Ahad, 9 Mei 2021

ZIONIS ISRAEL KLIM AGAMA MEREKA SAJA YANG BETUL

 



 ZIONIS ISREAL

KLIM AGAMA

MEREKA

SAHAJA

 YANG BETUL

AMIN




Serangan terbaru Israel, lebih 50 rakyat Palestin cedera

BERPULUH-PULUH lagi umat Islam di Palestin cedera apabila polis Israel menggunakan Meriam air dan peluru getah ke arah mereka yang berkumpul mengadakan bantahan terhadap keganasan itu di Jerusalem, sehari selepas pertembungan di masjid Al-Aqsa.

Insiden terbaru itu, sehari selepas lebih 200 rakyat Palestin cedera di masjid suci itu, mencetuskan desakan antarabangsa supaya keganasan itu dihentikan.

Polis berkata mereka menyuraikan protes di kawasan Sheikh Jarrah di mana penunjuk perasaan membaling batu ke arah pasukan keselamatan.

Di sempadan Tebing Gaza, askar melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin, di mana pihak berkuasa Israel berkata tiga belon api dilancarkan ke Israel menyebabkan kebakaran tetapi tiada yang cedera.

Di Jerusalem, polis berkata tiga individu ditahan kerana menyerang pegawai polis, sementara Palestin melaporkan 13 lagi ditahan sebelum itu.

Palang Merah Palestin melaporkan 53 cedera dalam pertembungan semalam di Jerusalem.

Wartawan AFP di Jerusalem berkata polis perusuh Israel melepaskan peluru getah, Meriam air dan bom tangan ke arah rakyat Palestin semalam.

Pada Jumaat lalu, polis perusuh Israel menyerbu kawasan masjid Al-Aqsa, selepas mereka mendakwa rakyat Palestin membaling batu dan bunga api ke arah pegawai polis.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan polis.

Keganasan itu paling teruk di Al-Aqsa, masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

Hamas yang mentadbir Gaza, menggesa rakyat Palestin terus kekal berada di Al-Aqsa hingga akhir Ramadan, dengan amaran mereka bersedia mempertahankan Al-Aqsa, walau apa jua yang berlaku. – AFP, 9 Mei, 2021.

ZIONIS ISRAEL

 KLIM AGAMA LAIN

SEMUA SESAT

AMIN

UMAH MEREKA

DI PILIH TUHAN

AMIN 



Tiada ulasan: