Rabu, 20 April 2022

PENG ANAL SILAP TENTANG DEBAT ANWAR NAJIB

 




Debat Anwar-Najib hanya untuk menunjuk-nunjuk, kata penganalisis

TIADA apa yang negara atau rakyat akan dapat daripada debat antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak yang dijadualkan pada bulan depan kerana kedua-dua pemimpin hanya akan saling memburukkan satu sama lain, kata penganalisis.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight yang topik debat itu sendiri terlalu “berat” untuk khalayak umum dan tidak akan menarik banyak perhatian.

Mereka berkata kedua-duanya akan cuba sedaya upaya mencemuh satu sama lain tanpa cuba untuk memberikan sebarang idea bagi isu yang lebih mendesak seperti keadaan ekonomi dan masa depan negara.

Debat antara Anwar dan Najib akan berlangsung pada 12 Mei di Dewan Tunku Canselor, Univerisiti Malaya. 

Ia dilaporkan akan merangkumi tiga bidang: isu kewangan Sapura Energy Bhd dan sama ada ia perlu diselamatkan, ekonomi, politik, pentadbiran dan hala tuju Malaysia.

Debat Anwar-Najib pada asalnya adalah antara bekas perdana menteri itu dengan bekas ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli.

Rafizi menjemput Najib berdebat mengenai Sapura Energy pada 3 April dan Najib menyahut cabaran itu tetapi mengheret Anwar untuk ikut sama berdebat dengannya.

Sapura Energy, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengumumkan kerugian RM8.9 bilion tahun lepas, yang menurut Najib adalah terbesar bagi mana-mana GLC dalam sejarah dan harus diselamatkan oleh Putrajaya.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar menyifatkan debat itu sebagai “perang personaliti” dan bukannya mengenai idea.

Katanya, ini hanyalah untuk memenuhi imej diri kedua-dua pemimpin itu termasuk memberi keterujaan kedua-dua penyokong mereka.

“Di Malaysia, debat sangat jarang berlaku dan jika dilakukan sekalipun, ia tidak berdasarkan idea atau mempunyai objektif yang jelas tentang apa yang hendak dicapai.

“Di sini lebih kepada mempersendakan antara satu sama lain, bersikap sinis, dan ia juga lebih kepada mencetuskan permusuhan.

“Debat ini hanyalah perang personaliti antara Anwar dan Najib. Siapa yang lebih pandai berdebat. Isunya rumit dan orang biasa tidak akan berminat untuk mendengar atau menonton. Hanya penyokong mereka sahaja yang akan teruja.

“Kedua-dua mereka juga cuba untuk kekal relevan kerana kini agak ketinggalan dalam politik kontemporari. Daripada berkata tidak untuk mengelak digelar pengecut, kedua-duanya menerima perdebatan itu,” kata Hisomuddin.

Najib menerima banyak jemputan untuk berdebat sebelum ini dan juga pernah mencabar beberapa individu untuk berdebat.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah mencabar Najib berdebat dengannya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi ahli Parlimen Pekan itu menolak. 

Najib juga pernah mencabar Lim Kit Siang tetapi ahli politik yang kini bersara itu menolak.

Anwar sebaliknya berkata beliau sentiasa bersedia berdebat dengan Najib, menegaskan yang beliau pernah mengeluarkan cabaran yang sama 10 tahun lalu, yang ditolak Najib.

Pada 2011, Anwar yang ketika itu bersama Pakatan Rakyat mencabar Najib berdebat menjelang Pilihan Raya Umum 2013. Najib berkata debat itu membuang masa.

Siapa lebih hebat

Universiti Malaya Prof Dr Awang Azman Awang Pawi mengulangi sentimen Hisomuddin sambil menambah debat itu akan dipenuhi dengan retorik dan kenyataan populis.

Beliau kemudian menyifatkan pemenang sebagai orang yang membuat komen paling sinis terhadap lawannya.

“Ia adalah untuk menaikkan keperibadian mereka dan ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada negara kerana pertama, topik itu tidak berkaitan dengan orang ramai. Kedua, kedua-duanya tidak berada dalam Kabinet. Perubahan hanya boleh berlaku jika kedua-duanya berada dalam kerajaan,” kata Awang Azman.

“Mereka akan bertelagah antara satu sama lain dan yang menang adalah mereka yang lebih sarkastik. Lebih baik mereka membahaskan isu ini di Parlimen,” kata ahli akademik itu.

Bagi Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, Najib jatuh ke dalam perangkap Rafizi apabila naib presiden PKR itu membuat cabaran debat.

Beliau berkata dalam usaha untuk menunjukkan keyakinannya, Najib malah mencabar Anwar.

“Jadi Najib agak popular hari ini dalam media sosial, beliau berasa yakin dan jika anda melihat hantarannya, beliau akan membalas sesiapa sahaja yang cuba memburukkan nama beliau,” kata Mazlan.

“Untuk menunjuk-nunjuk, beliau sebaliknya mencabar Anwar. Kedua-duanya akan cuba mengaibkan antara satu sama lain dan bukannya cuba menyatakan fakta.

“Daripada cuba menyelesaikan isu seperti kos sara hidup yang tinggi, debat ini hanyalah peluang untuk kedua-duanya menunjuk-nunjuk,” tambah Mazlan. – 20 April, 2022.

PENG ANAL

SILAP BESAR

KAH KAH KAH

DEBAT ANWAR

DENGAN NAJIB

AMAT PENTING

KAH KAH KAH

INI DEBAT

MEMANG NAK

NUNJUK NUNJUK

KAH KAH KAH

INI DEBAT

BEKAS BANDUAN

NAK NUNJUK

TEKNIK JIL

PADA BAKAL

BANDUAN

KAH KAH KAH

BEKAS BANDUAN

NAK NUNJUK

PADA

BAKAL BANDUAN

CARA SELUDUP

HAND PONE

KAH KAH KAH

NAK TUNJUK

CARA BUAT

SAKIT UNTUK

DUDUK DIHOSPITAL

KAH KAH KAH

TUNJUK CAMNA

NAK CHAKWOW

KETIKA

CIK GU TAK INTAI

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Ketua Pengarang berkata...

anawar nak ajar cara jatuhkan sabun
cara nak seludup surat dari penjara

Tanpa Nama berkata...

chakwow tu apa tu.. jurus cekak sejengkal berair ke apa ?