Khamis, 1 Februari 2024

CUKAI KENA CUKAI


Adakah slogan 'Peduli Rakyat' jadi 'Tidak Peduli Rakyat', MCA persoal cukai pintu rumah kampung di Selangor


SHAH ALAM: MCA mempersoalkan tindakan kerajaan negeri mengenakan cukai pintu ke atas penduduk kampung yang dianggap mengecewakan orang Selangor.

Naib Presiden MCA, Lawrence Low, berkata pengumuman dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,  Ng Suee Lim itu disifatkan satu berita buruk.

Dengan pengumuman itu katanya, rumah di kampung baru, kampung Melayu dan kampung nelayan di Selangor tidak lagi secara automatik dikecualikan daripada cukai taksiran atau cukai pintu mulai tahun ini.

"Sebaliknya, pemilik rumah di kampung-kampung ini perlu memohon pengecualian jika mereka layak untuk mendapatkannya.

"Bertambah pelik, pengecualian untuk perumahan kos rendah di negeri ini akan dikekalkan pula.

"Sedangkan penduduk kampung baru, kampung Melayu dan kampung nelayan bukanlah dalam kategori T20," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu beliau yang juga Pengerusi MCA Selangor menggesa kerajaan negeri atau Suee Lim sendiri memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

"Adakah ini selari dengan moto kerajaan negeri iaitu 'Selangor Maju Bersama' sehingga tergamak mengenakan cukai kepada rakyat marhaen?

"Apakah kerajaan negeri tidak kasihankan rakyat yang kini juga terpaksa berdepan dengan cukai-cukai baharu seperti cukai barang bernilai rendah (LVGT) 10 peratus; cukai barang bernilai tinggi (HVGT) 10 peratus.

"Begitu juga perubatan tradisional dan komplementari (TCM) yang selama ini tidak pernah dikenakan cukai, kini dikenakan cukai lapan peratus.

"Kenaikan cukai perkhidmatan digital daripada enam kepada lapan peratus; dan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) juga dari enam kepada lapan peratus. Sekarang nak tambah lagi cukai kepada orang kampung," soalnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sekarang hendak dibatalkan kerana sejak 2016 penduduk kampung dikecualikan daripada cukai pintu tanpa syarat dan tanpa permohonan.

Jelasnya, pelbagai program kerajaan negeri seperti Skim CERIA, Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), Skim Air Percuma (SAFWA), Lapor Dan Dapat serta Pengecualian Cukai Pintu Untuk Rumah Kos Rendah Bagi Tahun 2016 dilaksanakan dan disediakan untuk penduduk Selangor.

"Malangnya selepas lapan tahun, pentadbiran kerajaan negeri hari ini memilih menyukarkan proses bagi program yang memberi faedah secara langsung kepada penduduk ini.

"Adakah slogan 'Peduli Rakyat' diubah kepada 'Tidak Peduli Rakyat'? Adakah ini maksud nisi kerajaan begeri iaitu Selangor Negeri "Smart And Caring (SAC)"? Bijak dan prihatinkah keputusan membatalkan pengecualian cukai kepada orang kampung," katanya.

Pada masa sama beliau mempersoalkan adakah ini satu usaha atau motif politik untuk mengumpul maklumat rakyat atau pilih kasih kepada penyokong sendiri sahaja.

"Ini bermakna, jika pemohon berkenaan penyokong mereka, maka permohonannya diluluskan? Jika mahu permohonan diluluskan, maka perlu menyokong mereka," soalnya lagi.

WOIT

PERKEMBANGAN

SEHAT & BAIK

AMIN

PARTI CUKONG

KINI MULA AMBIL

TAHU HAL RAKYAT

AMIN

DULU REMBAT

DULU SEBAT

SEKARANG DAH

KALAH BARU SEDAR

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat Cina di Malaysia tidak menyokong MCA dan Gerakan sama sekali. Ini fakta!

firdaus berkata...

Nama rumah kampung, tapi jenis banglo 3 tingkat. Itu tak sama. Boleh mohon dikecualikan klu kita ni rumah biasa-biasa. Takde isu pun yg ni. Cuma cari isu lain mcm kesesakan jalanraya, peluang pekerjaan,alam sekitar dan masalah tol yg byk kat selangor.