Warga emas tidak perlu vaksin ke-4 Covid-19 jika sihat, kata pakar
WARGA emas yang tidak mempunyai masalah kesihatan tidak sepatutnya mengambil dos penggalak kedua sebelum mendapatkan nasihat doktor, kata pakar kesihatan.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight prosedur operasi standard (SOP) semasa Covid-19 seperti memakai pelitup muka, penjarakan sosia dan mencuci tangan dengan kerap, sudah cukup untuk memberi keselamatan kepada orang ramai.
Data konklusif berkenaan keberkesanan suntikan vaksin keempat juga tidak konklusif, kata mereka.
Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata di Israel, di mana dos keempat diberikan, terdapat laporan menyatakan keberkesanan vaksin itu berkurangan selepas enam hingga lapan minggu.
Di sini, dos penggalak kedua, sama seperti vaksin awal dan suntikan dos penggalak pertama, tidak diwajibkan, tetapi Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan individu berisiko tinggi – iaitu warga emas dan komorbid – memilih untuk mendapatkan dos keempat.
Tetapi Lee mempersoalkan apakah asas kepada syor itu.
“Bila vaksin itu tidak lagi berkesan selepas beberapa minggu, adakah mereka akan memberikan dos kelima, dua bulan kemudian?”
Lee berkata keputusan memberikan dos keempat perlu berdasarkan kepada data dan melihat kepada kesan sampingan vaksinasi.
“Risiko penyakit dan kesan sampingan pasca vaksinasi perlu seimbang. Kita perlukan data untuk membuktikannya.”
Vaksin sedia ada di pasaran juga tidak sesuai sebagai dos penggalak kedua, kata Lee.
“Tidak kira jenama vaksin apa yang anda guna sekarang, ia mungkin tidak ideal dengan varian baharu.”
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut mengumumkan vaksin dos keempat atau dos penggalak kedua kini tersedia untuk penerima vaksin awal jenis Sinovac dan Sinopharm, untuk mereka yang mahu melakukan perjalanan ke negara yang tidak mengiktiraf vaksin jenis itu. – 20 April, 2022.
1 ulasan:
Dah meninggal minggu lepas bro
Catat Ulasan