Sanusi nafi fitnah Anwar semasa kempen PRU15
MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ tahun lepas.
Sanusi, 48, dalam pernyataan pembelaannya bagi menjawab saman fitnah perdana menteri terhadapnya sebaliknya berkata beliau sekadar mengkritik Anwar bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Plaintif selaku seorang politikus seharusnya berani bertanggungjawab atas fakta-fakta yang dinyatakan oleh saya dan tidak tersinggung dengan teguran, saranan dan kritikan yang dibuat oleh saya dan masyarakat,” kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid pada 13 Februari lepas.
Pada 11 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan menteri besar Kedah itu memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah difailkan pengerusi Pakatan Harapan itu, selewat-lewatnya 13 Februari.
Saman yang difailkan pada 13 Disember tahun lepas itu berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah pilihan raya ‘Jelajah PN Best Tambun’ yang didakwa mengaitkan Anwar dengan perlakuan tidak bermoral.
Sanusi dalam pernyataan pembelaannya turut menegaskan beliau hanya menjalankan tanggungjawab dan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana juga plaintif yang bukan sahaja mengkritik, bahkan membuat tuduhan ke atas parti lawan dalam tempoh kempen pilihan raya.
“Oleh demikian, ucapan tersebut memberi sudut pandang berbeza dan kritikan ke atas plaintif bersandarkan kepada fakta dan rekod yang benar berkaitan plaintif tidak seharusnya disekat dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Anwar menerusi jawapan kepada pembelaan yang difailkan pada 13 Mac lepas menegaskan bahawa hak defendan untuk kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada pelbagai sekatan dan ceramah politik termasuk dalam peruntukan di bawah Akta Fitnah 1957.
Menurut Anwar, defendan mengungkapkan kata-kata fitnah itu kepada pengundi di Tambun dan ia bukan kawasan pilihan raya defendan.
Anwar, 75, dalam pernyataan tuntutannya berkata pada 13 November tahun lepas Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah tersebut sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.
Menurut Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.
Menurut presiden PKR itu, pada 14 November 2022, kenyataan fitnah daripada video tersebut telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. – Bernama, 17 Mac 2023.
4 ulasan:
Ingat...!! Ini Kris bukan sebarang Kris ..membujur lalu melintang Cina Doll saya sondol semua.
Kamu cuba rampas (kerajaan) silakan…. Tetapi, kami (ahli PKR) siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah,” kata PMX.
Ini gelanggang saya, sebagai presiden PKR, empat bulan saya bersabar. Saya bicara cara teratur sebagai perdana menteri.
“Hari ini saya bicara sebagai presiden PKR, sebuah gerakan reformasi. Mahu ugut kita dengan perhimpunan, ugut bahawa kita takut bertindak kepada orang rasuah.
“Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan. Walaupun tidak menamakan mana-mana pemimpin pembangkang, Anwar dipercayai merujuk kepada gabungan parti Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan sebelum ini.
Kita siap dengan keris, membujur lalu, melintang patah,” kata Brother Anwar Bin Ibrahim.
Kris bangkok Cinadoll bawak sekali ka..!?
Kah kah kita famous bab tidak bermoral, tapi yang selalu kata orang lain diri sendiri pun Dua kaki Lima jugak kah kah pernah dia tengok muka dia dalam cermin tak kah kah kah, mulut memang lidah sudah suka mengata orang memang begitu, semua kacau bilau, patut tangkap masuk macam dulu dulu kah kah kalau ada kamunting kan bagus jugak senang cerita kah kah kah nak maju maju maju sampai lingkup
Liwat 1 : buang kes, Khairuddin Abu Hasan terkesan tulis Tivoli Apt yg belum bina walaupun tilam dari Tivoli di usung. Ummie Hafilda kata Bapok Tua yg reka dan bayar saksi
Liwat 2 : Atok kata sogokan RM5 juta
Liwat 3 : AG kata NFA, Khatri kena kencing tuntut RM11.5 juta dari Bersatu
https://wrlr.blogspot.com/2022/07/mahathir-dedah-fitnah-anwar.html
MAHATHIR DEDAH FITNAH ANWAR
FITNAH LIWAT DSAI…
PENDAKWARAYA DISOGOK RM5 JUTA
MAHATHIR MOHAMAD BUKA SUARA
at Thursday, July 07, 2022
wrlr.blogspot.com
Berikut yalah verbatim interview Atok Saka dgn Pemberita Indonesia terkini:
Atok : Ya, pihak Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah. Tapi dia buat appeal dan ditukar Pendakwaraya mengambil Pendakwaraya yang private. Sekarang ini kita tahu dilaporkan Pendakwaraya ini dibayar RM5 juta oleh Pemerintah supaya yakinkan Anwar bersalah.
