Selasa, 30 Mei 2023

ADA TELO PENYU DI TERENGGANU




Bukan PAS kuat di Terengganu tetapi pembangkang yang lemah, kata penganalisis


PAS kuat di Terengganu bukan kerana prestasi cemerlang parti itu mentadbir negeri tetapi kerana lawannya Umno dan Pakatan Harapan (PH) lemah, kata penganalisis politik dan jentera parti.

Kelemahan pembangkang di Terengganu menyebabkan parti Islam itu selesa dan status quonya tidak tercabar, kata mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata sokongan pengundi di Terengganu lebih dipengaruhi oleh pertimbangan politik berbanding pencapaian PAS di negeri itu.

“Pertimbangan politik ini bermaksud mereka akan membuat penilaian atau mengundi mengikut parti politik.

“Kalau pengundi nak ukur atau membuat penilaian berdasarkan prestasi kerajaan negeri, pencapaiannya hanya sederhana… tidak ada wow faktor pun,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang akan diadakan tifak lama lagi, beliau meramalkan PAS akan mempertahankan kedudukan mereka di Terengganu biarpun pencapaiannya di negeri itu tidak boleh dibanggakan.

Menurut Hisomuddin, kajian Ilham Centre selepas penubuhan kerajaan perpaduan menunjukkan sentimen sokongan pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak banyak berubah.

“Jika ada perubahan pun ia bergantung kepada populariti atau pengaruh Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya.

Barisan Nasional (BN) pula katanya berdepan masalah dengan penyokong di akar umbi yang belum dapat menerima kerjasama parti dengan DAP dan Anwar.

Hisomuddin berkata akar umbi BN sebenarnya menuntut penjelasan namun itu tidak dilakukan oleh pimpinan tinggi parti.

Malah pimpinan BN juga tidak memberi perhatian kepada negeri yang kalah seperti Terengganu dan Kelantan menyebabkan jentera negeri tidak bersemangat dan seterusnya memberi kesan kepada golongan pengundi atas pagar.

“Sekarang ini nak masuk ke fasa bubar DUN dan nak ada PRN tapi pengundi masih tak nampak sebarang signifikan yang digerakkan pembangkang termasuk PH juga.

“Bahasa mudahnya, seperti pembangkang ini tidak wujud di Terengganu. Jadi nak dapat satu kerusi masa PRN ini pun belum tentu.

“Ini adalah kelemahan pembangkang sendiri yang gagal memposisi diri mereka mereka sebagai pencabar atau menggugat kuasa pentadbiran PAS,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota jentera akar umbi Umno yang mahu identitinya dirahsiakan mendakwa prestasi PAS di Terengganu sebenarnya tidak begitu memuaskan hati rakyat.

Bagaimanapun katanya BN tidak menyerlah memainkan peranan sebagai pembangkang menyebabkan rakyat Terengganu tidak mempunyai pilihan.

Katanya senario itu berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke PRU15 menyebabkan akhirnya PAS menang besar di negeri itu.

“Umno pula jujur saya katakan berdepan terlalu banyak isu dalaman parti, isu calon kitar semula, calon bukan pilihan dan kekurangan bajet menyebabkan kita kalah dalam PRU15.

“Malangnya selepas Umno kalah, kita tak nampak pun tanda- tanda Umno ini nak bangkit semula biarpun nak dekat PRN ini, saya tak nampak pun usaha  agresif dibuat pimpinan.

“Tambah lagi di peringkat akar umbi ini, sudahlah kita  kecewa pimpinan Umno bekerjasama dengan DAP, kemudian akar umbi tak nampak apa sebenarnya hala tuju pimpinan,” katanya.

Atas faktor itu beliau tidak menolak PAS akan menang di Terengganu pada PRN kali ini.

Pengundi luar jadi penentu

Dalam pada itu, pensyarah politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali sebaliknya berpendapat BN dan Umno boleh menyaingi PAS di Terengganu jika peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah rendah.

Katanya, pengundi di luar Terengganu adalah faktor penentu kerana BN dan Umno masih ada sokongan besar daripada pengundi tradisinya terutama di kawasan luar bandar.

Ia juga ditambah dengan faktor penolakan pengundi tempatan yang tidak gembira dengan pencapaian PAS di Terengganu.

“Sebab itu saya kata, Umno ada peluang tapi syaratnya bergantung kepada peratusan mengundi kalau tinggi dalam 80% PAS akan kekal.

“Tapi kalau peratusan rendah bawah 50% tidak mustahil Umno berpeluang dan mungkin menang tipis di Terengganu,” katanya.

PAS merampas Terengganu daripada Umno pada PRU14 antaranya kerana kemarahan pengundi susulan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

PAS juga ketika itu memainkan sentimen isu bebas cukai di Tasik Kenyir dan projek Taman Ilmu semasa pentadbiran BN dan Umno yang terbengkalai.

PAS mengambil alih pentadbiran Terengganu daripada Barisan Nasional selepas menang 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU14 pada Mei 2018.

PAS sebelum itu pernah mentadbir Terengganu selama sepenggal selepas PRU 1999 sebelum kalah kepada BN pada 2004. – 30 Mei 2023. 

KALAU PAKATAN

DAPAT NAFI 2/3

MEMANG HEBAT

AMIN

KALAU DAPAT

TELOO PENYU

MEMANG MUDARAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: