Jumaat, 21 Julai 2023

PH MEMIKUL KAVADI BERNAMA NAJIB


Akar umbi bimbang kempen bela Najib jejas Pakatan

AKAR umbi Pakatan Harapan (PH) bimbang kempen mereka terjejas ekoran seruan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih undi bagi membela bekas perdana menteri Najib Razak.

Pemimpin ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka imbang seruan itu menjejaskan PH walau seruan Zahid itu ditujukan kepada penyokong Najib dalam Barisan Nasional (BN).

Mereka merujuk kenyataan Zahid pada awal bulan ini bahawa satu undi ke atas BN dan PH merupakan sokongan untuk membela Najib bagi mendapat keadilan di mahkamah.

Seorang pemimpin akar umbi PKR Firzan Hakimi, berkata, beliau sedar kempen BN untuk menghadapi pilihan raya negeri akan terjejas jika kegusaran penyokong Najib tidak ditangani.

Bagaimanapun penyokong PKR akan memprotes sekiranya BN berkempen bagi membela Najib dan membebaskan bekas perdana menteri itu dari penjara, katanya.

“Saya nampak kenyataan Zahid untuk pujuk balik kekecewaan penyokong Najib untuk sokong kerajaan perpaduan.

“Penyokong Najib seolah-olah nampak (pembelaan Najib) sudah nampak seperti tiada hala tuju.

“Penyokong susuk tubuh Najib sebelum ini digembar-gemburkan kalau Umno jadi kerajaan Najib akan dibebaskan tapi tidak ada apa yang berlaku,” kata bekas pemimpin mahasiswa PKR itu.

Firzan, 23, berkata setiap isu akan menjejaskan peluang PH memandangkan BN menguasai bilangan kerusi yang kecil bilangan kerusi yang kecil, sebarang isu akan menjejaskan peluang mereka.

“Ada yang ugut tak nak keluar mengundi, ada yang nak undi Perikatan Nasional (PN), sedikit sebanyak ia ganggu perjalanan kempen BN.

“Sebab dalam keadaan kerusi sikit ditambah perlu berbagi kerusi dengan PH, kalau tambah masalah dengan ugutan daripada kekecewaan terhadap pembelaan Najib itu bertambah teruk lagi dalam nak berhadapan PRN,” katanya.

Namun katanya, ia mungkin boleh diimbangi dengan trend pengundi PH yang akur dengan arahan pimpinan untuk keluar mengundi.

“Memang sedikit sebanyak akan mengganggu, tapi akhirnya adakah penyokong PH tak keluar mengundi? Itu pengakhirannya. Sama ada mereka kecewa atau tidak, soalnya mereka keluar mengundi atau tidak?

Tambahnya, trend sebelum ini menunjukkan penyokong PH, DAP, dan PKR akur dengan  pandangan pemimpin atasan dan tetapi keluar mengundi terutama pengundi Cina dan India.

Kumpulan penyokong seperti Otai Reformis 1998 juga menyedari ramai pengundi PKR tidak selesa dengan kerjasama BN dan bimbang ia akan dimanfaatkan pihak lawan seperti PN.

Bekas setiausaha badan penyokong itu, Abdul Razak Ismail, bimbang ia akan membawa kepada kekalahan calon Umno di Selangor.

“Ramai juga pengundi tak berapa gembira dengan Umno. Besar kemungkinan calon Umno yang bertanding di Selangor akan tewas kalau sentimen ahli parti masih tak sokong penggabungan PKR dengan Umno.

“PAS akan gunakan sentimen Umno pernah menjadi musuh PH, tapi sekarang tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain,” katanya.

Abdul Razak yang kini setiausaha Parti Hijau turut mempersoalkan tindakan Zahid mengambil kesempatan membangkitkan isu mengenai pemenjaraan Najib.

Beliau juga mempersoalkan tujuan Umno yang mengambil kesempatan ke atas kerjasama dengan PH bagi membebaskan Najib yang dipenjara kerana kes penyelewengan dan rasuah.

Jelasnya, ia berbeza dengan kempen reformasi PKR untuk membebaskan Anwar dari penjara sebelum ini supaya dapat kembali memimpin negara.

“Tapi kepentingan untuk lepaskan Najib atas alasan apa? Untuk menerajui Umno atau bagaimana, itu kita kena fikirkan.

“Anwar kita lepaskan supaya dia boleh masuk bertanding. Tapi untuk Najib untuk apa, untuk kembali mengepalai Umno?” soalnya.

Beliau juga berkongsi pendapat dengan Firzan usaha pembelaan Najib dengan mengundi anggota kerajaan perpaduan pada PRN nanti akan menerima reaksi negatif daripada pendukung PH.

“Mesti Bersatu dan PN akan gunakan sebagai propaganda supaya ramai ahli parti PKR yang tidak setuju dengan kerajaan perpaduan dan Umno.

“Kita berlawan 24 tahun. Sentimen begitu masih ada di kalangan ahli parti,” katanya lagi.

Beliau juga percaya beban isu tersebut sebenarnya ditanggung Umno tetapi akan tetap memberi kesan kepada PH.

“Itu isu Umno sebenarnya bukan isu PH, semua itu akan makan diri.”

PRN di enam negeri akan berlangsung pada 12 Ogos serentak dengan pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang diisytiharkan kosong ekoran kes rasuah.

Kedua-dua parti PH dan BN kini membuat tapisan sebelum mengumumkan pada Jumaat senarai calon yang akan bertanding pilihan raya tersebut. – 21 Julai, 2023.

WOIT

INI BERAT

MAKIN BERAT

MEMIKUL KAVADI

BERNAMA NAJIB

AMIN

BOLEH PATAH 

LEHER

AMIN

SILAP SILAP

TERSUNGKUR

 MATI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: