Sabtu, 23 Mei 2026

SEMUA JADI MENTAL


SEMUA JADI

MENTAL

AMIN

DI BODOHKAN

JADI PAK TURUT

KHALAS


Gangguan mental punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia - Kajian

SYDNEY: Gangguan mental telah menjadi punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia - mengatasi kanser dan penyakit kardiovaskular - menurut satu kenyataan daripada Universiti Queensland (UQ) Australia, semalam, lapor Xinhua.

Hasil kajian diketuai UQ, Pusat Penyelidikan Kesihatan Mental Queensland dan Universiti Washington di Amerika Syarikat (AS) itu mendapati hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia menghidap gangguan mental pada 2023, hampir dua kali ganda daripada jumlah dicatatkan pada 1990.

"Beban gangguan mental memuncak dalam kalangan belia berumur 15 hingga 19 tahun, dengan wanita mempunyai kadar lebih tinggi daripada lelaki," kata Profesor Madya Damian Santomauro dari Pusat Kesihatan Awam UQ.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet itu mengkaji beban kesihatan 12 keadaan.

Ia termasuk kebimbangan, kemurungan, gangguan bipolar, skizofrenia, autisme, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, serta gangguan pemakanan, dengan menjejaki trend global dari 1990 hingga 2023.

Pengkaji menggunakan metrik tahun hayat pelarasan ketidakupayaan (DALY) untuk menganalisis beban gangguan mental, dengan satu DALY mewakili satu tahun kehilangan kehidupan sihat.

Gangguan mental menduduki tangga kelima senarai penyebab utama DALY pada 2023, naik daripada tangga ke-12 pada 1990.

Perkembangan berkenaan sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan dalam gangguan kebimbangan dan kemurungan teruk, menurut kajian itu.

Penyelidik mengaitkan trend itu dengan gabungan pelbagai faktor, termasuk penganiayaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, genetik, peningkatan ketidaksamaan, perubahan iklim, wabak serta konflik, di samping kualiti dan ketersediaan data.

Tiada ulasan: