Khamis, 28 Julai 2022

SABRI LAWAN TOWKAY - TAK IKUT SYARAT

 




Perikatan akan jumpa PM, kecewa terma perjanjian tidak dipenuhi


PERIKATAN Nasional (PN) akan menghantar delegasi untuk menemui Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob bagi membincangkan pelaksanaan terma perjanjian kerjasama antara gabungan itu dan Putrajaya, kata Hamzah Zainuddin.

Setiausaha agung PN itu berkata ia berikutan perdana menteri dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma penting yang terkandung dalam perjanjian itu.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada semalam, dan dihadiri pengerusi Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Hadi Awang, Presiden STAR Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

“Mesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan perdana menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi termaterma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan Perikatan Nasional.

“Perikatan Nasional memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui perdana menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” kata Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

Awal bulan ini, Muhyiddin berkata beliau bertemu Ismail untuk membincangkan beberapa perkara penting, termasuk berkenana jawatan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, berkata mesyuarat itu diadakan beberapa hari lalu untuk mempertimbangkan perjanjian sebelum ini antara gabungan itu dengan perdana menteri.

Hamzah berkata mesyuarat itu turut membincangkan Konvensyen PN yang akan diadakan pada 27 Ogos sempena ulang tahun ke-2 PN dan beberapa ketetapan penting bagi memperkemaskan kesiapsiagaan parti menjelang PRU15.

Katanya, mesyuarat itu juga memutuskan majlis pelancaran PN Terengganu akan diadakan pada 30 Julai. – 28 Julai, 2022.

INI KERAJAAN

SYARATTON

KAH KAH KAH

SABRI JADI PM

DENGAN SYARAT

KAH KAH KAH

SEKARANG SABRI

DAH TAK IKUT

SYARAT NAK

LAWAN TOWKAY

KAH KAH KAH

HAMZAH NAK

JADI TIMBALAN

PERDANA MENTERI

SABRI 114

TAK AMBIK POT

KAH KAH KAH

INI BUAT TOWKAY

BENGANG

JENG JENG JENG

KITA LIHAT

APA JADI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: