Isnin, 3 Jun 2024

SINDIKET CHINA MERAH !!!



Polis Thai, FBI tumpaskan rangkaian jenayah siber terbesar dunia

CHONBURI, THAILAND: Biro Penyiasatan Pusat (CIB) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menumpaskan rangkaian jenayah siber global, berkemungkinan terbesar di dunia dengan operasi pengubahan wang haram di Thailand.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pasukan penguat kuasa undang-undang antarabangsa menahan warga China, Wang Yunhe, 35, dan memusnahkan botnet "911 S5" - rangkaian komputer dijangkiti perisian hasad di hampir 200 negara, berkemungkinan terbesar di dunia.

Portal berita Khasood melaporkan Sabtu lalu, Pesuruhjaya Biro Penyiasatan Pusat (CIB) Thailand, Lt. Jeneral Jiraphop Phuridej mengumumkan hasil kerjasama antara polis Thailand dan AS.

Pegawai Bahagian Penindasan Jenayah Biro Siasatan Pusat (CIB) bersama Mike Chai, ejen FBI yang ditempatkan di Thailand, memperluaskan siasatan dan membuat penahanan tambahan terhadap suspek di Thailand.

Anggota menggeledah rumah suspek di Jalan Phra Tam Nak, Mukim Nong Prue, Daerah Bang Lamung, Wilayah Chonburi, dan tiga bilik kondominium di Moo 1, Mukim Na Jomtien, Daerah Sattahip, Wilayah Chonburi.

Mereka menemui wang tunai 7.5 juta baht (RM960,015), kedua-dua mata wang Thailand dan asing, 13 jam tangan mewah termasuk tiga jam tangan Audemars Piguet bernilai lebih 30 juta baht (RM3.8 juta), 23 barang kemas bernilai lebih 50 juta baht (RM6.4 juta).

Selain itu, BMW X7 M50d hitam, surat hak milik tanah dan perjanjian pembelian tanah, surat ikatan kondominium, akaun bank Wang dan syarikat Spicy Code c]t, peranti penyimpanan data, pemacu kilat yang mengandungi data kunci penyulitan atau kata laluan penyulitan .

Anggota menyita dan merampas aset dan menyerahkan suspek kepada penyiasat di Sub Bahagian 2, CBI untuk tindakan lanjut.

Wang ditahan pada 24 Mei di Singapura. Operasi ini adalah kerjasama global untuk membasmi jenayah siber yang menggunakan peranti yang dipasang perisian hasad bersama-sama dengan alat untuk menyembunyikan lokasi rangkaian jenayah, yang dikenali sebagai 911 S5.

Wang dan rakannya mengasaskan dan mengekalkan sistem teras 911 S5, selain bertanggungjawab menguruskan dokumen, transaksi kewangan, dan menubuhkan tiga syarikat untuk pengubahan wang haram di Thailand.

Siasatan mendedahkan rangkaian suspek menggodam alamat IP 19 juta komputer di lebih 190 negara di dunia, menyebabkan kerosakan besar.

Ini termasuk menipu sejumlah besar wang daripada agensi kerajaan AS dengan menggodam komputer warga AS, memohon pelbagai bantuan kebajikan, tetapi apabila kerajaan meluluskan bantuan itu, ia telah dipindahkan ke akaun suspek.

Mereka juga menggodam untuk mencuri wang, mata wang kripto, melancarkan serangan siber perisian tebusan dengan menyekat operasi organisasi besar dan menuntut wang tebusan sebagai pertukaran untuk memulihkan sistem.

Penjenayah siber juga menggunakan saluran ini untuk mengeksploitasi pornografi kanak-kanak dan membuat ancaman bom untuk menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

Pada masa yang sama, suspek mencuci wang yang diperoleh daripada kesalahan itu, mengaut keuntungan berpuluh juta dolar AS sebelum menggunakannya untuk membeli hartanah, kenderaan dan aset lain di banyak negara, antara Thailand.

Kebanyakan aset yang diperoleh kumpulan suspek daripada jenayah itu dan diubah di Thailand adalah hartanah dan pelbagai syarikat, dengan nilai keseluruhan lebih 1 bilion baht.


AWAS !!!

KEPALA SINDIKET

DATNG DARI

CHINA MERAH

AMIN

Tiada ulasan: