Rabu, 19 Jun 2024

JANGAN JUAL LAPANGAN TERBANG MALAYSIA KEPADA ZIONIS YAHUDI




Rapat umum di KL tingkatkan tekanan terhadap Anwar batal perjanjian dengan syarikat terpalit jenayah Israel


Pelbagai aktivis, pempengaruh, ahli politik dan badan bukan kerajaan bakal berkumpul di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan membawa masuk sebuah syarikat milik BlackRock ke dalam konsortium mengurus lapangan terbang di Malaysia, ketika tekanan terhadap semakin memuncak terhadap penyertaan syarikat firma kontroversi itu yang terpalit dengan jenayah perang Israel.

Forum Tolak BlackRock akan diadakan esok, dan bakal menampilkan antara lain bekas menteri kesihatan yang kini terkenal dengan podcast Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin, bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir, dan bekas menteri luar Saifuddin Abdullah.

Forum yang akan diadakan di Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor itu turut menampilkan pemimpin NGO seperti Nazari Ismail, yang memimpin cawangan tempatan pertubuhan global anti-Israel, Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), dan Azmi Abdul Hamid, presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Aktivis veteran Hishamuddin Rais, antara yang menggerakkan forum itu, mengajak orang ramai "datang beramai-ramai mendengar apa itu BlackRock".

"Apa hubungan BlackRock ini dengan lapangan terbang Malaysia, dengan Israel dan Palestin?" katanya dalam klip pendek.

Tian Chua dari Sekretariat Solidariti Palestin yang menganjurkan forum itu berkata ia tidak berpihak terhadap mana-mana entiti politik.

Bekas naib presiden PKR itu berkata forum itu adalah untuk menyedarkan rakyat mengenai risiko kemasukan BlackRock pengurusan aset negara. 

"Sebagai contoh MAHB akan diswastakan dan akan memegang dan memonopoli pengurusan semua lapangan terbang di Malaysia selama 45 tahun yang bermakna tamat pada 2069. 

"Akhirnya, kita sangkut dengan 45 tahun tapi tak boleh ubah."

Tian Chua berkata Malaysia mempunyai pelbagai pengalaman pahit kesan daripada monopoli.

"Macam Bernas, sekarang ini kerajaan mengeluh kata ini monopoli yang sudah ditandatangani oleh kerajaan terdahulu. 

"Jadi, kita sangkut dengan keputusan yang tak memihak kepada kerajaan," katanya merujuk kepada syarikat yang diberikan lesen mengimport beras, Padiberas Nasional (Bernas). 

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

Anwar bagaimanapun dilihat berusaha mengubah persepsi tersebut dengan pelbagai ucapan dan kenyataan yang mengkritik sokongan Washington terhadap Israel, di samping menghadiri pelbagai forum pemimpin dunia Islam sejurus selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran di Gaza tahun lalu, yang sehingga kini membunuh sekurang-kurangnya 35,000 rakyat Palestin.

Di bawah rancangan yang diumumkan bulan lalu, Global Infrastructure Partners (GIP) yang dimiliki BlackRock, akan memegang 30% kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan Malaysia Airports Berhad, yang turut disertai Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kedua-duanya badan di bawah kawalan penuh Kementerian Kewangan yang diterajui Anwar.

BlackRock antara lain terlibat dalam memperkasakan jentera perang Israel, dan ibu pejabatnya di New York menjadi sasaran penunjuk perasaan pro-Palestin yang menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai.

Antara syarikat yang dilabur BlackRock termasuk McDonald's dan Starbucks, dua syarikat yang menerima tempias kempen global memboikot kepentingan Barat yang didakwa bersekongkol dengan regim Zionis.

BlackRock turut melabur dalam Lockheed Martin, di mana ia memegang kepentingan 7.4%.

Lockheed Martin, kontraktor pertahanan berpangkalan di AS dengan pelaburan berbilion dolar dalam industri pertahanan dan aeroangkasa Israel, baru-baru ini menjadi sasaran kumpulan pro-Palestin di Malaysia yang membantah penyertaannya dalam pameran  Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara Asia (Natsec) di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Sebelum ini, lebih 20 pertubuhan tempatan memberi amaran  kepada Putrajaya untuk membatalkan tawaran GIP itu, sambil mengingatkan kerajaan Anwar bahawa slogannya menyokong Palestin akan hanya tinggal cakap-cakap kosong sekiranya meneruskan rancangan tersebut.

Anwar setakat ini menolak bantahan itu, sebaliknya menuduh pihak pembangkang "menghasut" terhadap kerajaan.

Penyertaan GIP milik BlackRock juga dikritik pakar aviasi, yang menyifatkan firma itu tidak membawa apa-apa nilai tambah kepada lapangan terbang di Malaysia.

Mereka berkata lapangan terbang lain diuruskan GIP tidak pun tersenarai sebagai lapangan terbang terbaik.

Sementara itu, Tian Chua berkata forum Tolak BlackRock bukanlah "langkah terakhir" dalam usaha membantah pendirian Putrajaya membenarkan firma itu terus meningkatkan pegangannya di Malaysia. 

"Akhirnya, kerajaan nak buat apa-apa keputusan pun harus mematuhi kehendak rakyat. 

"Ini penting kerana lapangan terbang adalah infrastruktur paling kritikal dan ia merupakan pintu masuk utama di Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, media berpengkalan Singapura, Channel News Asia melaporkan Putrajaya tidak mungkin akan membatalkan keputusannya.

“Kereta api sudah pun berlepas dan berundur bukan lagi pilihan kerana tawaran rasmi telah dibuat," CNA memetik seorang pegawai Kementerian Kewangan.


SELAMATKAN

HARTA NEGARA

AMIN

JANGANN JUAL

LAPANGAN TERBANG

MALAYSIA PADA

ZIONIS YAHUDI

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Naik syeh Naik setim lwn madanon