Jumaat, 31 Januari 2025

AL- FATIHAH





Hamas sahkan kematian ketua tenteranya Mohammed Deif

GAZA: Hamas semalam mengesahkan kematian ketua tenteranya Mohammed Deif, yang dituduh oleh Israel sebagai dalang di sebalik serangan 7 Oktober dan kematiannya diumumkannya tahun lalu.

"Briged Al-Qassam mengumumkan kepada rakyat kami yang hebat bahawa sekumpulan pejuang dan komander telah syahid," menurut jurucakap sayap bersenjata Hamas, Abu Obeida dalam satu kenyataan video.

Beliau menamakan ketua kakitangan Briged Al-Qassam, komander Mohammed Deif dan timbalan ketua staf, komander Marwan Issa, antara yang terbunuh.

Sebelum ini, Israel menuduh Deif sebagai antara arkitek utama pada 7 Oktober, bersama dengan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang terbunuh pada 16 Oktober 2024.

Pada 1 Ogos tahun lalu, tentera Israel mengumumkan membunuh Deif dalam serangan udara di Gaza pada bulan sebelumnya.

Tentera berkata, jet pejuang menyerang Khan Younis pada 13 Julai dan 'mengikut penilaian risikan', ia boleh disahkan bahawa Mohammed Deif terbunuh dalam serangan itu bersama seorang komander tertingginya, Rafa Salama.

Deif menjadi ketua sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, pada tahun 2002.

Dia adalah antara lelaki paling dikehendaki Israel selama hampir tiga dekad dan dalam senarai 'pengganas antarabangsa' Amerika Syarikat (AS) sejak 2015.

Deif, yang nama sebenarnya Mohammed Diab al-Masri, dilahirkan di kem pelarian Khan Younis pada 1965.

Pada Januari 2024, Israel mengeluarkan gambar Deif menunjukkan dia dengan sebelah mata hilang, tanpa menyatakan bila foto itu diambil.

Musuhnya menggelar Deif sebagai 'kucing dengan sembilan nyawa' selepas beberapa kali hampir maut.

Pada 2014, Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, membunuh isteri Deif dan seorang anak lelaki berusia tujuh bulan.

Deif dikatakan memainkan peranan penting dalam rangkaian besar terowong yang dibina di bawah Gaza.

Pada bulan Mei, ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) meminta waran penahanannya, bersama Sinwar, atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Hamas sebelum ini tidak pernah mengesahkan kematiannya, sehingga semalam .- AFP

AL-FATIHAH




Tiada ulasan: