Jumaat, 10 November 2023

MUHYIDIN TAK FAHAM



Bersatu akan lapor polis, SPRM berkait sokongan ahli Parlimen kepada Anwar

BERSATU akan melaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh sehari dua ini berkait sokongan empat ahli parlimennya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Presidennya Muhyiddin Yassin pada sidang media malam tadi berkata parti itu sudah mengumpul bukti ahli-ahli Parlimen berkenaan diugut dan ditawarkan habuan supaya menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

“Kita akan buat laporan polis dalam tempoh sehari dua. Semua maklumat telah dikumpulkan contohnya dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang atau Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

“Dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang, dia beritahu dapat tawaran tetapi menolak semuanya. Tiga hari selepas itu, dia umum keputusan sokong sana (kerajaan perpaduan).

“Justeru kita syak ada perkara sedang berlaku, yang melanggar peruntukan undang-undang,” katanya seperti dipetik Utusan.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober isytihar sokongan kepada kepimpinan Anwar, diikuti Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober, dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim pada Selasa. – 10 November, 2023.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

WOIT 

KESIAN PADA

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

DIA TAK FAHAM

TUJUAN

AKTA LOMPAT PARTI

KAH KAH KAH

AKTA INI HALANG

YB UMNO  SOKONG

BERSATU

KHALAS

YB BERSATU

SOKONG MADANON

AH LAN WAH

SAH LAN

MOST WELKOM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: