Khamis, 28 Julai 2022

KOBID MULA BERKONSPIRASI



Sekolah siap sedia sambung kelas dalam talian jika kes Covid meningkat

BANYAK sekolah sudah bersiap sedia mengendalikan kelas dalam talian jika kes Covid-19 mencapai tahap membimbangkan dan institusi ditutup semula untuk mengekang penularan virus itu.

Pengesanan sub-varian baharu Omicron, BA.5 dan peningkatan kes berterusan menyebabkan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang kini bertanya sama ada kelas dalam talian dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan semula.

Varian BA.5 difahamkan bukan sahaja versi Omicron yang pantas menular, ia juga mampu mengganggu sistem imuniti.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Lim Bee Khim berkata sekolah jenis kebangsaan Cina tidak akan berdepan masalah untuk kembali menjalankan pengajaran dalam talian.

“Mereka bersedia jika Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah ditutup semula,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata dengan pengalaman yang mereka alami tahun lepas, guru dan pelajar mempunyai apa yang diperlukan “untuk memasukinya dengan segera”.

“Tidak perlu terlalu risau. Sekolah-sekolah sudah bersedia untuk melaksanakannya.”

Bagaimanapun, Guru Besar SJK(C) Batu 11 Cheras, Chuah Soo Cheng tidak bersikap optimistik seperti Lim.

Chuah berkata masalah kecil yang berlaku ketika sesi kelas dalam talian masih belum dapat diselesaikan.

Beliau berkata, memandangkan tiada interaksi peribadi antara guru dan pelajar ketika kelas dalam talian, guru tidak dapat menilai sama ada pelajar memahami sukatan atau tidak.

Chuah menambah masih tiada garis panduan tentang perkara yang perlu dilakukan apabila pelajar mematikan kamera mereka untuk menghadiri kelas.

“Jadi jika kelas dalam talian dilaksanakan semula, masalah lama yang sama juga akan kembali.”

Chuah juga menegaskan dalam kelas fizikal, pelajar “mempelajari lebih berbanding apa yang guru keluarkan daripada buku teks”.

“Dalam kelas fizikal, mereka belajar bagaimana untuk berdisiplin dan bagaimana untuk bersosial, bagaimana untuk berinteraksi dengan orang lain – guru mereka, rakan sekelas dan pelajar lain.”

Seperti Lim, Chuah berkata untuk kembali melaksanakan kelas dalam talian tidak akan menjadi masalah.

“Pihak sekolah bersedia berdepan situasi sebegitu. Cuma kami berharap kita dapat mengadakan langkah lebih baik supaya wabak itu dapat dikawal,” katanya.

Perunding Kesatuan Guru-Guru Besar Pulau Pinang Chew Eng Hock bersetuju dengan kebimbangan Chuah.

Chew berkata kelas dalam talian sentiasa lebih mencabar seperti perkhidmatan internet yang lemah.

Pada 1 April, kerajaan mengisytiharkan negara berada dalam fasa peralihan endemik.

Kementerian Pendidikan tidak lama selepas itu mengumumkan sekolah akan dibuka semula secara berperingkat mulai 18 April dengan prosedur operasi standard (SOP).

Guru Besar SJK(C) Batu 11 Cheras Chuah berkata walaupun terdapat SOP, segelintir ibu bapa kini bimbang dengan subvarian BA.5 Omicron.

Beliau berkata ramai yang menghubungi sekolahnya untuk memberi cadangan tentang cara mengetatkan SOP.

Satu cadangan ialah membenarkan pelajar makan di dalam bilik darjah dan bukannya berehat di mana kanak-kanak berkerumunan di kantin.

Chuah berkata walaupun sekolah mengikut arahan Kementerian Pendidikan pada Mei lalu untuk membenarkan pelajar makan di kafeteria, sekolahnya menetapkan lebih banyak kawasan untuk mereka makan bagi menyuraikan kepada kumpulan yang lebih kecil.

Beliau juga berkata pihak sekolah memahami wabak itu belum terkawal, jadi ia masih mengambil langkah berwaspada untuk mencegah penularan. – 28 Julai, 2022.

WOIT

MAT KOBID INI

MACAM PRO UMNO

KAH KAH KAH

DAH DEKAT 

NAK PRU MAKIN

RAMAI MAT KOBID

MENHYERANG

KAH KAH KAH

BAGI TAKUT

MAK BAPA DULU

SERANG BUDAK

 SEKOLAH DULU

KAH KAH KAH

ANGKA AKAN

NAIK

KAH KAH KAH

BILA MAK BAPAK

JADI  TAKUT

ADA CERAMAH

TAK BERANI

 DATANG

AMIN

ADA DEMO

HARGA BARANG

TAK BERANI

NAK TURUN SAMA

KAH KAH KAH

CISS MAT KOBID

PANDAI 

BERKONSPIRASI

SOKONG UMNO

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: