Rabu, 21 September 2022

MUHYIDIN LEBIH POPULAR DARI SABRI


Rakyat lebih puas hati Muhyiddin PM, kata pegawai


RAKYAT lebih berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri berbanding Ismail Sabri Yaakob sekarang, kata bekas ketua setiausaha sulitnya Marzuki Mohamad.

Marzuki membuat perbandingan itu berdasarkan kajian sentimen oleh Merdeka Centre, merujuk pada lima bulan pentadbiran berasingan Muhyiddin dan Ismail Sabri.

Katanya, “markah” purata Muhyiddin sebagai perdana menteri ialah 67%, yang disifatkannya “lulus dengan baik” sementara tahap puas hati kepada Ismail Sabri menurun secara konsisten di bawah 50%.

“Berdasarkan data inilah Tan Sri Muhyiddin mengatakan perdana menteri gagal. Ini adalah penilaian oleh rakyat yang diperolehi menerusi kajian saintifik, bukan tuduhan melulu,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.

The Malaysian Insight difahamkan data yang dirujuk oleh Marzuki sememangnya kajian daripada Merdeka Centre.

Menurut kajian itu, 72% rakyat berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin pada bulan Mei 2020. Angka itu meningkat kepada 74% pada Julai 2020 sebelum turun ke 73% pada September 2020.

Sentimen puas hati kepada Muhyiddin seterusnya 67% pada November 2020, 63% (Januari 2021), 68% (April 2021) dan 57% (Jun 2021).

Muhyiddin letak jawatan perdana menteri pada 16 Ogos 2021 selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno diketuai presidennya Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan mereka.

Kajian Merdeka Centre juga mendapati tahap puas hati terhadap Ismail Sabri hanya 50% pada Oktober 2021.

Ia kemudian menurun kepada 48% pada Disember 2021, seterusnya ke 40% pada Jun 2022 dan 35% pada Ogos 2022.

“‘Markah’ atau approval rating perdana menteri telah menurun secara konsisten dengan purata 45%,” kata Marzuki.

Menurut Marzuki, beliau membuat perbandingan itu sebagai menjawab kenyataan Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan yang meminta Muhyiddin cermin diri sendiri apabila berkata pentadbiran Ismail Sabri gagal.

Kelmarin, Muhyiddin berkata Parlimen elok dibubarkan segera kalau pentadbiran Ismail Sabri gagal mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi yang terus membelenggu rakyat sekarang. 

Dalam reaksinya, Ismail Sabri berkata kalau betul kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara sekarang, kegagalan itu tanggungjawab bersama termasuk menteri Kabinet daripada Bersatu.

Malah katanya Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diketuai Muhyiddin pun tentu gagal juga kerana tugasnya menasihati kerajaan. – 21 September, 2022.

BETUL 

MAT SEMBAB

LEBIH POPULAR

DARI MAT BLUUR

KAH KAH KAH

TAPI POLITIK

IALAH PERSEPSI

BUKAN KAJIAN

SAINTIFIK

KAH KAH KAH

BILA MAT REMPIT

MULA BERDEMO

 KERAJAAN GAGAL

 MAKA

MUHYIDIN DILIHAT

TELAH GAGAL

AMIN

KITA TUNGGU

APAKAH MAT REMPIT

DI BATU PAHAT

AKAN DISUSUN

LAGI UNTUK DEMO

KERAJAAN

MAT BLUUR GAGAL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: