Isnin, 21 Julai 2025

KSN KUARNG AJAR ? KAH KAH KAH

 



KSN jangan kurang ajar dengan Rukun Negara - aktivis

Kumpulan pelajar membidas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Shamsul Azri Abu Bakar kerana melarang penjawat awam menyertai demonstrasi menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan, Sabtu ini.

Federasi Pemuda Kebangsaan berkata demikian ketika menolak larangan Shamsul Azri atas alasan tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dalam Rukun Negara.

“Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar jangan kurang ajar dengan rukun negara dan perlembagaan persekutuan. 

“Inilah masalah apabila hanya mengambil rukun negara mengikut kehendak rasa, akhirnya gagal memahami konteks secara menyeluruh,” kata pemimpin kumpulan itu Hamdin Nordin.

Satu demonstrasi bagi menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dijadual berlangsung di ibu negara, Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Usuf Jan Mohamad berkata Cawangan Khas PDRM mengunjurkan kehadiran antara 10,000 hingga 15,000 orang.

Dalam kenyataan hari ini, Hamdin menyindir Shamsul Azri sebagai menutup telinga ketika penjawat awam lain membaca Rukun Negara setiap minggu.

Hamdin mengingatkan terdapat rukun lain iaitu keluhuran perlembagaan dan perkara 10 perlembagaan menjamin hak hak untuk berhimpun, bersuara dan berorganisasi.

“Atau mungkin KSN setiap kali membaca Rukun Negara, dia hilangkan rukun ketiga tentang keluhuran perlembagaan,” perlinya.

Hamdin Mengingatkan bahawa perlembagaan adalah dokumen tertinggi negara, bukan arahan lisan daripada mana-mana individu berkuasa. 

“Sekiranya beliau sendiri gagal memahami prinsip asas negara, maka adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan dan berhenti memalukan institusi perkhidmatan awam,” katanya.

TAHNIAH

ANAK MUDA

AMIN

JELAS ANAK

MUDA MAKIN

BERANI

AMIN

SAPA KURANG

AJAR PERLU

DISEKOLAHKAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah-marah dia, dia hanya seorang kuli yang berkhidmat setia kepada kepala, jangan marah jangan cerca, jangan jangan jangan, semuanya orang kita juga, jadi buat apa yang sempat, apabila pencuri perasuah perompak duit rakyat negara tidak diambil pot kita kena marah, tak kira siapa, bukan kaki keluarga dilepaskan, anak beranak orang lain dianiaya, jadi ikut hukum ikut peraturan cuba cerdik pandai sedikit, tak payahlah banyak sangat sampai macam Prof Kangkung sekelian di alam kita kah kah kah, geng punahsihat sudah mula bekerja siang malam bodek kiri kanan demi kelangsungan kehidupan mereka, ini pernah berlaku dahulu di zaman semua PM terdahulu, ada geng ada kronisme ada projek ada rasuah ini alam orang kita, jadi jangan terlalu mengejar kekayaan sampai tak masuk lubang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...


Yang bergaduh yang merebut kuasa yang bertikam lidah yang untung yang dapat projek yang kaut rasuah yang sapu wang tunai negara yang terpaling hebat terima bantuan subsidi rasionalisasi memang diketahui, tetapi pelik akhir sekali menyalahkan Jho Low, salahkan China Merah, salahkan Yahudi, salahkan Singapura, semua orang salah kecuali anak bangsa anak beranak agama sendiri kah kah kah, pelik juga otak lu orang ini, sejak mula menyalak menyalahkan orang lain cermin tengok berapa ramai pemimpin kamu itu yang ada integriti? Sebab itu lah Bangla dah berani berak atas kepala, sikit hari lagi lu orang kena panggil Bangla sebagai Boss, sudah ada Datuk, sudah ada Datuk Seri Bangla, tetapi asyik salah China Merah kah kah kah lembu pun kalah lawan otak ku orang woit