Sabtu, 18 Mac 2023

SAPA NAK BIKIN KACAU?


SAPA NAK

BIKIN KACAU?

SABTU 18/3/2023
WOW !
KITA HEBOH DENGAN BERITA
PERKAUMAN DAN AGAMA
SUHU POLITIK TAMBAH NAIK
BILA ANWAR BUAT KENYATAAN
ADA KUMPULAN NAK BIKIN KACAU

TOK HENG
TANYA PADA ANWAR
SILA NYATAKAN SAPA ?
JENG JENG JENG

KITA TUNGGU JAWAPAN ANWAR
ATAU
APAKAH INI HANYA SATU
TAKTIK MENGOLAH PERSEETUJUAN
TAKTIK BERTAHAN
KERANA NAK PATAHKAN
LANGKAH HADI
JENG JENG JENG

RUSIA
BERITA GEMPAR
SATU WARAN TANGKAP
UNTUK PUTIN DARI MAHKAMAH ICC
 INTERNATIONAL  CRIMINAL COURT
DEN HAAG BELANDA
KERANA JENAYAH PERANG

MAKHAMAH ICC INI
TIDAK DI IKTIRAF
OLEH AMERIKA
OLEH RUSIA

TAPI SUSAH PUTIN
NAK KE LUAR NEGARA
TAKUT TAKUT KENA TANGKAP

AMERIKA
KRISIS BANK BERLANJUTAN
KAUM KAPITALIS MAKIN GELABAH
BURSA SAHAM TURUN
TIGA BANK RESMI BANGKRAP
BERAPA LAGI
YANG AKAN IKUT SAMA

SWITZERLAND
BURSA SAHAM JATUH
BANK CREDIT SUISSE
DAPAT SUNTIKAN 30 BILION
TAPI KRISIS BELUM SELESAI

SOALAN ?
APAKAH KRISIS INI
AKAN MEREBAK 
KE SELURUH DUNIA
MACAM TAHUN 1998/2008


FEDERAL RESERVE AMERIKA
DAN CENTRAL BANK EROPAH
MENAIKKAN BUNGA PINJAMAN?
INI AKAN MENGUSUTKAN
LAGI KEADAAN
JENG JENG JENG

HOKKIEN
CERAH SEGAR KERING
MATAHARI DAH KELUAR

PEKERJA KUBUR RAMAI
KE HULU KE HILIR
TIGA EMPAT BUAT KERETA
TERLETAK TEPI JALAN
KELUARGA SEDANG SEMBAHYANG

ADA YANG DATANG AWAL
LEPAS SEMBAHYANG SUBUH
KERANA GUA TENGOK
LILIN DAN COLOK DAH TERBAKAR
DUIT KERTAS DAH JADI ABU

ATAS MAKAM
ADA KUIH APAM
ADA KUIH PAU
ADA AIR SAMSU

MAKIN DEKAT  BULAN 4
MAKIN RAMAI KELUARGA
DATANG SEMBAHYANG KUBUR

HARI INI GUA RASA
AKAN PANAS
GUA NAK KE PASAR CHOW KIT
NAK BERSEDIA BELI
BUAH KURMA 
BULAN PUASA NAK SAMPAI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
YANG INDAH

BRO
MENGAIL IKAN 
LEBIH RANCAK
JIKA AIR KERUH

BRO
LU AKAN RASA GEMBIRA LU KOCIK
LU AKAN RASA SAKIT LU BOSA

BRO
KITA CARI BAWANG
KITA SENDIRI
UNTUK MENITISKAN
AIR MATA

BRO
GENDANG GENDUT
TALI KECAPI
KENYANG PERUT
SUKA HATI

BRO
JALAN KE  NERAKA
BERTABURAN DENGAN
BUNGA YANG INDAH

BRO
KITA SEMUA INI
DARI LUMPUR YANG SAMA
TAPI BUKAN DARI  ACUAN
YANG SAMA

BRO
SOSOK YANG
BERLABUN NAK BANTU
SEMUA ORANG
AKHIRNYA TAK SEORANG PUN
YANG DIBANTU

BRO
SATU JERITAN YANG KUAT
LEBIH BAIK
DARI BERLETER PANJANG

BRO
SEMUA ORANG
AKAN BUAT KAYU API
DARI POKOK YANG TUMBANG

BRO
LU NYATAKAN APA
LU NAK BELI
MAKA KITA AKAN TAHU
SAPA LU

BRO
SELAGI ADA SENJATA
PERANG AKAN ADA

BRO
BILA KAKI DAH PINCANG
TURUN NAIK PASTILAH TERUK
BILA HATI DAH BERCABANG
KERJA BAIK AKAN JADI BURUK
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
SABTU YANG INDAH

Tiada ulasan: