi jumlah kes lebih banyak pada tahun ini. Jika dikira jumlah kes bagi setiap sejuta rakyat, Malaysia kini di tangga ketiga selepas India dan Amerika Syarikat.
Jumlah kematian juga lebih banyak pada tahun ini, 1,186 berbanding 471 pada 2020.
Ini membawa kita kepada PKP ketiga untuk daerah tertentu di beberapa negeri dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan.
Anehnya, Putrajaya tidak terjejas dengan peningkatan kes di daerah Selangor di sekeliling Wilayah Persekutuan itu.
Ia menggambarkan kerja cacamarba tanpa kawal selia oleh kerajaan dan perkhidmatan awam yang masih mendapat gaji serta bonus untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Rakyat Malaysia perlu mengikut setiap kehendak, arahan, dan peraturan yang dibuat tanpa sokongan data saintifik.
Ini menjadikan rakyat semakin miskin daripada segi kewangan, fizikal dan mental.
Mengapa sistem Hotspot Identification and Dynamic Engagement (HIDE) hanya berkesan untuk kawasan pusat beli belah?
Mengapa ia tidak meliputi kilang yang nampaknya menempatkan paling banyak kluster Covid-19?
Mengapa sektor ekonomi dengan kluster Covid-19 yang kecil tidak dapat beroperasi tetapi dengan kes tinggi dibenarkan?
Jika HIDE boleh dipercayai, dan ahli Parlimen sudah menerima dua dos vaksin, mengapa Parlimen tidak dibenar dibuka semula untuk bersidang bagi menyemak dan meneliti prestasi kerajaan setakat ini?
Juga, mengapa pelajar universiti yang masih tidak divaksin dibenarkan pulang ke kampung halaman dan meningkatkan risiko jangkitan di kawasan itu?
Persoalannya, kes Covid-19 tinggi di negeri tertentu seperti Selangor dan Kuala Lumpur – mungkin disebankan sektor ekonomi seperti pembuatan dibenarkan beroperasi dan kelembapan vaksinasi yang mensasarkan petugas kesihatan dan warga tua.
Bagaimana dengan individu yang keluar bekerja? Contohnya individu yang bekerja di dua negeri tersebut dan dibenarkan pulang ke negeri seperti Kelantan dan Sarawak yang juga mencatat kes jangkitan tinggi.
Selepas melalui pandemik dan sekatan selama setahun, ramai rakyat mengikut prosedur dan meluangkan masa di rumah atau berbelanja untuk melindungi diri mereka, namun jumlah kes semakin naik.
Ia menunjukkan kerajaan tidak menjalankan tanggungjawabnya. Keputusan tidak buat dengan rasional atau berasaskan sains. Sektor dibuka dan ditutup tanpa sebab.
Individu yang sudah melabur untuk berniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri akan terpaksa menanggung kerugian walaupun itu bukan salah mereka.
Yang dibenarkan membuka semula restoran pula lebih banyak melihat kerugian berbanding untung dalam buku akaun mereka.
Rakyat yang mahu bersenam pula perlu menahan sabar ke atas kerajaan yang bolak-balik.
Pada tahun lalu perdana menteri mengumumkan kerajaan peduli kepada rakyat. Jumlah 400,000 lebih kes Covid-19,1,657 kematian dan perniagaan gulung tikar serta rakyat yang kehilangan kerja tidak mencerminkan dakwaan itu.
Kerajaan ini perlu berundur jika tidak mahu bertanggungjawab. – 9 Mei, 2021.
* Jahabar Sadiq
adalah ketua pengarang
The Malaysian Insight.
1 ulasan:
Bercakap cara waras.Beri pandangan secara saintifik bukan cara cacarmurba.Virus ni merebak sbb politik ke?sbb parlimen tak buka ke?,sbb tak tukar kerajaan ke?sbb Anuar sondol xjadi Piem ke?.Mkin ade byk kekurangan kerajaan tp dgn tukar kerajaan covid blh pergi ke?Kadang2 org yg ngaku semua tahu,beri pandangan mcm org makan ubat habis tempoh.Lebih bodoh dan lebih baghal dari keldai.Klu tukar kerajaan,covid blh pergi,wajib kita sokong.Tp masalahnya yg tggu nak jadi Piem tu hanya layak angkat sampah je..
Catat Ulasan