Ahad, 1 Oktober 2023

AHLI UMNO MASUK PAS !!!


Ahli UMNO rasa tersisih sertai Pas

BENTONG – Seramai 30 individu yang didakwa sebagai penyokong dan ahli UMNO yang disisihkan memilih untuk menyertai Pas.

Calon Perikatan Nasional (PN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Kasim Samat berkata, bekas ahli UMNO yang mendakwa terdapat antara yang disenarai hitam oleh parti selain dianak tirikan tekad memohon borang keahlian dan menyertai PN secara sukarela tanpa paksaan.

”Borang keahlian yang mereka isi, bukan kita isi dan bukan paksa.

”Kalau ikut maklumat akan nama mereka ditiadakan dalam sistem. Pada peringkat awal yang jumpa saya 30 orang, namun masih ada serahan, ada adik beradik keluarga,” katanya ketika ditemui di Laman Tok Sanny di Kampung Chemomoi, di sini, hari ini.

Pada PRK Pelangai, Kasim dicabar calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

Menurut Kasim, penyertaan ahli UMNO itu dalam Pas merupakan isyarat bahawa keberanian mereka terserlah dengan menolak kepimpinan parti.

”Ini tanda mereka dah dapat maklumat yang sebenar merupakan  isyarat kepada kepimpinan UMNO dalam seminggu ini, kalau keberanian bermula mereka akan ikut,” katanya.

TANDA AWAL

GELOMBANG

MELAYU ISLAM

AMIN

JIKA INI

BERTERUSAN

PRU16 MILIK PN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: