Jumaat, 10 Februari 2023

MUHYIDIN TIBAI ANWAR


PM tutup amalan nepotisme dengan fitnah jahat, kata Muhyiddin


Perdana Menteri Anwar Ibrahim cuba menutup amalan nepotisme yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dengan sengaja melemparkan fitnah jahat, kata Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu berkata, tohmahan yang dilemparkan ke atasnya itu dengan mengaitkan ahli keluarganya terlibat rasuah sengaja dibuat untuk menutup kepincangan melampau perdana menteri dan anggota kerajaannya melantik anak beranak dalam kerajaan.

“Termasuk dengan tanggungjawab dan kuasa untuk mengurus kontrak kerajaan.


“Amalan nepotisme ini tidak boleh ditutup dengan melemparkan tohmahan tidak berasas kepada orang lain,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sebelum ini Anwar dikecam kerana melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri.

Selain itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul turut menerima kritikan kerana melantik anaknya sebagai pegawai khas.

Anwar yang sebelum menjadi perdana menteri sering menentang amalan nepotisme bagaimanapun berkata, lantikan ahli keluarga untuk menjawat jawatan kerajaan dibenarkan akan tetapi tidak dibenarkan mengambil gaji.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat satu penganugerahan kontrak lumayan kepada menantu bekas perdana menteri.

Laporan itu menyebut, ia melibatkan pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantu Muhyiddin.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini. Ia adalah satu fitnah jahat yang sengaja direka untuk mencalar maruah saya dan keluarga,” katanya.


Muhyiddin berkata, beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak yang dijalankan secara tender terbuka.

“Proses perolehan kontrak dibuat mengikut tatacara perolehan biasa kerajaan di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkaitan,” katanya, sambil menyebut ia bukan berada di bawah tanggungjawab atau bidang kuasa beliau sebagai perdana menteri pada waktu itu.

Selain itu, tambah Muhyiddin, tiada mana-mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham.

“Bagaimana saya yang tidak mempunyai bidang kuasa dalam penganugerahan kontrak dan keluarga saya yang tidak ada sebarang kepentingan dalam syarikat yang dianugerahkan kontrak, ditohmah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri dan keluarga?,” soal Muhyiddin.

BIJAK BIJAK

BIJAK

KAH KAH KAH

TUTUP KES NURUL

BUKA 

KES MUHYIDIN

AMIN

RAKYAT SUKA

LIHAT ANWAR

TIBAI MUHYIDIN

DAN

MUHYIDIN TIBAI

ANWAR

KAH KAH KAH

YANG SENYAP

IALAH ZAFRUL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: