Ahad, 17 April 2022

MENYANGKAL PANDANGAN PENG ANAL DAN KANG KONG

 




MENYANGKAL

PANDANGAN

PENG ANAL DAN

KANG KONG

AMIN

Jigit commented on 

"GENG PENJARA & GENG MAHKAMAH TERUS MERANCANG"

Nama pun professor kongkang. Kerjanya sudah tentu menjual analisis saja....jarang yang tepat...ada yang sipi2, banyak yang ke longkang. Yang tepat katanya PH akan kalah dalam PRU15. Yang tak betul katanya BN akan menamg besar kerana keyakinan pengundi pada parti itu sudah kembali. Pendapat ini barangkali dibisikkan oleh aruah nenek dia di bawah rumpun buloh sewaktu meminta nombor ekor.



 BN akan menang sebab gabungan pembangkang sedang berpecah belah dan mahu terus berebut kuasa sesama sendiri...mereka akan tersembam makan tanah bukannya kerana BN kembali kuat.Jika dilihat di beberapa PRN yang lalu, walaupun BN menang besar, peratusan undi yang diperolehi tidak sampai separuh pun. Itu dlm keadaan peratusan keluar mengundi yang rendah. Jika ditakdirkan beberapa pemimpin tua yang masih gila nak jadi PM dijemput ilahi dlm waktu terdekat ini, mungkin PH dapat kembali bersatu..... maka musnahlah harapan court cluster untuk terlepas dari penjara ....

Tiada ulasan: