Ahad, 1 Oktober 2023

NAJIB TAK BERSALAH ?


Najib tak minta pengampunan kerana bersalah tetapi kerana perbicaraan tak adil – Shafee

KUALA LUMPUR –  Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun tidak pernah memohon petisyen pengampunan Diraja daripada Yang di-Pertuan Agong kerana bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Sebaliknya peguam yang mengetuai perbicaraan penyelewengan dana SRC International,  Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu hanya memohon pengampunan kerana beliau tidak pernah mendapat penghakiman yang adil.

Katanya, berbeza dengan kes pengampunan lain, Najib tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya dan dalam tiga dokumen pengampunan menyatakan bahawa beliau tidak diberikan peluang untuk membela diri di Mahkamah Persekutuan.

“Mengapa wujud persepsi tersirat bahawa jika seseorang yang minta pengampunan itu sebenarnya mengaku salah? Ini tidak benar sama sekali dalam kes  Najib. Sesiapa yang baca warkah yang saya berikan kepada YDPA, mereka akan tahu kebenarannya.

“Saya tulis warkah ini tetapi setiap perkataan semuanya atas persetujuan Najib. Beliau merayu kepada Tuanku kerana beliau tidak diberikan peluang sepenuhnya dalam satu perbicaraan rayuan.

“Merit kes  Najib dalam kes SRC ini juga tidak didengari langsung oleh mahkamah Persekutuan kerana mahkamah tidak beri peluang kepada peguam baharu dilantik bersiap membuat hujahan lengkap,” katanya pada sesi townhall ‘Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa’, di sini, hari ini.

Muhammad Shafee berkata, peguam Hisyam Teh Pok Teik hanya memohon penangguhan tiga atau empat bulan memandangkan beliau hanya dilantik tiga minggu sebelum prosiding rayuan yang mana ia merupakan penangguhan kali pertama oleh Najib atau peguamnya di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, tidak pernah permohonan sedemikian terutamanya di Mahkamah Persekutuan setelah menolak permohonan, mahkamah mengarahkan pendakwaan untuk berhujah.

“Siapa yang membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan? Orang buat rayuan itu adalah Najib dan sepatutnya beliau membuat hujahan pertama. Mahkamah perlu dengar rayuan hujahan beliau, ini adalah format standard.

“Tetapi  peguam Hisyam tidak bersedia dan mohon penangguhan itu, kemudian lebih pelik berlaku apabila Ketua Hakim Negara pula jemput pihak lawan iaitu pendakwaan pula buat hujahan pertama. Mana ada hujahan pihak lawan jawab bagi pihak Najib?

“Ini langsung tidak masuk akal dan ini daripada Ketua Hakim Negara. Lima hakim, salah demi salah ditokok. Itulah yang terjadi kepada Najib,” katanya. – 

SKRIP BARU

LAWAK BERDDIRI

ANAK LELAKI

ABDULLAH

KAH KAH KAH

DUA DUA PEGUAM

ANAK LELAKI

ABDULLAH

KAH KAH KAH

BIJAK BUAT

LAWAK BERDIRI

KHALAS

Tiada ulasan: