Isnin, 21 Julai 2025

APA MAKNA BERIAT INI ?


Penjawat awam tidak boleh sertai demo Turun Anwar - KSN


Ketua Setiausaha Negara (KSN)  Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.

Beliau berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Taatlah kepada Raja dan Negara,” katanya.

Shamsul Azri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) di Putrajaya hari ini.

Media hari ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri  Saifuddin Nasution Ismail berkata PDRM akan membantu memudah cara penganjuran itu di ibu negara.

Beliau memberi jaminan bahawa PDRM akan mengendalikan kawalan keselamatan semasa himpunan itu secara profesional, namun mengingatkan semua pihak agar mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.- Bernama

KAH KAH KAH

INI MAKNANYA

RAMAI

PENJAWAT AWAM

NAK IKUT SAMA

BERDEMO

KAH KAH KAH

INI MAKNANYA

RAMAI 

PENJAWAT AWAM

BENCI TAK SUKA

MADAFAKA

KAH KAH KAH

TERIMA KASIH

KSN KERANA

IKLANKAN

DEMO 26 JULAI

AMIN

LAGI DILARANG

LAGI RAMAI

TURUN

KHALAS

Tiada ulasan: