Sabtu, 6 Disember 2025

NYAWA INDIA HITAM BERNILAI




Keluarga serah rakaman audio kes tembakan di Melaka kepada Bukit Aman


KUALA LUMPUR: Keluarga tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu, hari ini menyerahkan rakaman audio insiden berkenaan kepada polis.

Rakaman audio itu diserahkan oleh isteri seorang mangsa, M Jayasri, 31, kepada Superintendan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, Ta Kah Loon, di pintu masuk ibu pejabat polis itu.

Peguam Rajesh Nagarajan berkata, keluarga mangsa terpaksa tampil sendiri untuk menyerahkan bukti, walaupun Perdana Menteri telah menggesa siasatan yang telus dan terbuka berhubung kematian M Puvaneswaran, M Pushpanathan dan G Logeswaran.

"Adalah membimbangkan apabila pihak penyiasat langsung tidak menghubungi keluarga mangsa, walaupun satu laporan polis telah dibuat dan kewujudan rakaman tersebut didedahkan secara terbuka
"Kami yang datang ke Bukit Aman membawa bukti ini. Tiada seorang pun daripada polis menghubungi kami. Bagaimana ini boleh dianggap sebagai siasatan?" katanya.

Turut hadir ialah isteri dan ibu Puvaneswaran dari Ayer Tawar, Perak; peguam N Surendran dan Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty (LFL), serta pengasas Agamam Ani, Arun Dorasamy.

Keluarga nafi serang anggota polis

Keluarga mangsa nafi kenyataan polis bahawa ketiga-tiga lelaki itu menyerang anggota polis dengan senjata, dengan menegaskan rakaman audio berkenaan jelas merakamkan suasana panik, jeritan meminta tolong dan kekecohan sebelum bunyi tembakan kedengaran.

Rajesh berkata, adalah tidak wajar keluarga yang berduka terpaksa mendesak agar siasatan diteruskan, mengambil kira kewujudan bukti kukuh yang menunjukkan kemungkinan berlaku salah laku pihak polis.

Penasihat LFL, Surendran pula berkata, kegagalan pihak penyiasat menghubungi keluarga mangsa selepas lebih 72 jam laporan dibuat menunjukkan kurangnya komitmen dalam menyiasat kes yang membabitkan anggota mereka sendiri.

Keluarga mangsa sebelum ini turut menggesa campur tangan perdana menteri dan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Rakaman audio itu, dirakam oleh isteri Logeswaran ketika masih berada di talian dengan suaminya sehingga saat tembakan dilepaskan, telah didedahkan kepada umum dan didakwa bercanggah dengan versi polis. Rakaman itu menunjukkan ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri upacara keagamaan, bukannya untuk melakukan jenayah.

Menjelang detik tembakan, rakaman berkenaan turut memaparkan Logeswaran memaklumkan bahawa sebuah Perodua Aruz tanpa tanda rasmi mengikuti kenderaan mereka sebelum kenderaan itu berhenti dan kekecohan tercetus.

SUSUN ATUR

GERAKAN

NYAWA INDIA

HITAM  BERNILAI

KHALAS

Tiada ulasan: