Ahad, 31 Julai 2022

MELAYU HALING NAHI MUNGKAR



Politik Melayu rosak kerana pemimpin penting diri, kata aktivis

SIKAP segelintir pemimpin politik Melayu tidak menunjukkan moral dan contoh teladan yang baik kepada rakyat di bawah menjadikan seolah-olah politik Melayu meminggirkan soal integriti dan adab, kata Pengerusi Jawatankuasa Kelangsungan Melayu Nizam Mahshar.

Nizam berkata, terdapat segelintir pemimpin Melayu yang mengajar pengikutnya supaya tidak malu walaupun mereka melakukan kesalahan.

“Orang Melayu sepatutnya tahu nilai yang mana betul atau salah, tapi bila orang itu buat salah, tapi dia kata dia tak perlu malu, itu menghukum nilai Melayu, nilai agama.

“Mana boleh kita buat salah (tak mengaku) tak malu dan tak berdosa, ini ada nilai berdosa.

“Adakah nak didik orang Melayu lain tidak ada masalah nak buat dosa, buat jenayah, curi daripada orang,” kata Nizam kepada The Malaysian Insight.

Disebabkan perkara itu katanya, politik Melayu kini dilihat sinonim dengan kemungkaran seperti salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan.

“Apa nak jadi kepada rakyat kita kalau ini yang dipropaganda kepada rakyat, kalau dibiar berterusan rosak masyarakat.

“Seolah-olah politik kita tiada moral adab segalanya. Itu kekecewaan ramai orang. Kita nak benda baik tapi bila berlaku macam ini kami sedih,” katanya.

Lebih menyedihkan katanya, pengundi Melayu sebenarnya kini dalam dilema dan tiada pilihan berikutan parti politik yang ada membuatkan mereka tersepit.

Orang Melayu katanya melihat mereka kini terkepung antara bentuk politik yang didakwa tidak menyokong agenda Melayu dan Bumiputera dan politik kumpulan majoriti Melayu namun terpalit masalah moral dan integriti.

Beliau merujuk insiden percaturan politik dalam Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020 yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya bertahan 22 bulan sebagai kerajaan sebelum digantikan Perikatan Nasional (PN) susulan tindakan sekumpulan ahli Parlimen berpaling tadah.

PN bagaimanapun kemudiannya hanya bertahan kira-kira 17 bulan dan digantikan kerajaan yang dipimpin Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, selepas sekumpulan ahli Parlimen parti Melayu itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, yang menjadi perdana menteri ketika itu.

“Tapi sekarang kita kekurangan pilihan, peristiwa peralihan kuasa yang antara lain satu faktornya adalah sentimen Melayu yang berlaku, kononnya kerajaan PH menentang agenda Melayu, Bumiputera dan sebagainya.

“Tapi apabila penolakan berlaku dikatakan kerajaan tidak mendukung agenda Bumiputera, pilihan lainnya pula adalah sebuah kumpulan politik yang jenamanya politik Melayu tapi terpalit masalah integriti dan rasuah.

“Orang Melayu terperangkap. Satu pihak dikatakan politik tak menyokong agenda Melayu Bumiputera, nak sokong sebelah sini pula, nak sokong politik Melayu dikatakan kita sokong orang korup, tiada integriti… adakah hanya itu sahaja arah tuju politik negara hari ini?” tanya Nizam.

Hakikatnya kata Nizam, pengundi Melayu mahukan parti politik dan wakil rakyat pilihan mereka bebas daripada segala kemungkaran.

“Orang Melayu bukan bodoh, mereka nak benda baik dan kami mahu timbulkan kesedaran, kalau lambat sedar lambatlah perubahan.

“Bahasa mudahnya penting orang Melayu pisahkan baik dan buruk dalam masyarakat, benda asas, tak boleh kata tak perlu malu buat dosa,” katanya.

Sehubungan itu katanya, masyarakat harus bijak membezakan politik baik dan politik jahat.

Disebabkan itu, sekumpulan ahli akademik dan cendekiawan Melayu berusaha mencari jalan memperbetulkan permasalahan itu menerusi kumpulan yang dikenali sebagai Forum Melayu Kebangsaan (Forum).

Forum itu kini terdiri daripada kira-kira 50 cendekiawan Melayu yang bekerjasama dalam ikatan longgar berusaha menyedarkan orang Melayu mereka mempunyai pilihan selain dua kumpulan politik itu.

Antara program awal mereka adalah penganjuran meja bulat bertajuk penjenamaan semula naratif politik Melayu yang diadakan di Seri Kembangan, baru-baru ini menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh penyelidik dan cendekiawan Melayu.

Jurucakap Forum profesor sejarah sosial dan intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Ahmad Murad Merican pula berpandangan, sudah tiba masanya ketaksuban terhadap politik kepartian Melayu diredakan.

“Kita dapat lihat ahli politik bebas melakukan (apa sahaja) dan ini tidak baik untuk rakyat dan negara, dari segi pemikiran apabila masuk sebagai ahli kita mesti taat dan berjuang kepada parti sama ada betul atau salah.

“Ini gelagat politik kepartian yang perlu diperbetulkan, ia menjurus kepada nilai fasistik iaitu parti itulah segala-galanya,” kata Ahmad Murad.

Jelasnya, terdapat juga gelagat segelintir penyokong parti yang bertindak seolah-olah parti politik itu melebihi segala-galanya sekali gus merosakkan proses politik.

“Bila pemimpin politik bercakap dan ahli mereka bertindak seolah-olah parti itu lebih tinggi daripada agama. Ini yang kita tak mahu.

“Apabila meletakkan parti politik lebih tinggi daripada Tuhan maka kita dah hancurkan proses politik itu sendiri,” katanya.

Sedangkan terdapat beberapa kaedah menceburkan diri dalam politik tanpa membabitkan keanggotaan dalam parti, katanya.

“Kita kena maklumkan ada pelbagai cara terbabit dalam politik, tak semesti caranya hanya dengan menjadi ahli parti politik.

“Proses pendidikan, proses orientasi dan pendidikan semula dan juga pendidikan politik itu penting, sebab umumnya masyarakat tahu bila politik akan fikir parti namun sebenarnya ada banyak kaedah.

“Demokrasi sistem yang tak sempurna kita mesti optimum apa yang boleh dalam sistem itu untuk kebaikan sejagat,” kata Ahmad Murad.

Mengurangkan peranan parti politik juga katanya mampu mengurangkan kemungkaran yang dilakukan pemimpin parti politik. 

“Kalau warganegara boleh melalui proses demokrasi pemilihan wakil rakyat tanpa menjadi ahli parti mungkin boleh mengurangkan banyak masalah. Masalah rasuah, moral dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. – 31 Julai, 2022.

 

MELAYU HILANG

AMAL MAKRUF

NAHI MUNGKAR

KAH KAH KAH

NUNGKAR 

NANGKIR

PUN TAK ADA

KAH KAH KAH

MELAYU MINAT

I - PONE  

KASUT BALLY

MERCEDES

 KERANA

TAK PERNAH 

MERASA

KAH KAH KAH

JADI YB DAPAT

VELLFIRE CEPAT

KAH KAH KAH

DAPAT AUDI 

DAPAT ENTOT

 BURIT KETAT

TAK CAYA TANYA

TONTONWI

TANYA AL-AUDI

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasuah menjadi budaya, minta sedekah secara berkuasa kah kah ITU lah jadikan Melayu dipandang hina oleh kaum lain, bukan bukan lain lain, cuma rasuah orang tak Hormat sebab ramai megah dengan duit rasuah walau pencapaian kaput ke belakang kah kah