Kes 1MDB: Bukit Aman siasat Apandi Ali
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat bekas Peguam Negara, Tuan Haji Mohamed Apandi Ali berkaitan dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata siasatan ke atas Mohamed Apandi dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Seksyen 217 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Noorsiah juga mengesahkan menerima laporan dibuat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung dakwaan itu kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan