Isnin, 1 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 1 DISEMBER 2025

KETUA AMK


SHARIAH COMPLIANCE – PATUH SHARIAH
Berita merebak satu Ketua AMK – telah ditahan dalam Kelab BERSENAM  di Chow Kit. Gambar Mamat YANG KENA TANGKAP INI   dengan Anwar Ibrahim jadi viral kah kah kah.

Gua hairan lagi takjub – sapa agaknya yang mula sebarkan gambar ini kah kah kah – cekap amat cekap.

Ramai kena tahan – berita lapor  210 orang.  Gambar Mamat-Mamat yang sedang bersenam memakai towel tersebar di media.  Kah kah kah.

Operasi ini dijalankan oleh PDRM, DBKL dan JAKIM.

Ada Pegawai Kerajaan – ada Diplomat – ada German – ada Indon – ada China – semua bersenam di Chow Kit.

Gua yang tiap minggu ke Chow Kit tak tahu tempat ini.

Kemudian Pegawai Polis yang buat tangkapan berkata : Tidak ada apa-apa tindakan – semua bebas – semua lepas – Amin.

Lalu viral berita  dan  komen balas   kenyataan Ketua Polis ini – APAKAH KERANA ADA KETUA AMAK BERSENAM SAMA MAKA SEMUA BEBAS – kah kah  kah.

INI FITNAH : Sebenarnya Pegawai Polis  bersama Pegawai JAKIM wajib cakap : TEMPAT SENAM INI SHARIAH COMPLIANCE - PATUH SHARIAH – JANTAN BETINA TIDAK  BERCAMPUR  - TEMPAT SENAM INI HANYA UNTUK JANTAN – kah kah kah  Ini tanda Jakim buat kerja Amin – Kes Selesai. Khalas.

NOTA: 
Mamat Kawan Anwar bin Ibrahim itu jambu ke ? Kah kah kah

SABAH
Gua senyum – gua suka  hati – bila gua di berita tahu keputusan PRN kah kah kah – Jelas  Warga Sabah dah HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM – malah dari maklumat   gua dapat dari kepimpinan PKR calon PKR yang menang itu pun KATAK – dari UMNO – Ke Bersatu – Ke GRS -  tanding tiket PKR kerana GRS tolakkah kah kah. Bukan PKR asli.

RUMUSAN – bersedia untuk PRU 16 – Bersedia untuk  BERDEMO lagi sebelum PRU16 – Tak Turun Jalan Raya Tak Menang Pilihan Raya – Amin

AMERIKA
Presiden Maduro Venezuela  dan Trump bercakap melalui talipon – Tapi tidak ada buat butir.

INDONESIA – SRI LANGKA – SIAM
Banjir kini telah mengorbankan lebih dari  900 nyawa – Hujan masih turun – Indonesia  442  mati. 4 juta warga pindah rumah.

FILIPINA
Rakyat berdemo kerana rasuah projek tambak air.  Banjir jadi amat bahaya kerana tak ada laluan air.

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering segar – kemarin panas tak hujan. Langit biru tanpa awan – Matahari dah keluar – KL & KL Sentral berkabus nipis.

SITI dan keluarga  menyambut  kami sampai. Tak ada salakan – Pendatang Kwantung dah lesap -  Puppy enam ekor dengan dua emak  datang makan.

Ezi tak malu berak tengah jalan kah kah kah – Ini perangai Ezi berak tengah jalan – manakala Tak Tak akan berak dalam kawasan berumput – tak pernah tengah atau tepi jalan.  

Cahaya matahari pagi ini enak – gua berjalan ke arah Kuil  muka di bakar matahari – bila  berjalan pulang gua jalan terbalik untuk pastikan  muka terus di bakar cahaya. Amat nikmat  rasa  muka di bakar cahaya matahari pagi. Mengikut  Doktor YouTube cahaya matahari ialah punca  Vitamin D baik untuk tidur. 

Gua yakin hari ini akan panas – jap lagi gua nak membasuh pakaian. Nak ampai pada  matahari. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN

BRO
Jika lu ada Anjing atau Kucing lu akan tahu bahawa haiwan juga ada keperibadian, perasaan dan fikiran mereka.

BRO
Cinta Anjing kepada tuannya tidak berbelah bagi.

BRO
Jika lu nak tahu cinta setia  lu wajib belajar dari anjing. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang tak ada segan silu, semuanya terbuka dalam era Madani, dulu projek senyap menyap, satu sama lain dalam asrama dalam bilik darjah dalam bilik air, sejenis ini bukan baru, lama sejak muncul sekolah asrama lagi, habis darjah enam masuk sekolah asrama mula lah belajar sedikit demi sedikit kah kah kah sekarang sudah dewasa tabiat lama sukar buang menjadi ikutan menjadi budaya nak ikut budaya barat moden amin, yang menghalang hanya jabatan agama kacau daun kah kah kah kalau tidak ramai dah jadi pasangan terbuka tinggal serumah tidur sekatil amin jangan pelik jangan terkejut memang ada kah kah kah