Rabu, 20 April 2022

BERITA BAHAYA

 



528 tahanan Rohingya lari dari depot imigresen di Kedah

LEBIH 500 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu, Kedah selepas merusuh awal pagi tadi.

Enam daripada mereka termasuk dua kanak-kanak meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa cuba melintas jalan di Lebuh Raya Utara Selatan, kata Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Khairul Dzaimee Daud mengesahkan 528 tahanan semuanya yang melarikan diri dalam kejadian 4.30 pagi tadi.

Sehingga 10 pagi tadi, 362 orang berjaya ditangkap semula, katanya.

“Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan,” katanya, dalam satu kenyataan.

Gerakan dijalankan dengan bantuan pasukan Polis DiRaja Malaysia, Rela dan orang ramai.

Menurut Khairul Dzaimee, mereka melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang.

Sementara itu, Mohd Shuhaily memaklumkan 229 orang ditahan di kawasan Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, tidak jauh dari tempat kemalangan yang membunuh enam rakan mereka.

Penduduk kampung dan anggota Imigresen pula menahan 88 orang tidak jauh dari depot, katanya.

Mohd Shuhaily juga memberitau pihaknya mengesan 205 tahanan termasuk kanak-kanak dan warga emas yang merentas sempadan masuk ke Pulau Pinang.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad dijangka membuat sidang media pada jam 12.30 tengah hari ini bagi memberikan perkembangan kes.– 20 April, 2022.

INI BERITA

BAHAYA

AMIN

PENDATANG

MULA MERUSUH

AMIN

PELARIAN PERANG

WAJIB DITANGANI

DENGAN SIMPATI

AMIN

MEREKA BUKAN

DARI NIGERIA

BUKAN DARI

CHINA MERAH

AMIN

APA YANG

SEBAB YANG

MENJADIKAN

  MEREKA

MERUSUH 

AMIN

PASTI ADA

RASA TAK PUAS

HATI ATAU HIDUP

TERTEKAN

AMIN

PASTI ADA

CARA  LEBIH

INSANIAH UNTUK

KITA MENYANTUNI

PENDATANG INI

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelarian adalah peluru moden. Diguna amerika pada negara irak dan Syria. Kini dipulang kembali rosia peluru Ukraine kepada OTAN. Myanmar rohingya dijadikan peluru kacau bilau tanah melayu oleh tentera merah. Kini Sri Lanka pula peluru kepada India.

Soboi berkata...

Tanya Burma la bro mai sini nak makan kencing free? Vietnam pun sampai sini apa jadi? Ada Rusuhan? Bagi la makan minum seperti kita makan kepala pundek pembekal makan bagi nasi kosong dengan teh oh kosong nipis...ini lah akibat..dok cerita niat puasa..la niat nak masuk syurga fuxk you la...