Sabtu, 23 Mei 2026

APA JADI DENGAN PKR ?


PEMIMPIN PKR

DI SABAH PULAK

CABUT LARI

KAH KAH KAH

WOIT

PKR KINI JADI

 PARTI

KELUAR RAMAI

KAH KAH KAH

KHALAS


Naib Pengerusi MPN PKR Sabah umum letak semua jawatan, keluar parti


KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Mohd Amin Abdul Mem, mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam parti itu dan keluar PKR selepas kira-kira 27 tahun bersama perjuangan reformasi.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Semporna berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai perkembangan semasa parti yang didakwanya sudah berubah daripada prinsip asal perjuangan reformasi.

Mohd Amin memaklumkan pembabitannya dalam politik bermula sejak awal 1990-an ketika menjadi tenaga penggerak jemputan di Biro Tatanegara (BTN), selain pernah menjadi pelajar di Yayasan Anda Akademik (YAA) yang diasaskan Anwar  bin  Ibrahim.

"Idealisme reformasi yang dibawa Anwar bin Ibrahim  memberi inspirasi kepada saya untuk mendalami perjuangan politik berteraskan nilai kemanusiaan dan perubahan sistem.

"Peristiwa penangkapan Anwar bin Ibrahim pada 1998 menjadi titik tolak untuk saya meninggalkan kerjaya sebagai guru dan terbabit sepenuh masa dalam politik bersama PKR.

"Berdemonstrasi, bertanding pilihan raya, memimpin cabang hingga penggal keempat kini, menjadi Naib Pengerusi MPN, dan menjaga Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) memberikan saya pengalaman memahami situasi sebenar perjuangan parti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Namun, Mohd Amin mendakwa bahawa PKR kini mengalami perubahan pendekatan susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan, selain menyifatkan budaya kompromi dan 'politiking' semakin ketara dalam parti.

"Pandangan saya ialah PKR hari ini berubah rentak sedikit. Daripada yang dahulunya berani, tegas, jujur dan berprinsip, kini kepada kompromi, 'politiking' serta memilih.

"Ini berlaku kerana strategi telah diubah atas faktor perkongsian kuasa dalam kerajaan semasa, Kerajaan Perpaduan.

"Lebih sukar apabila watak-watak pimpinan di luar rantaian reformasi sudah hampir mendominasi parti," katanya.

Pada masa sama, Mohd Amin turut mengaitkan perkembangan itu dengan keputusan bekas Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli, dan beberapa pemimpin lain meninggalkan parti itu untuk meneruskan perjuangan melalui Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) yang kini diambil alih.

"Kewujudan BERSAMA bawah pengaruh Rafizi serta kumpulannya adalah kesinambungan idealisme besar perjuangan reformasi dengan pendekatan dan versi yang baharu, serta tanpa kompromi, 'politiking' dan memilih.

"Walaupun pandangan ini terlalu awal dilontarkan berbanding usia BERSAMA yang hanya 'semalam', biarlah ia menjadi antara beberapa garapan harapan terpendam untuk didengar oleh Rafizi bersama rakan-rakannya bergerak ke hadapan. Selamat maju jaya parti BERSAMA," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amin memaklumkan kegagalan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu masih meninggalkan 'luka' dalam kalangan akar umbi, selain mendakwa tiada sesiapa yang jelas memikul tanggungjawab kekalahan itu.

"Kegagalan PKR pada PRN Sabah lalu menyimpan banyak luka. Hingga hari ini, tiada pertanggungjawaban selain tumpah salahnya ke cabang-cabang.

"Keyakinan saya ialah PKR sudah berada pada tahap maksimum dalam usaha meletakkan reformasi di persadanya.

"Anwar  bin Ibrahim sudah dikelilingi oleh lapisan-lapisan yang cuba menutup ruang tuntutan reformasi sebenar, sementara kebanyakan kita hanya mampu melihat, menerima dan mengulas di balik pintu.

"Mungkin ini yang dimaksudkan Rafizi, kitaran politik setiap 30 tahun," katanya.

Mohd Amin turut menzahirkan penghargaan atas pengalaman sepanjang bersama PKR, selain berterima kasih kepada pimpinan serta rakan seperjuangan yang banyak membimbingnya sepanjang berada dalam hierarki kepimpinan parti.

"Walau apapun posisi, jadilah kita sebahagian daripada mereka yang tidak pernah penat berjuang kerana generasi dan negara ini memerlukan kita," katanya.



Tiada ulasan: