Ahad, 17 April 2022

DOKTOR BANGANG

 



Pengkaji masih sangsi potensi ganja perubatan

USAHA untuk membenarkan kanabis perubatan sudahpun digerakkan di Parlimen namun pengkaji masih sangsi dengan potensinya untuk merawat masalah psikiatri.

Walaupun kanabis digunakan di sesetengah negara sebagai rawatan alternatif untuk menangani kemurungan tetapi kajian menyeluruh mengenainya masih belum wujud, kata penyelidik ini.

Seorang pengkaji neurosains Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas mengulas potensi bahan tersebut dalam rawatan psikiatri seperti bipolar, yang didakwa kumpulan dan individu tertentu.

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memberitahu The Malaysian Insight, rawatan untuk menangani keadaan seperti bipolar pada masa ini dijalankan dengan ubat khas di hospital.


“Di luar negara, individu yang mengambil kanabis sebagai rawatan alternatif untuk mengatasi rawatan bipolar, cuma tiada data konklusif bahawa kanabis boleh kurangkan kesan sampingan bipolar.

“Setakat ini tiada kesimpulan yang kukuh, cuma ada individu ambil kanabis,

“Kanabis dipercayai boleh kurangkan perasaan gemuruh, mungkin diambil kurangkan simptom kemurungan,” katanya.

Isu tersebut menjadi perdebatan hangat semula selepas penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini berdepan tali gantung, mendakwa menggunakannya untuk merawat bipolar.

Pada 2009, Yasin mendedahkan beliau menderita gangguan bipolar kronik dan pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 menunjukkan hampir setengah juta penduduk negara ini menghidap masalah kemurungan. – Gambar AFP, 17 April, 2022.
Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 menunjukkan hampir setengah juta penduduk negara ini menghidap masalah kemurungan. – Gambar AFP, 17 April, 2022.
Rawatan psikiatri itu merupakan antara usaha pembelaannya bagi menghadapi tuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Yasin merupakan antara statistik pesakit mental yang semakin meningkat dalam negara ekoran pandemik Covid-19 yang menjejaskan hidup dan sumber pendapatan ramai rakyat.

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 menunjukkan hampir setengah juta penduduk negara ini menghidap masalah kemurungan.

Statistik itu juga merangkumi 2.3% rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.

Sepanjang dua tahun tempoh pandemik pula, masalah kesihatan mental rakyat didapati semakin parah apabila statistik bunuh diri menunjukkan trend peningkatan.

Statistik polis menunjukkan pada tahun 2020 sahaja, 631 kes direkodkan, berbanding 2019 iaitu sebanyak 609 kes. Ia turut mendapati sehingga Mac 2021, 336 kes bunuh diri direkodkan.

Setiap pesakit rawatan berbeza

Mengulas lanjut mengenai potensi ganja untuk merawat gangguan bipolar, Dr Mohamad Aris berkata penggunaan kanabis tanpa kawalan akan mengakibatkan risiko ketagihan kepada pesakit.

“Bipolar tak sama antara individu jadi dari segi rawatan, pakar yang tahu rawatan terbaik. Kadang-kadang kalau ambil kanabis tanpa kawalan boleh jadi semakin teruk.

“Penggunaan kanabis boleh kurangkan kesakitan tapi bila penggunaan tak dikawal akan sebabkan ketagihannya, itu akan sebabkan benda lain.

“Apa-apa ubat kalau disalah guna akan beri kesan negatif, simptom ketagihan. Tengok tahap keseriusan kesakitan juga,” katanya.

Namun berbeza dengan keadaan di luar negara, kajian mengenai penggunaan kanabis di Malaysia masih di peringkat uji kaji haiwan dan belum lagi dijalankan ke atas manusia.

Oleh itu Malaysia pada waktu ini belum lagi bersedia untuk menggunakan ganja bagi perubatan, kata Dr Mohamad Aris yang menentang keras penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi.

“Data perubatan yang ada sangat sikit. Cuma, negara yang benarkan penggunaan kanabis menggunakannya untuk kurangkan rasa gemuruh pesakit.

“Tetapi di luar negara ada konsep (menggunakan) amaun sedikit dan tak beri kesan teruk.

“Tetapi kalau siapa yang ambil salah guna banyak kesan sampingan, saya tak setuju untuk rekreasi. Kalau perubatan saya setuju, tetapi mungkin kita tak sedia lagi,” tambahnya.

Promosi kanabis perubatan di Malaysia

Usaha mempromosi penggunaan kanabis untuk rawatan penyakit mental pada waktu ini antara lain digerakkan Malaysia Society of Awareness, (Masa) yang ditubuhkan pada 2019.

Naib Pengerusinya Harish Kumar Thanabalan berkata, mereka menemui beberapa kementerian dan agensi kerajaan untuk menjelaskan kertas kerja menteri mengenai kanabis dan perubatan mental.

“Objektif Masa adalah merawat pesakit mental dengan kanabis, jadi inilah caranya.

“Kita buat program atas talian bagi pesakit mental dan beberapa program lain untuk menjana sokongan umum dan dana,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

Masa antara lain sudah menemui Dr Mahathir Mohamad sewaktu ahli Parlimen Langkawi itu masih menjadi perdana menteri pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018.

“Masa sudah memberi kertas kerja kepada kementerian pada 2018, saya juga dah jumpa beberapa orang yang sakit.

“Saya akan bantu Yasin, saya akan bawa ke depan dengan cara saya dan Masa akan ke depan dengan isu kanabis untuk kesihatan mental selaras dengan penubuhan NGO itu,” kata Harish.

Usaha itu disambut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 6 April yang mengakui kajian klinikal terhadap penggunaan ganja dalam perubatan boleh dilakukan.

Namun ahli Parlimen Rembau itu berkata, setiap dasar perlu berasaskan bukti dan setakat ini belum ada kajian klinikal yang lengkap diterima Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia membawa kepada pembentukan Kaukus Medical Cannabis yang berjaya mengadakan pertemuan sulung dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 12 April.

Usaha itu bagi membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia.

Kaukus berkenaan mendapati industri kanabis dan ketum giat yang dianggarkan bernilai RM60 bilion giat dibangunkan banyak negara dan kanabis perubatan dibenarkan di lebih 40 buah negara.

Kaukus Medical Cannabis jalinan kerjasama dwipartisan antara ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ia antara lain dianggotai Azalina Othman Said (Pengerang), Khalid Abd Samad (Shah Alam), Xavier Jayakumar (Kuala Langat), Ignatius Darell Leiking (Penampang), Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) dan Dr Azman Ismail (Kuala Kedah). – 17 April, 2022.

WOIT

BANGANG

KENAPA IKUT

CAKAP PFIZER

CAKAP ASTRA

CAKAP SINOVEC

AMIN

KENAPA TAK

BUAT KAJIAN

TENTANG VAKSIN

 KALAU

BIJAK SANGAT

KAH KAH KAH

PASAL APA GANJA

SPESIAL 

PERLU BUAT

KAJIAN SENDIRI

TAK IKUT PAKAI

KAJIAN YANG

MELAMBAK DARI

LUAR NEGARA

AMIN

NAK TUNJUK

PANDAI ATAU

NAK TUNJUK

BODOH

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Mmg bangang isap dam ketagih katanya,mkn nasik ganja pun bule ketagih.bek kesan khayal,minum todi pun lebih kesan drp dam,tp bule jual kt 7 11.