Jumaat, 10 November 2023

BEKAS YB TIDAK FAHAM


Bekas ahli Parlimen persoal perbezaan keputusan kes Syed Saddiq dan Zahid

KETAKSAMAAN hukuman antara individu menimbulkan kebimbangan mengenai keadilan dan konsistensi sistem kehakiman Malaysia, kata bekas ahli Parlimen Kua Kia Soong.

Beliau berkata hukuman dijatuhkan ke atas Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah semalam menonjolkan perbezaan ketara dengan kes Timbalan Perdana Penteri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas didapati bersalah bagi pertuduhan bersubahat dalam jenayah pecah amanah, penyelewengan dana dan pengubahan wang haram berjumlah RM1 juta.

Sebelum ini, pada September, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan Zahid DNAA bagi 47 pertuduhan, termasuk rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang besar.


“Keputusan tidak konsisten yang jelas ini menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaan keadilan yang saksama,” kata Kua, yang juga pengarah Suaram, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata persoalan mungkin timbul mengenai faktor yang mempengaruhi keputusan berbeza ini dan keperluan bagi proses kehakiman yang adil dan telus.

Beliau juga berkata hukuman sebat yang diberikan kepada Syed Saddiq menimbulkan kebimbangan mengenai kesesuaian hukuman itu dalam konteks sistem perundangan moden dan menghormati hak.

“Memasukkan sebat sebagai sebahagian daripada hukuman mencetuskan kritikan, dengan ada yang berhujah ia biadab dan melanggar prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

“Sebat dianggap sebagai pelanggaran hak asasi individu bagi menghormati maruah manusia dan integriti fizikal.”

Kua menambah penggunaan hukuman dera terhadap orang dewasa, seperti sebat, dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia antarabangsa dan menekankan keperluan untuk Malaysia menyelaraskan amalan perundangannya dengan piawaian global.

“Sistem kehakiman adil dan telus yang menjunjung piawaian hak asasi manusia adalah cara yang lebih membina untuk menangani kebimbangan mengenai sebarang tindakan tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman,” tambahnya. – 10 November, 2023.

WOIT

BEKAS YB INI

TAK FAHAM

POLITIK

AMIN

ZAHID DI BEBAS

UNTUK ANWAR

JADI PM

AMIN

SAYED SADDIQ

DI SEBAT KERANA

BERANI PERSOAL

PEMBEBASAN ZAHID

AMIN

KERAN DEGIL TAK

IKUT SKRIP ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: