Khamis, 2 April 2026

AMERIKA DAH LENGIT - KAH KAH KAH


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PADAN MUDA

AMERIKA

DAH LENGIT

KAH KAH KAH

NAGA MUNDAR

MANDIR AKAN

DI KALAHKAN

OLEH  ULAR LIDI

TEMPATAN

KAH KAH KAH

KHALAS 






AS akan tinggalkan Iran 'secepat mungkin', kembali jika perlu - Trump


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan berundur dari Iran 'secepat mungkin' tetapi sedia kembali untuk lancar serangan terhad sekiranya perlu, kata Presiden Donald Trump dalam wawancara bersama Reuters pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam sebelum beliau dijadual menyampaikan ucapan utama mengenai perkembangan perang itu kepada rakyat AS.

Perang yang kini memasuki minggu kelima itu berlaku ketika Trump berdepan tekanan domestik berikutan kenaikan harga petrol serta desakan supaya mencari jalan keluar yang jelas.

Ucapan Presiden dijadualkan pada jam 9 malam (waktu tempatan) untuk menggariskan hala tuju seterusnya dalam usaha Washington menangani ketegangan serantau.

Trump turut menyatakan beliau akan menggunakan ucapannya untuk menyuarakan rasa kecewa terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang didakwa gagal menyokong objektif AS di Iran.

Beliau mengakui sedang 'mempertimbangkan sepenuhnya' langkah menarik AS keluar daripada pakatan ketenteraan itu.

Hubungan AS–Eropah juga semakin tegang selepas sekutu Eropah menolak permintaan Washington untuk membantu memastikan keselamatan pergerakan kapal minyak melalui Selat Hormuz

Mengulas tempoh tamat perang, Trump enggan memberikan jadual terperinci namun menegaskan AS akan menarik keluar tenteranya 'secepat mungkin'.

"Kita akan keluar dengan cepat… dan jika perlu, kita akan kembali melakukan 'spot hits'," katanya dalam wawancara telefon itu.

Trump menegaskan, gelombang serangan awal AS telah mengakibatkan kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa pegawai kanan lain.

Susulan itu, Iran kini berada di bawah kepimpinan anak beliau, Mojtaba Khamenei, yang didakwa AS dipercayai cedera dan mungkin mengalami kecacatan akibat serangan terbabit.

Trump menegaskan: "Saya tidak perlukan perubahan rejim, tetapi kita mendapatnya kerana korban perang."

Presiden AS turut yakin peluang mencapai perjanjian semakin cerah kerana, katanya, 'mereka (Iran) tidak mahu terus dibedil lagi".

Menurut Trump, tujuan utama Washington melancarkan perang bagi memastikan Iran tidak membangunkan senjata nuklear, kini telah dicapai.

Walaupun sebahagian besar uranium Iran yang diperkaya disimpan di kompleks bawah tanah yang sukar ditembusi, Trump berkata: "Ia terlalu jauh di bawah tanah… saya tidak kisah tentang itu. Kita akan memantau melalui satelit."

AS mendakwa Iran kini 'tidak lagi berupaya' menghasilkan senjata nuklear, sesuatu yang dinafikan oleh Tehran yang berulang kali menegaskan program nuklearnya bersifat aman.

Menurut sumber yang dipetik Reuters, Naib Presiden AS, JD Vance, mengadakan perbincangan melalui perantara di Pakistan dan menyampaikan mesej bahawa Trump terbuka kepada gencatan senjata sekiranya beberapa tuntutan AS dipenuhi.

Iran bagaimanapun menafikan wujudnya rundingan di belakang tabir itu. - REUTERS

Tiada ulasan: