PRN Johor: Yang menang, yang tersungkur
BARISAN Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menyapu 40 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri melalui penyertaan pengundi yang rendah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh malam tadi mengumumkan 1,426,573 orang atau 54.92% daripada pengundi berdaftar di Johor keluar mengundi, termasuk pengundi awal dan pengundi pos.
Jumlah itu hampir menyamai jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi rendah dalam konteks jumlah pengundi berdaftar hampir 2.6 juta orang, susulan penambahan hampir 780,000 pengundi baharu.
Dengan jumlah pengundi yang rendah, sukar untuk dirumuskan sama ada pengundi Johor sudah bersuara atau mereka sebenarnya jelak dengan politik sehingga tidak mahu mengundi.
Sentimen itu memberikan mandat yang jelas yang diperlukan BN, yang menjadi alasan pilihan raya semalam diadakan lebih awal daripada tempoh mandat sehingga pertengahan tahun depan.
The Malaysian Insight meninjau makna keputusan PRN Johor semalam iaitu PRN yang keempat sejak PRU 2018 – selepas Sabah, Melaka dan Sarawak.
2 ulasan:
yang bebal tetap tidak akan serik dan terus mencari alasan
Kah kah kah
United Front dah berjaya jatuhkan UMNO BN tapi Atokkau yang menjadi punca kebangkitan kembali Najib dan UMNO. Sembang senang bro tapi cuba bagi penyelesaian macam mana Azmin dan Anwar nak berpakat, macam mana PAS, Amanah dan DAP nak semeja. Nak bagi Abahkau ke Anwar jadi PM? Ke nak bagi Azmin atau Rafizi pulak? Ke bagi Hj Hadi?
Sembang united Front adalah benda paling senang. Perhatikanlah, siapa yang sembang united Front ni sebenarnya poyo dan tak faham realpolitik. Baik duk diam dan terima kekalahan dan saksikan bagaimana Atokkau naikkan kembali Najib dan UMNO. Khalas.
Catat Ulasan