PAGI INI
PAGI INI
SABTU 6 DISEMBER 2025
KULIT HITAM
TIGA JANTAN INDIA
Kes tiga jantan India DI TEMBAK POLIS ini wajib kita semua hebohkan. Dari pita rakaman yang kita dengar jelas mereka dibunuh. Malah dari bedah siasat di dapati peluru terhenti di hati – ERTINNYA mereka di tembak dari atas kepala atau dari mulut – ertinya BUKAN mati berbalas tembakan.
Kes macam ni telah banyak kita dengar – apa yang menarik ialah RAMAI YANG MATI KENA TEMBAK POLIS IALAH JANTAN INDIA - jeng jeng jeng.
Betul Jantan India banyak kaki busuk dan samseng dan gengster - Mereka minoriti tapi paling banyak dalam penjara – Paling ramai mati JANTAN INDIA MATI dalam tahanan polis.
Bila gua lihat fakta ini maka gua teringat kepada Amerika. Orang Itam Negro di Amerika minoriti – tapi paling ramai dalam penjara. Paling ramai mati di tangan polis – hingga MUNCUL BLACK LIVES MATTER .
Apa kah di Malaysia Jantan India ini sama seperti Jantan NEGRO di Amerika – mereka HITAM – Kulit mereka hitam justeru pasti JAHAT ???
JUSTERU gua nak tunggu satu GERAKAN : NYAWA INDIA ITAM PENTING !!! amin
CHINA
Si Jin Ping umum negara China akan beri bantuan 100 juta dolar untuk Gaza.
JEPUN
Warga Jepun sedang menunggu kesampaian Gempa Bumi Besar. Ini mengikut kajian Jabatan Kaji Bumi.
EROPAH
Pemimpin Eropah bercadang untuk menyerang Rusia. Mungkin akan melakukan PROJEK SALAH BENDERA dan menuduh Rusia punya angkara.
AMERIKA
FIFA bodek Trump beri Trump Hadiah Keamanan – kerana tahun 2025 Trump tak dapat hadiah Nobel Keamanan.
FRANCE
Presiden Macron berkata ada kemungkinan Trump akan belot dan meninggalkan Ukraine.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk cerah basah – langit pucat. Matahari belum dilihat. KL & KL Sentral berkabus tebal. Kemarin hujan lebat.
Pagi yang Siti tak kelihatan – yang datang makan 4 Puppy dan Jantan Baik – yang lain entah di mana.
Gua berjalan arah ke Wakaf Tiga melintas depan Pokok Ara – ha ha ha – Parlimen Ara sedang bersidang – riuh rendah bunyi unggas. Ada masuk ada keluar. Daun Ara bergoyang-goyang – pasti Ara sedang berbunga - banyak ulat untuk rezeki barung.
Berjalan pulang SITI menunggu di tempat biasa – Tadi entah hilang dimana - Siti mendapat Jajan Hati Ayam Kering Rebus sama seperti Tak Tak dan Ezi.
Ha ha - di tempat gua letak nasi - gua nampak dua ekor Tioong sedang mencari nasi.
Bila gua menulis ini cahaya matahari dah melimpah di balkoni gua. Wow hari ini akan panas. Jap lagi gua ke Chow Kit – rutin mingguan – gua nak beli Buah Delima – masih murah 4 biji10 Rm. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU
BRO
Lu betul-betul kalah jika lu berhenti berusaha.
BRO
Lu jangan hilang harapan masa lu sedih. Jangan hancur walau pun lu jatuh.
BRO
Lu pasti ada bakat – semua orang ada bakat – cari dan temui bakat lu. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan