Kes rogol babitkan anak menteri: Polis rakam keterangan Chegu Bard
KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard hari ini bagi melengkapkan siasatan berhubung kes rogol yang dikaitkan dengan seorang anak menteri.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Chegu Bard hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 10 pagi.
"Ya betul, polis sudah mengambil keterangannya. Ia bagi melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Sementara itu, Chegu Bard memaklumkan dipanggil polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Menurutnya, siasatan dijalankan susulan dakwaan mengenai kes rogol membabitkan seorang anak menteri.
"Ini berkenaan kenyataan saya berhubung anak Menteri Dalam Negeri yang didakwa menyerang seorang wanita.
"Ia hal peribadi, namun ini berkenaan 'rule of law' yang mana apabila terdapat laporan polis dibuat, maka siasatan dijalankan," katanya.
Terdahulu, Chegu Bard dilihat hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali kira-kira 10 pagi dan proses rakaman keterangan berakhir pada 11.30 pagi.
Terdahulu tular dalam laman sosial kes membabitkan anak seorang menteri yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab.
Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita terbabit dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Butterworth pada 24 Disember tahun lalu.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Siasatan kes dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 6 Januari lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


2 ulasan:
Heran gwa. Belum dengar pihak polis tangkap malaon yang didakwa merogol atau berancuk suka sama suka yang didakwa juga mengugut mencederakan secara fizikal.
Yang dok kena soal ambil keterangan orang yang buat sidang media.
Penguatkuasa di negara ini bodoh atau memang bodoh?
Ancok omak boto la anak mentori tu kan....
Nikah sonyap sonyap dah bunting suh gugurkan.... Polik sungguh macam anak luar nikah pulak mintak gugurkan
Berancuk pandai dah bunting suh gugur
Kelentit boto la budak tu kann...
Kah kah kah
KHALAS
Catat Ulasan