Soal: Mengapa sekarang anda mengeluarkan pendapat ini?
Atok: Kita baru tahu. Tak kan dia nak bagi tahu. Orang lain yang selidik, baru dapat maklumat. Bukan terang2 bagi macam itu
Soal: Jadi anda sekarang menyokong Anwar jadi PM?
Atok: Ya, kalau itu kehendak rakyat dalam sebuah negara demokrasi
Shafee: Dr M pushed for Najib to appoint me as Anwar prosecutor
Published: Sep 8, 2018 5:12 PM
⋅
Updated: 8:01 PM
ADS
Lawyer Muhammad Shafee Abdullah claims it was Prime Minister Dr Mahathir Mohamad who had pushed for him to be appointed special prosecutor in Anwar Ibrahim's Sodomy II trial.
Shafee claimed that in 2013, then-prime minister Najib Abdul Razak was not keen on appointing him as a prosecutor by way of fiat, as he did not want to offend the attorney-general at the time, Abdul Gani Patail.
"In fact, he was most reluctant.
"However, it was Mahathir who insisted that I be appointed as the special prosecutor in Anwar’s appeals, as Mahathir did not have the confidence that the Attorney-General’s Chambers would be able to competently manage the appeals.
ADS
"This is probably due to the fact that the AGC had lost the Sodomy II case in the High Court," he said in a statement today.
Shafee said this in denying "new information" from the AGC claiming that he had indeed received RM9.5 million from Najib, which coincided with the Sodomy II trial.
The new evidence was submitted by a special task officer to the attorney-general in response to Anwar's appeal against his second sodomy conviction, which he later received a royal pardon for.
Anwar had argued at the Kuala Lumpur High Court that he was denied a fair trial because his prosecutor had received payment from Najib, who was his political rival. The appellate court is set to hear his appeal on Sept 14.
ADS
Meeting with Mahathir
Shafee claimed that in June or July 2013, Mahathir, through lawyer Matthias Chang, had summoned him for a meeting at the Perdana Leadership Foundation.
He said prior to that meeting, Najib had also been summoned to the foundation in Putrajaya, and had been convinced by Mahathir to appoint him special prosecutor.
"I learnt from Chang that my appointment as the special prosecutor was the first of the six demands Mahathir made to Najib at that meeting, for otherwise he would go against Najib.
"Within a matter of days or so, I was communicated by the office of Mahathir and the Prime Minister’s Office that I should meet Gani for the purposes of the appointment, as everything has been agreed to," he said.
Read more: RM9.5m paid by Najib was to settle BN legal fees, says Shafee
Shafee said he had worked for Mahathir numerous times when the latter was Umno president since the early 1990s, representing it and other BN parties in cases ranging from election petitions to litigations.
However, he said most of his work had gone unpaid.
"I have accrued many uncollected bills for my legal work from the days of Mahathir as the prime minister, especially during the period when Mohamed Rahmat was the secretary-general of Umno and BN," he said.
Shafee added this matter had been brought up during a meeting with Najib in Sept 2013, following which the latter agreed to pay him RM9.5 million as a settlement for 46 election petitions Shafee had handled for Umno and BN since the 1990s.
Catat Ulasan