Sabtu, 18 Mac 2023

INI BUKAN KERAJAAN PERPADUAN



Kerajaan perpaduan sangat utuh, kata PM

KERAJAAN perpaduan yang dibentuk pada hari ini sangat utuh dan mendapat sokongan penuh daripada parti terlibat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau tidak menolak bahawa terdapat usaha untuk menggugat dan menjatuhkan kerajaan namun percaya kerajaan perpaduan akan terus bertahan.

Perdana menteri turut memuji prestasi baik barisan kabinetnya yang tidak terlibat dengan sebarang skandal dan penganugerahan projek tidak telus atau mencampuri kebebasan badan kehakiman.

“Memang orang kritik. Tapi tanpa ragu saya dan rakan jemaah saya ada belum ada sekali satu kes baik soal kebebasan badan kehakiman, proses tender yang telus atau projek membantu rakyat atau menghalang sama sekali pemimpin menggungah kekayaan.


“Belum pernah ada sekali (dalam) empat bulan kita berkuasa ada gangguan atau bantahan daripada mana-mana pemimpin dalam kerajaan,” katanya.

Dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Khas PKR itu, Anwar turut mengucapkan penghargaan terhadap parti terlibat atas sokongan yang diberikan.

“Sebab itu saya pilih untuk berterima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga gabungan dari Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan dan Muda.

“Saya sebut hari ini untuk mantapkan sebagai kerajaan lima tahun ini supaya kita tahu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara.

“Saya percaya ada usaha gugat  kerajaan sedia ada tapi saya juga percaya kerjasama sedia akan kukuh, kerajaan perpaduan akan kekal dan utuh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau menyebut perkara itu bagai merujuk kempen Perikatan Nasional dan parti komponen blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Awal bulan ini, Presiden PAS  Abdul Hadi Awang mengakui usaha sedang dijalankan gabungan itu untuk menjatuhkan kerajaan.

Abdul Hadi berkata perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar. – 18 Mac, 2023.

WOIT

JANGAN LEBONG

KAH KAH KAH

INI BUKAN

KERAJAAN 

PERPADUAN

AMIN

INI KERAJAAN

CAMPURAN

PH & BN + ++

AMIN

KERANA ITU

ADA LANGKAH

NAK JATUH PMX

KAH KAH KAH

KALAU PERPADUAN

MANA ADA AJENDA

NAK JATUHKAN

KERAJAAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ko silap tt. Namakan apa saja - perpaduan, campuran, percubaan , caretaker..pasti akan ada cubaan untuk jatuhkan kerajaan kalau PM tak ikut cakap taikun2 besar dan sang Saka. Terimalah hakikat kita masih bernafas dan menghirup oksigen bersama seorang Saka Tua.